Wednesday 18 December 2013

~ Sejuknya Kismas ~


Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.

 
 *****
 
Apabila salji mula turun...

~ Broken hearts,
  Blown in a freezing wind,
  during winterlong;
  Unspoken words,
  Floating on freezing wind,
  during the winterlong. ~
 
*****

WARNING: Read this post at your own risk. Condemnable comments may arise
(AMARAN: Baca artikel ini dengan risiko sendiri. Siapa yang termakan cili, dialah yang terasa pedasnya.)
 
Kebiasaannya, perkara pertama yang timbul di benak fikiran sesiapa tentang musim sejuk ialah SALJI.

Ya, titisan air yang membeku (kurang dari 0oC) terbentuk di permukaan tanah. Kadang-kala, salji turun dengan kepul-kepulan sphera kecil. Ada juga hadirnya salji, walaupun sungguh jarang berlaku, dalam halintar ribut yang ganas dan pantas.

Suhu tempatan mula menurun, dari 5-10 oC ke -15 oC. Kot tebal/ musim sejuk dan pemanas sangat diperlukan, agak seseorang itu tidak mengalami hipertemia. Secawan coklat susu panas dan sup, elemen pelengkap untuk menikmati kesejukan musim ini

Sungguh singkat siang hari. Malam berlalu dengan begitu perlahan (lebih kurang 10-15 jam lamanya). Matahari terbit pukul 8.00 pagi dan terbenam 8 jam kemudian. Beza masa untuk solat ialah 1-2 jam sahaja selang satu waktu, kecuali Isya'-Subuh (13-15 jam). Maka, waktu inilah sesuai untuk qiamulail, kerana sepertiga malam ialah 4-5 jam (lama tu). Kenapa? 1/3x15=5 (Simple arithmetic)
 
*****

Ini adalah dialog tipikal antara dua sahabat yang belajar di luar negara:

(Pertengahan bulan November...)
Hang pergi mana cuti ni? Winter dah sampai, jom jalan-jalan.”

“Pergi ke mana?’

“Apa kata Scotland? Aberdeen? Edinburgh? Ireland? Katanya, tempat-tempat camni menarik untuk dilawati masa winter.”

“Jauh sangat tu. Kalau France? Germany? Mesir? Morocco? USA?”

“Itu lagi jauh.”

Amacam London? Ada aktiviti menarik kat sana. Ada live performance, ada concert, ada orchestra

“Boleh je. Nanti hang ajak sekali member lain. Kita bincang sama-sama”

 
Pelajar tahun pertama berjalan-jalan sekitar benua Eropah semasa musim sejuk. Main salji, snowsleding, ice skating, snowball fight. Bina snowman. Baringkan badan atas salji, buat corak rama-rama. Mendaki bukit tertinggi. Berjalan sampai penat kaki. Tangkap gambar banyak-banyak. Muat naik gambar di muka buku, laman sosial. Beli cenderamata dari tempat yang dilawati. Lawat tempat bersejarah, lokasi perlancongan. Masak lauk sedap-sedap. Penulis pun ingin turut serta!

(Nota: Boleh jadi perkara di atas sedang berlaku kepada pelajar tahun kedua, ketiga atau akhir)

Komen penulis: itu perkara biasa. Itulah kelebihan mereka yang belajar di luar negara. Mengembara adalah satu kemestian, kerana kosnya lebih murah dan lokasinya lebih dekat dari rumah mereka (sepanjang pengajian mereka) berbanding dari Malaysia. Jangan lupa, belajar tetap belajar.

Ingatilah Allah selalu
Perlu diingatlah, walau di mana pun anda berada, ibadah solat jangan dilupa. Berbekalkan rukhsah (keringanan) yang diberikan kepada para musafir (yakni qasar jama’), tunaikanlah solat setibanya waktu solat itu bermula.

Kemudian setelah sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), moga-moga kamu Berjaya (di dunia dan di akhirat). [QS, 62: 10]


 
 
Kepada mereka yang sedang, atau akan mengembara, dipersilakan. Saya tidak boleh menghalang anda. Cuma, beberapa perkara ingin saya tekankan, melalui nasihat. Selebihnya, terpulanglah kepada diri masing-masing.

Nasihat penulis:

1. Berhati-hatilah ketika mengembara. Maksud saya, keselamatan anda sangat penting, lagi-lagi apabila ia melibatkan nyawa, passport dan duit. Nyawa tidak boleh diganti. Ingatlah, passport anda ibarat kad pengenalan anda di luar negara. Apabila anda kehilangannya, maka hilanglah visa anda, yakni kelayakan anda untuk memasuki sesebuah negara dengan sah. Hal ini menyebabkan anda dilabel PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin).

 2. Sentiasa peka dengan persektiran anda. Jika ada mana-mana individu tidak dikenali bekelakuan aneh dan pelik berdekatan anda, cepat-cepat maklumkan kepada ahli kumpulan anda yang lain. Anda boleh laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan. Paling tidak, menjeritlah sekuat hati, supaya menarik perhatian orang lain. Ataupun memberi penangan ‘Buku Lima’, jika anda berkemampuan (Mata tambahan untuk pelatih ilmu silat/ karate/ taekwando).


3. Mengembaralah dalam kumpulan. Pengembaraan seorang diri mungkin kelihatan hebat dan macho dari pandangan umum, meskipun risikonya sangat tinggi. Akan tetapi, saya sarankan agar anda berjalan-jalan secara berkumpulan. Hasilnya? Anda akan tolong ingat-mengingati sesama ahli akan sesuatu perancangan, berkongsi tambang pengangkutan, berkongsi makanan dan minuman, berkongsi beg, (berkongsi katil?). Selain itu, anda akan berasa lebih selamat serta boleh berkongsi suka ria dan duka bersama-sama.


Mungkinkah pemuda ini mempunyai banyak barang berharga?
4. Jangan letak barang berharga anda dalam satu longgokan besar -(Kalau hilang, hilanglah semua barang. Hilanglah segalanya, mood mengembara, memori pahit terukir, tiada  duit untuk balik) Pastikan anda asingkan ke beberapa  bahagian kecil. Antara cadangan: dompet di saku seluar, tapi tiada wang tunai; pakai manga/ kuncikan beg; passport di dada (pakai beg pengembara yang kecil lagi comel).

5. Pastikan anda tahu ke mana anda pergi. Belajarlah bahasa mereka (kalau boleh). Sekurang-kurangnya anda boleh bertanyakan arah (pakai GPS kan senang?), atau membuat tawar-menawar
ketika membeli barangan (“Gimme a bit lower than this one, will ‘ya?”). Pilihan ini hanya boleh didapati oleh mereka yang mengembara secara spontan (bukan tour guide). Anda akan dapat menikmati perjalanan anda secara maksimum, tanpa membazirkan masa dan kos untuk perkara yang tidak dikehendaki.

6. Jangan ikut sebarangan orang. Ada sahaja, tidak kira di mana anda berada, manusia bernama 'ulat pengunjung' (istilah ini merujuk kepada seseorang yang mempergunakan pengunjung asing yang melawat sesebuah tempat dengan penipuan dan kata-kata manis. Jangan sesekali berikan barangan anda kepada orang lain, kecuali rakan seperjalanan anda. Mana tahu, mungkin mereka akan rosakkan, curi, tukarkan supaya barang itu tidak dapat dicam pemilikannya. Jika terdesak, gunakan alternative lain, seperti khidmat lokar, khidmat simpanan.

*****
 

Beberapa perkara menarik berlaku di serata dunia ketika ini:

1. Nelson Mandela meninggal dunia. Seorang tokoh kemanusiaan yang disegani. Inidividu yang mengubah sistem pentadbiran di Afrika Selatan.

2. Terdapat pendebatan hangat tentang harga tol (di Malaysia). “Kalau tak nak bayar tol, gunalah jalan biasa”. Begitu?

Alternatif lain.
 
3. Pencalonan untuk pilihan raya sedang aktif di Timur Tengah (Pelajar perubatan di Kaherah, Mesir). Undilah mereka yang anda percaya, dapat membantu anda di kelak hari.

4. Pelajar universiti sedang sibuk mengulang kaji untuk peperiksaan akhir semester ini, yang berlangsung bulan Januari 2014. (kurang dari sebulan artikel ini ditulis). Semoga Berjaya menjawab kertas pepriksaan. Banyakkan berusaha, bertawakkal kemudain. Ingatlah-Nya selalu.

5. Keputusan rasmi peperiksaan PMR keluar pada hari ini (tarikh artikel ini ditulis). Semoga berjaya kepada adik-adik tingkatan 3 tahun ini. Selepas ini, aliran apakah yang anda ambil? Sains Tulen? Sains Agama? Sains Sukan? Sains Rumah Tangga? Sains Ekonomi dan Pearkaunan? Sains Sastera? Terpulanglah kepada empunya badan.

6. Skandal dan isu hangat (pelbagai). Tiada komen.

Itu adalah norma manusia. Mereka sentiasa bersifat ingin tahu.
 

*****


(sambung cerita asal…)

Maka, timbulnya persoalan daripada rakan-rakan di Malaysia dan luar negara:
1. “Hang mesti seronok ada musim sejuk kat sana, kan?”
2. “Cuti winter ni, hang pi mana?”
3. “Berapa lama cuti winter hang?”

Sejujurnya, saya tidak tahu.
Seronok? Gembira? Rindu? Kecewa? Sedih? Marah?
Allah sahaja yang tahu.
Saya? Mengembara?
Tidak ke mana-mana.
Cuma jadi seorang penulis sepenuh masa.
Tolong membalut hadiah, balut kotak segi empat sama.
Aktiviti suka rela, jadi pembantu untuk ‘Santa Klaus’ sementara.

Teaser: Volunteering? Gambar? Lain kali...
Adapun hari makin berlalu,
sejuknya malam ditiup bayu;
Mengulang kaji, beribadah selalu,
Untuk masa depan yang baru.

(Tutup lampu. Zzzzzzzz.)

 
Melihat terbitnya mentari

*****

Kredit:-
1. Coklat panas dan pembalut hadiah.
2. Shahkang Aizat, senior UoM
3. Nasihat buat Pengembara, Shahkang.


BGM:-
1. Winterlong- Beat Crusader

musimsejuksudahtiba
mujahidmuda
16021435
1540
HN

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)