Sunday 13 October 2013

~ Jom! Puasa Arafah ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.


*****

Jom berpuasa!

Adalah dimaklumkan bahawa pada hari Isnin, 14 Oktober 2013, bersamaan 09 Dzulhijjah 1434H; merupakan hari Arafah. Salah satu daripada hari-hari bermakna dalam islam

Ya, Hari Arafah,
hari yang sangat diberkati,
hari di mana jemaah haji,
berwukuf, yakni berehat dan berhenti,
sambil berdoa dengan penuh rendah diri;
sebelum bertawaf sebanyak tujuh kali,
mengelilingi Kaa'bah yang suci.

Ya, Hari Arafah
jatuh pada 9 Dzulhijjah setiap tahun hijriah,
sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha,
sehari sebelum Solat Sunat Aidil Adha,

di kala Jemaah haji sibuk melaksanakan ibadah kelima
Muslimin Muslimah di luar sana
menyembelih dan melapah daging bersama-sama
sama ada korban atau aqiqah
memberi bahagian kepada mereka yang berhak
sebagai jalan silaturrahim

Tangan yang memberi,
lebih baik daripada tangan yang menerima,
bukankah begitu?

Ya, di bumi Arafah
telah berlakunya peristiwa bermakna,
sejarah yang penting dan signifikan ,
buat tatapan kaum manusia,
agar dijadikan iktibar dan pedoman.

*****

Berkatnya bumi Arafah,
terdapat di sana Jabal ar-Rahmah,
tempat pertemuan Nabi Adam A.S. dan Hawa setelah berpisah,
setelah diturunkan dari syurga yang indah,
tertipu angkara iblis membuat fitnah.

Berkatnya bumi Arafat
tempat keimanan dan ketaqwaan diuji,
tatkala Nabi Ibrahim A.S. menerima mimpi
Kalam Tuhan yang berbunyi:-

{ Pabila ditanyakan (Ibrahim) kepada anaknya yang dicintai:
" Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu,
maka fikirkanlah apa pendapatmu (dalam hal ini)?". 

Maka, jawabnya si ibni:
"Wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari kalangan orang-orang yang sabar". }
 [QS, 37: 102]

Berkatnya bumi Arafah ini,
tempat di mana Nabi Muhammad S.A.W. berdiri,
Khutbah Wida' menjadi bukti,
penduduk tempatan menjadi saksi,
pesanan penting yang terakhir daripada Nabi,
disampaikan secara terperinci
disebarkan secara lafzi
dihebahkan secara maknawi.

Ketahuilah bahawa baginda bersabda:
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."
[HR Muttafaqun 'Alaih]

*****

Jom berpuasa!

Sekiranya anda berpuasa pada hari Isnin ini, yakni pada 14 Oktober 2013,
sesungguhnya anda melaksanakan tiga perkara secara serentak:-
1) Berpuasa sunat Hari Arafah
2) Berpuasa sunat Hari Isnin
3) Mengamalkan satu daripada sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Tahukah anda?



Puasa melatih diri kita
            mendidik hati kita
            membentuk akhlak kita
            memelihara nafsu kita

Melalui medium puasa,
lahirnya sifat pemurah dan dermawan,
terhasilnya perkongsian dan pengorbanan,
terbentuknya kesabaran dan ketabahan,
tercapainya kemenangan mengawal keinginan
terpanggilnya untuk membantu mereka dalam kesempitan
teringatlah kesengsaraan di kala kesukaran.

Maka, ucapkanlah 'Alhamdulillah'
Terima kasih, Allah


 
*****

Berpuasalah!

 
Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:-

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
[HR Imam Muslim]



Begitu juga dengan kelebihan beribadah pada sepuluh hari yang pertama dalam bulan Dzulhijjah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:-

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).”
[HR al-Bukhari]
 


Apa lagi, tanpa ragu-ragu...

Jom berpuasa! (Sila klik di sini untuk video, versi BI)


 
 

*****

Kredit:-
1. Al-Quran Karim, Allah SWT
2. The Daily Reminder
3. Sahabat seperjuangan agamaku.( Azam, Ahmad, dll... )

BGM:-
1. River Flows In You- Yiruma

jomberpuasahariarafah
08121434
0254 
 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)