Monday 18 August 2014

~ Pergaulan di Universiti ~


Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.

 

*****

Berikut adalah bab 4 daripada 11 bab bersiri untuk projek 'Studying in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian (Fresher's Edition)'
#JSM - BAB XX: PERGAULAN DI UNIVERSITI

Perhatian! Sila baca dengan hati yang terbuka. Jika anda terasa dengan penyataan di bawah, jangan marah saya. Baca dengan risiko sendiri. Siapa yang termakan cili, dialah yang merasa pedasnya.

Kehidupan seorang pelajar universiti tidak akan lengkap tanpa hubungan sosial sesama pelajar. Sama ada dengan rakan sekursus, kawan serumah, senior, pensyarah, abang Taiba, mak cik penjual sayur, ataupun akak kerani, anda perlu mahir bergaul. Carilah kawan yang mampu memandu dan membimbing anda ke jalan yang benar. Tak salah untuk berkawan dengan mereka yang suka minum, berparti, dan bersosial, tapi kena ada batas dan hadnya.

Pengalaman bersosial dengan kumpulan Mat Saleh, pelajar antarabangsa dan ahli akademik tempatan seharusnya dimanfaatkan. Sungguh bertuah buat sesiapa yang tinggal di Universiti Hall pada tahun pertama. Hal ini kerana anda dapat memerhati dan mencari kawan bukan Malaysia yang baru. Manalah tahu, dia akan memberi bantuan dan menolong anda di saat sukar. Dia mungkin akan membawa anda bermusafir bersama. Tengok wayang bersama, makan seafood bersama, main game (DOTA, FIFA, PS4, dll..) bersama.

Lazimnya, setiap pelajar yang berada di bawah tajaan akan terikat dalam kontrak agar berkelakuan baik. Mereka adalah duta kecil negara, dan wakil penaja di luar negara. Apa sahaja tindakan yang mereka lakukan, melambangkan kedudukan mereka. Jika baik, maka harumlah nama negara. Jika buruk, maka busuklah nama negara. Tapi, ia tidak menghalang anda untuk berkawan dengan pelajar lain, lagi-lagi mereka yang mempunyai minat dan kursus yang sama.


Namun, jangan terkejut jika anda mendengar ada beberapa pelajar kita yang terlibat dalam perkara 18PL. Semua sudah dewasa, sudah mampu membezakan baik buruk sesuatu. Oleh itu, persiapkan diri anda sebelum datang ke sini dengan keimanan dan pengetahuan, agar anda tidak terkena kejutan budaya (cultural shock).
Selalunya, pelajar tahun pertama akan merasai culture shock dalam tempoh dua bulan pertama. Hanya diri anda mampu mengubah segala keputusan yang anda lakukan. Maka, bukakan hati dan pemikiran anda. Jangan mudah terpedaya dengan anasir luar yang boleh menjatuhkan prestasi dan memudharatkan diri anda di kemudian hari. 

Rasanya tidak perlu saya huraikan bagaimana anda ingin mencari dan memulakan persahabatan. Sudah pasti anda mempunyai pengalaman yang jauh lebih banyak daripada saya dalam hal ini.

Banyak lagi perkara yang saya ingin kongsikan, namun itu saya ceritakan di kemudian hari.


Haniff Nasir
18 August 2014
0531
Cholton-on-Medlock, Manchester
 

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)