Sunday 27 October 2013

~ Penjimatan Masa Cahaya Siang ~

~ Penjimatan Masa Cahaya Siang ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.

*****
Pemandangan pada pukul 5.45 petang, 25/10/13
Hari ini hari Ahad.
Satu hari yang istimewa, unik.
Kenapa?

Pontianak hilang 1 jam...
Bagi mereka yang sedang berada di Benua Amerika dan Eropah, yakni di bumi United States of America, United Kingdom dan Europe Continent,  inilah hari di mana berlakunya Daylight Saving Time atau  'Penjimatan Masa Cahaya Siang'.

Di Eropah, peristiwa ini dikenali sebagai  British Summer Time, atau 'Masa Musim Panas Britain'
Fenomena ini berlaku dua kali setahun. Yang pertama jatuh pada hari Ahad terakhir bulan Mac, manakala yang kedua pula pada hari Ahad terakhir bulan Oktober.

Pada tahun 2013, peristiwa ini berlaku masing-masing pada 31 Mac dan 27 Oktober.

[ EDIT ]
Pada tahun 2014, ia berlaku pada 30 Mac dan 26 Oktober.
Pada tahun 2015, ia berlaku pada 29 Mac dan 25 Oktober.
Pada tahun 2016, ia berlaku pada 27 Mac dan 30 Oktober.

Maka, apakah implikasi peristiwa ini kepada mereka yang terlibat?

****
Baik, penulis ingin memberi contoh pada waktu artikel pendek/ post ini ditulis, yakni pada 27 Oktober 2013:

Masa akan diawalkan sebanyak satu jam.

Interpratasi: Pada pukul 2.00 pagi Waktu Tempatan (WT) 27 Oktober 2013, ia akan mengambil masa satu jam dan satu minit untuk berubah kepada pukul 2.01. Pelik, bukan? Seolah-olah anda kembali kepada satu jam terdahulu.

Begitu juga pada pukul 1.00 pagi WT 30 Mac 2014 akan datang, ia mengambil masa satu jam dan satu minit untuk berubah kepada pukul 3.01 pagi. Sekali lagi, pelik bukan? Seolah- olah anda telah kehilangan satu jam bermakna.

****

Jadi pada 27 Mac 2016:

Masa akan dilewatkan selama satu jam.

Interpratasi: Pada pukul 1.00 pagi WT 27 Mac 2014 akan datang, ia mengambil masa satu jam dan satu minit untuk berubah kepada pukul 3.01 pagi hari yang sama. Sekali lagi, pelik bukan? Seolah- olah anda telah kehilangan satu jam bermakna.

RISE!!!
******

Penulis di sini ingin menceritakan 'Penjimatan Masa Cahaya Siang' dan 'Masa Musim Panas Britain' secara ringkas.
Peristiwa ini sangat penting.

Maka, janganlah terkejut jika anda bangun keesokan hari, Isnin, 28 Mac 2016, terdapat beberapa perubahan drastik.
Antaranya ialah:

1. Waktu solat dilewatkan sebanyak satu jam, terutamanya solat Zohor, Asar dan Maghrib.
Sebelum ini, anda terkejut apabila Zohor bermula pada pukul 12.00 tengah hari, Asar (2.15 petang) dan Maghrib (4.45 petang). Sekarang ia kembali seperti biasa. Cuma Subuh semakin awal, dan Maghrib semakin lewat (sekitar pukul 7.15 malam). {#1}

2. Siang panjang, malam pendek.  
Musim bunga/ panas bakal menjelma. Di sini (Manchester), keadaan sekitar pada pukul 3.30 petang WT seolah-olah pukul 12.00 tengah hari. Ya, cerah benderang Langit berwarna cerah. Mendung. (Tapi selalu hujan di sini =D) {#2}

3. Kedai dan pusat perkhidmatan tutup lewat.
Selalunya, kedai tutup pada pukul 5.00 petang. Tetapi, sekarang ia tutup pada pukul 6.00-7.00 petang.{#3}

4. Beza masa antara UK/Europe dan Malaysia
Kalau sebelum ini, tempoh perbezaan zon waktu ialah 8 jam. Sekarang ia menjadi 7 jam. Maknanya, kalau WT di Manchester pukul 3.00 petang, masa di Malaysia adalah jam 11.00 malam hari yang sama. Apabila BST (antara Mac-Oktober), waktu di Malaysia adalah jam 10.00 malam.

Maka tiada lagi GST +0. Sekarang ia kembali kepada GST+1

(GST di sini bermaksud Greenwich Standard Time, bukan Goods and Service Tax, ya!)

*****
Yang penting sebenarnya, gunakanlah masa dengan sebaik-baik. Tidak terbeli akan satu minit yang terdahulu, walaupun dibayar dengan segunung emas. Tidak terganti satu saat berlalu, sungguhpun diberi tukaran sama banyak.




Nota kaki:
#1- Sila rujuk pada kawasan tempatan anda untuk mengetahui waktu solat harian.
Klik di sini untuk mencari bandar/ pecan tempatan anda dan dapatkan jadual solat harian anda!

#2- Manchester - tempat pengajian penulis pada waktu artikel ini ditulis.
Klik di sini untuk ramalan cuaca di kawasan tempatan anda!

#3- Peristiwa ini hanya tertakluk di kawasan United Kingdom, Ireland, America dan the European continent.
Pukul 8.00 malam WT, 25/10/13
*****
Kredit:-
1. Hannan.
2. Kegelapan malam

BGM:-
1. Time- Hans Zimmer

sejamsudahmasaberlalu
22121434
0800

Diolah semula pada: 23/10/2014 (pertama), 24/10/2015 (kali kedua), 26/3/2016 (kali ketiga)

Wednesday 23 October 2013

~ Kehidupan Seorang Pelajar Muslim (V. BM) ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.

*****
Mulakan pagi anda dengan zikrullah!
 
Hari ini, ana ingin berkongsi sesuatu.
Sesuatu yang penting dalam kehidupan  harian ana.
Sesuatu yang bermakna dan bermanfaat untuk diketahui.

Jangan bimbang, ia bukannya rahsia peribadi, atau rahsia seseorang.
Bukannya sebarang umpatan, kritikan, kutukan, perlian atau apa jua namanya..
 
Jeng! Jeng! Jeng!

*****
Rekalah satu jadual seperti ini...
(Sebaik sahaja terjaga dari alam mimpi...)

Qiamulail
Kendiri/ Urus Diri I #1
Tilawah al-Quran I #2
Solat Subuh Berjemaah
Bacaan al-Ma'thurat Sughra (pagi)
Sarapan Pagi
Sesi Akademik I (Kelas, Lecture, Kuliah, Revisi, dll.) #3
Solat Sunat Dhuha
Sesi Akademik II (sambungan)

(Ketika panasnya mentari di atas kepala,
makanan menjadi nikmat...)

Tilawah al-Quran II
Solat Zohor Berjemaah
Kendiri/ Urus Diri II
Makan Tengah Hari
Sesi Akademik III (sambungan)
Tilawah al-Quran III
Solat Asar Berjemaah
Bacaan al-Ma'thurat (petang) #4
Aktiviti Riadah/ Santai


Gunakan Microsoft Excel untuk melukis jadual

(Pabila gagak pulang ke sarangnya,
dan kereta-kereta berderetan melalui jalan raya...)

Kendiri/ Urus Diri III
Makan Malam
Tilawah al-Quran IV
Bacaan Surah Pilihan
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Sunat Hajat
Kuliah Maghrib/ Motivasi Diri #5
Tilawah al-Quran V
Solat Isyak Berjemaah
Kerja Rumah/ Kerja Sekolah
Rutin Rumah #6
Revisi/ Diskusi Ilmiah
Solat Sunat Witir
Persiapan untuk Esok hari

(ZZZzzz (x100)..... dah tidur)

*Amalan Mingguan
Puasa Sunnah: Isnin dan/atau Khamis
Laundry: Selasa, Khamis dan Sabtu
Aktivti Kelab/ Persatuan: Rabu/ Sabtu
Zikrullah dan Selawat: Setiap hari, bila-bila masa.
Usrah/ COSY: Sabtu/ Ahad/ Mana-mana hari


******

Tiba-tiba, datang pula seorang rakan seflat ke dalam bilik:
(alih bahasa ke dialek Malaysia)

"Apa yang hang tulis kat dalam blog ini? Tak paham la.."

"Dulu enta belajar kat sekolah menengah, kan? Macam mana kehidupan seharian? Sibuk, bukan?"

"Biasa la tu. Dah nama pun pelajar. Tangan ini sentiasa penuh dengan nota dan latihan."

"Sekarang?"

"Lagi sibuk. Tugasan, assignment, report, coursework. Macam-macam. Takde masa nak rehat. Huuuh!"
(sambil geleng kepala, tanda resah dan risau)

" Cuba ambil masa 5 minit setiap hari awal-awal pagi. Tuliskan semua perkara yang enta nak buat hari ini, esok, lusa, minggu depan. Kalau boleh, buat sekali untuk minggu hadapan, bulan hadapan."

"Cakap senang."
(senyap seketika...)

"Sedikit, tetapi berterusan. Cubalah!"

******
Oh!
Ana lupa satu perkara:

- Artikel ini adalah sambungan kepada artikel bertajuk '~ Kisah Tiga Pemuda~' -

Nota Kaki:-
#1: Waktu ini adalah masa privasi diri. Mandi, berpakaian, dll.
#2: Ikutlah kemampuan masing-masing. Sekurang-kurangnya 1 ayat, 1 muka surat setiap kali masuk waktu solat. Ada juga yang membaca 10-20 muka surat sehari. Terpulanglah kepada diri. Tepuk dada, tanya iman.


1 laporan = 5 jam?! Benarkah?
 
#3: Waktu di mana anda menghabiskan kebanyakan masa dalam hidup. Perancangan jadual belajar sangat penting dan berguna untuk dilaksanakan.
#4: Boleh dilakukan sama ada selepas Asar, atau sebelum Maghrib.




 

#5: Boleh didengari secara online (YouTube, podcast, websites), atau videos dalam HDD.
#6: Menyapu, mengemas bilik (dan bahagian dalam rumah). Boleh dilakukan pada bila-bila masa.

*****

Jadual amalan untuk sebulan
 
Kredit:-
1. Ibu bapa dan keluarga
2. Mua'limin wa Mua'limat SKTSA, SRATKJ, SAMBEST, KTJ
3. Rakan-rakan sekolah, kolej dan universiti. Rakan sepenaja pun sekali.
4. Sam, flatmate ana. Seorang yang periang dan sedang 'ikut' dakwah ana.

  (Boleh tahan juga mat saleh ni cakap Melayu)
5. Rancangan 'Tanyalah Ustaz'



Pengarang di Sheffield Tropical Park 
  
BGM:-
1. Gusty Garden- Koji Kondo


jombuatjadualharian
19121434

1515
 

Monday 14 October 2013

~ Kisah Tiga Pemuda ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.


*****
Artikel ini mengisahkan pengembaraan tiga orang anak muda warganegara Malaysia.
Mereka telah melakukan satu perkara yang sangat mustahil: menjelajahi lima Negara dalam masa dua minggu.

Tidak percayakah enta?

Macam dalam buku cerita dongeng.

*****

Haza qissatul thalatha rajulun
Ismuhum Wan, Wano Wa-din.
Hum yathlibuna ulum al-Hayat fi ardh Mesir

(Translasi: Ini adalah kisah tiga pemuda. Nama mereka ialad Wan, Wano dan Din. Mereka sedang belajar Ilmu Hayat (Medicine) di bumi Mesir, pelajar tahun kedua.)

{Pilih bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris}

Wan, pengarang, Wano dan Din
Mereka mengembara ke Milan, Itali pada hari pertama 'Tour de Europe'. Berbekalkan ilmu dan keyakinan kepada-Nya, mereka mengharungi pelbagai suka duka.

Ketika melawati bumi Amsterdam pada hari kedua, mereka tertarik dengan populasi kaum Muslimin dan bercadang untuk menghasilkan sebuah video pendek tentang masjid di sana.
Sungguh ramai yang turut serta dalam solat berjemaah di masjid.

>> Fast forward... kepada 9 Oktober 2013 >>

Setibanya mereka di Lapangan Terbang Manchester, ana menjemput dan membawa mereka berek'lah di kawasan sekitar Manchester. Bermula dari perjalanan melewati The Curry Mile, 'kampong Melayu', kami singgah sebentar untuk menikmati hidangan tengah hari.

Kemudian, mereka disambut mesra oleh para senior di sini, yakni di rumah Ansar. Ahli rumahnya terdiri dari 7 orang: Shaheer, Hazman, Hannan, Imran, Haaziq, Akhlil, dan Nazmi.
Setelah berehat sebentar, mereka menuju ke Trafford, tempat kemasyhuran Sir Alex Ferguson di Old Trafford Stadium. Begitu besar stadium itu, sehingga mengambil masa 1 jam untuk berjalan mengelilinginya. Cuaca yang sangat dingin, ditambah angin yang sejuk, menyukarkan kami untuk bergerak, dek kekurangan pakaian (kami cuma pakai 2 helai, dan ia sangat sejuk- 7 darjah Celcius pada masa itu).

Selamat datang ke Old Trafford Stadium
 
Setelah itu, mereka dibawa berjalan-jalan di city centre, di mana mereka membeli beber
apa keperluan diri, untuk bekalan mereka sepanjang pengembaraan mereka. Walaupun ia cuma sementara, saya berasa sangat syukur dan bertuah kerana dapat bertemu dengan ex-schoolmate, Wawan setelah 3-4 tahun berpisah lamanya.

Disebabkan faktor cuaca, tempat dan masa, kami tidak sempat melawati kesemua tourist attraction di Manchester.

Destinasi seterusnya ialah Alton Tower Theme Park. Kalah Sunway Lagoon.
Selepas itu, mereka tiba di London, dan menghabiskan masa 2 hari di sana, menjelajahi kawasan Bandar London, menaiki Tube dan melihat The Big Bang.

Akhir sekali, mereka berada di Paris, France, dan melihat sendiri The Eiffel Tower. Akhi Ammar Rabbani menjadi tour guide mereka. Begitu seronoknya mereka bermusafir. Mereka mengamati kepelbagaian masyarakat tempatan, menghayati kedamaian alam dan muka bumi, meneliti kehebatan komuniti Muslim, serta menikmati cuaca dingin bersalut kepanasan haba.

Itulah serba sedikit tentang kisah tiga pemuda.

*****

Mesej ringkas dari kisah di atas:

Anda tidak perlu membuang masa, menghabiskan usaha dan mensia-siakan tenaga untuk melakukan sesuatu perkara. Anda cuma perlu merancang.
Anda boleh lakukan apa saja, dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Buktinya, mereka bertiga di atas merancang untuk bermusafir di bumi Eropah.
                  dan mereka berjaya melakukannya.

Sesungguhnya manusia dikurniakan dua perkara, akal dan masa.
Akal digunakan untuk berfikir, bertafakkur.
Masa digunakan untuk beribadah.

Jika anda rancang, pasti banyak perkara yang anda boleh lakukan dalam masa yang singkat.
'Perancangan asas kejayaan'.


Ada yang kata:-
" Takyah la rancang benda-benda ni. Bukannya bagus pun."
" Kalau dah rancang, tapi tak menjadi, tiada gunanya."

Usahlah risau,
Allah itu Maha Adil.
Manusia diberikan 86,400 saat, 1,440 minit dan 24 jam sehari.
Tidak berkurang dan terlebih walaupun sesaat.
Terpulanglah kepada manusia untuk mengisi ruang masa
sama ada dengan perkara yang berguna
                                 ataupun aktiviti yang sia-sia

Merancanglah,
anda pasti merasa lapang,
mengatur masa mengikut keutamaan.
5 minit perancangan masa kini dapat menyelamatkan bukan 1 jam, tapi 1 hari dari masa depan anda.


Apa lagi,
mulakan pagi anda dengan perancangan,
hasilkan satu jadual harian,
jadual belajar, jadual kerja
jadual ibadah,
kalau boleh, jadual hayat. :)


Semua manusia ada proriti dalam kehidupan.
 
 
" Di mana sahaja enta berada, ingatlah bahawa dunia ini sementara. Maka, buatlah bekalan untuk akhirat sana."

Sekian.

(Tabir merah ditutup, dan tepukan tangan yang gemuruh bergema)

******
Kredit:-
1. War-one Al Bantiji sebagai Wano
2. Wan Nusairi sebagai Wan
3. Nuruddin Azri sebagai Din
4. Ahli rumah Ansar, Manchester
5. Jurugambar jalanan

BGM:-
1. To Zanarkand- Nobuo Uematsu


wanwawanwadin
10121434
0012



 

Sunday 13 October 2013

~ Jom! Puasa Arafah ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.


*****

Jom berpuasa!

Adalah dimaklumkan bahawa pada hari Isnin, 14 Oktober 2013, bersamaan 09 Dzulhijjah 1434H; merupakan hari Arafah. Salah satu daripada hari-hari bermakna dalam islam

Ya, Hari Arafah,
hari yang sangat diberkati,
hari di mana jemaah haji,
berwukuf, yakni berehat dan berhenti,
sambil berdoa dengan penuh rendah diri;
sebelum bertawaf sebanyak tujuh kali,
mengelilingi Kaa'bah yang suci.

Ya, Hari Arafah
jatuh pada 9 Dzulhijjah setiap tahun hijriah,
sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha,
sehari sebelum Solat Sunat Aidil Adha,

di kala Jemaah haji sibuk melaksanakan ibadah kelima
Muslimin Muslimah di luar sana
menyembelih dan melapah daging bersama-sama
sama ada korban atau aqiqah
memberi bahagian kepada mereka yang berhak
sebagai jalan silaturrahim

Tangan yang memberi,
lebih baik daripada tangan yang menerima,
bukankah begitu?

Ya, di bumi Arafah
telah berlakunya peristiwa bermakna,
sejarah yang penting dan signifikan ,
buat tatapan kaum manusia,
agar dijadikan iktibar dan pedoman.

*****

Berkatnya bumi Arafah,
terdapat di sana Jabal ar-Rahmah,
tempat pertemuan Nabi Adam A.S. dan Hawa setelah berpisah,
setelah diturunkan dari syurga yang indah,
tertipu angkara iblis membuat fitnah.

Berkatnya bumi Arafat
tempat keimanan dan ketaqwaan diuji,
tatkala Nabi Ibrahim A.S. menerima mimpi
Kalam Tuhan yang berbunyi:-

{ Pabila ditanyakan (Ibrahim) kepada anaknya yang dicintai:
" Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu,
maka fikirkanlah apa pendapatmu (dalam hal ini)?". 

Maka, jawabnya si ibni:
"Wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari kalangan orang-orang yang sabar". }
 [QS, 37: 102]

Berkatnya bumi Arafah ini,
tempat di mana Nabi Muhammad S.A.W. berdiri,
Khutbah Wida' menjadi bukti,
penduduk tempatan menjadi saksi,
pesanan penting yang terakhir daripada Nabi,
disampaikan secara terperinci
disebarkan secara lafzi
dihebahkan secara maknawi.

Ketahuilah bahawa baginda bersabda:
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."
[HR Muttafaqun 'Alaih]

*****

Jom berpuasa!

Sekiranya anda berpuasa pada hari Isnin ini, yakni pada 14 Oktober 2013,
sesungguhnya anda melaksanakan tiga perkara secara serentak:-
1) Berpuasa sunat Hari Arafah
2) Berpuasa sunat Hari Isnin
3) Mengamalkan satu daripada sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Tahukah anda?



Puasa melatih diri kita
            mendidik hati kita
            membentuk akhlak kita
            memelihara nafsu kita

Melalui medium puasa,
lahirnya sifat pemurah dan dermawan,
terhasilnya perkongsian dan pengorbanan,
terbentuknya kesabaran dan ketabahan,
tercapainya kemenangan mengawal keinginan
terpanggilnya untuk membantu mereka dalam kesempitan
teringatlah kesengsaraan di kala kesukaran.

Maka, ucapkanlah 'Alhamdulillah'
Terima kasih, Allah


 
*****

Berpuasalah!

 
Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:-

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
[HR Imam Muslim]



Begitu juga dengan kelebihan beribadah pada sepuluh hari yang pertama dalam bulan Dzulhijjah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:-

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).”
[HR al-Bukhari]
 


Apa lagi, tanpa ragu-ragu...

Jom berpuasa! (Sila klik di sini untuk video, versi BI)


 
 

*****

Kredit:-
1. Al-Quran Karim, Allah SWT
2. The Daily Reminder
3. Sahabat seperjuangan agamaku.( Azam, Ahmad, dll... )

BGM:-
1. River Flows In You- Yiruma

jomberpuasahariarafah
08121434
0254