Monday 18 August 2014

~ Universiti di UK, Pengenalan ~


Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.
 

*****

Berikut adalah bab 1 daripada 11 bab bersiri untuk projek 'Studying in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian (Fresher's Edition)'
 
BAB XX: UNIVERSITI DI UK: APA YANG ANDA PATUT TAHU?
Selamat datang ke alam pendidikan tertiari. Bermulalah perjalanan anda sebagai seorang pelajar universiti, sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Mungkin ini kali pertama anda, mungkin tidak.
Anda akan berasa seronok di sini. Percayalah. Mungkin anda akan terkena kejutan budaya pada mulanya. Jangan risau. Anda akan terbiasa lama-kelamaan. Apakah yang istimewanya sistem pendidikan di UK? Untuk menjawab soalan ini, terdapat 3 perkara utama anda patut tahu, yaitu:
I. Keistimewaan sebagai seorang pelajar
II. Pengiktirafan  daripada Univerisiti
III. Peluang dan Ruang.
Terdapat tiga Universiti utama di Manchester, yaitu University of Manchester (lebih mesra dikenali sebagai UoM), Manchester Metropolitan University (MMU atau Man Met) dan University of Salford (UoS). UoM mengkhususkan kepada Kejuruteraan, Bisnes, Ekonomi, Matematik, R&D dan Bahasa. Manakala, MMU lebih terarah kepada Arkitek, Bisnes, Politik, Sains Sosial dan Akauntan.
Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut.
 
Logo rasmi UoM



Logo rasmi MMU
 
 
Logo rasmi UoS
 
I. Keistimewaan sebagai seorang pelajar.
Sebaik sahaja anda berjaya mendaftarkan diri anda sebagai seorang pelajar Universiti, maka anda telah mendapat beberapa keistimewaan, lagi-lagi di Manchester. Antaranya;
1. Pas percuma menaiki bas 147 (Sackville St-Oxford Rd-MRI), 
Bas 147 yang bewarna putih-hijau
 
2. Rangkaian networking yang tinggi,
3. Pengecualian daripada membayar cukai majlis (Council Tax),
4. Prospek kerja yang luas,
5. Diskaun dan promosi kedai yang terlibat,
peluang pekerjaan, ruang berinteraksi dengan pelajar tempatan dan luar negara, serta pengiktirafan daripada universiti. Anda juga dapat menyambung pengajian seterusnya, sama ada Sarjana (Masters) atau Doktor Falsafah (PhD) dengan mudah, tanpa perlu melalui UCAS semula.
 
2. Pengiktirafan  daripada Universiti.
Apabila anda menerima surat kemasukan rasmi, ketahuilah bahawa pihak Universiti mahukan anda belajar di tempat mereka. Hal ini bermakna mereka mengenal pasti potensi dan bakat anda, meskipun ia cuma sekecil tapak tangan. Hasil pembelajaran dan pengalaman anda di sini akan menajamkan potensi anda. Maka, jangan hairan jika suatu hari nanti andalah yang mencipta atau menemui sesuatu yang baru, atas nama Universiti. Ini satu kebanggaan buat anda, dan mereka yang terlibat. Tiada hadiah yang lebih bermakna selain hasil kajian anda berjaya diterbitkan dalam jurnal rasmi atau dikemas kinikan untuk kajian lanjutan. Kenalkah anda terhadap Prof. Brian Cox dan pasangan Andre-Kotsya?
 
3. Peluang dan Ruang.
Peluang pekerjaan sangat luas di UK. Walaupun anda seorang pelajar, anda masih layak bekerja selama 20 jam maksimum semasa waktu semester (term time) dan tanpa had ketika musim cuti (biasanya cuti Krismas - sebulan, cuti Easter - 2 minggu dan cuti musim panas – 3 bulan). Menarik bukan? Bukan itu sahaja, anda dapat menceburkan diri anda dalam bidang sukarelawan (volunteering) dan sukan. Terdapat pelbagai jenis kelab, persatuan dan kelas yang disediakan, termasuklah bidang sukan, bidang akademik, bidang keagamaan, dan lain-lain. Tiada had untuk penyertaan, tapi pastikan anda mampu membahagikan masa anda sebijaknya untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis terkurang masa dan isu pengurusan masa.
 
Ringkasnya, gunakan masa dan peluang yang ada semasa anda belajar di bumi UK ini. Terdapat banyak lagi perkara anda perlu tahu tentang sistem pendidikan tertiari di United Kingdom. Tapi itu cerita lain.
 
Haniff Nasir
18 August 2014
0114
Cholton-on-Medlock, Manchester

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)