Monday 29 February 2016

DKYB' #025

[ DKYB' #025: Pemerhati ]

Seperti biasa, kami sekumpulan pelajar mengadakan sesi mesyuarat dengan penyelia projek (supervisor meeting) petang semalam (waktu tempatan).

Yang uniknya, ada seorang pemerhati yang duduk di belakang penyelia. Kami tidak pernah melihat kelibat pemerhati itu. Dia hanya memerhati sepanjang sesi itu berlangsung. Tiada sepatah perkataan terucap daripada mulutnya. Kami pun tidak bertanyakan penyelia perihal pemerhati itu. Sesi itu berlangsung dengan kemas. Pengerusi aktif dalam mengendalikan sesi. Setiausaha mencatat setiap kata-kata ahli (pelajar dan penyelia) sebagai butiran minit mesyuarat. Soal-jawab dan pandangan ahli dikemukakan.

Pada akhir pertemuan, penyelia memberikan kata semangat dan mengucapkan terima kasih. Lalu, dia berkata: "Terima kasih kepada Dr M kerana sudi berada di samping kami untuk sesi ini."

Terkejut semua orang. Bukan calang-calang orang pemerhati ini - seseorang yang berpengaruh dalam industri.

Lalu pemerhati itu berkata dengan tegasnya,"Saya akan menilai kandungan projek reka bentuk anda (design project). Selamat maju jaya."

Kami pun tersenyum sipu.

Itu baru manusia, melihat gerak kerja kita.

Bagaimana pula dari pandangan Tuhan Maha Melihat dan Mendengar?

Satu ketukan batin buat diri ini yang pelupa (Manusia = Insan = pelupa).

HN
29.2.16

#Experimental #GapoDio

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)