Saturday 12 March 2016

DKYB' #027

[ DKYB' #027: Lolipop Muda ]

"Ibu, ibu! Terima kasih bawa saya ke sekolah hari ini! Saya suka dengan apa yang cikgu ajarkan pada saya!"(1)
"Alhamdulillah, moga kamu menjadi anak yang soleh, nak."(1)
"Sungguh, aku bertuah kepada Allah kerana mempunyai ibu yang penyayang sepertimu."(1)
Langit yang selalunya berawan kelabu, melarikan diri. Apa yang hadir hanyalah angin yang menepuk manja bahu seorang anak lelaki berumur sekitar 9-11 tahun, serba berpakaian kemas menemani ibunya yang sentiasa tersenyum.
Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang dilalui oleh ibu itu.
Sebaik pemuda berkaca mata yang melihat gelagat mereka berdua dari jauh itu mula membelek buku 'Bagaimanakah Ingin Menempuhi Universiti', bunyi gesekan keluli kedengaran. Anak lelaki, yang pada mulanya suram, bertukar gembira.
Pintu automatik terbuka. Ibunya berkata: "Marilah, nak" (1)
Maka, mereka bertiga memasuki ruang yang dipenuhi manusia perlbagai ragam. Tercari-cari di penjuru, anak lelaki itu menarik kain ibunya. Terlihat satu pelekat berwarna biru -'Prioriti'
"Ibu! Di situ ada tempat duduk."(1)
Berdirinya anak lelaki itu, bersebelahan ibunya yang duduk. Beberapa minit kemudian, pintu itu kembali terbuka. Anak lelaki itu menyahut.
"Apa yang ibu akan masak di rumah?"(1)
Ibu itu tersenyum dalam diam.
====
Pemuda itu tiba di stesen terbesar di bandar pertama Revolusi Perinsdutrian di Britain. Dia melangkah keluar dari platform dan membuka mangga kenderaan beroda dua miliknya yang dikunci awal pagi tadi.
Sambil dia mengayuh, keadaan sekelilingnya tidak lagi sama sewaktu di pagi tadi. Kelipan lampu putih dan merah membanjiri laluan sekitar bandar. Lampu limpah memunculkan diri, seperti waktu puncak di petang hari, semalam.
Kemudian, dia memasuki ke bangunan tertua di UMIST. Selalunya tiada sesiapa pun yang berada di tingkat bawah bangunan itu pada hari minggu.
Tiba-tiba, seorang lelaki menegurnya dari belakang. Dia memakai sut, seolah baru sahaja pulang dari sebuah acara formal.
"Sudah solat, kah?"(2)
"Belum. Mari kita lakukannya, bersama-sama."(2)
Maka, dua orang lelaki tersebut menunaikan kewajipan rukun ke-2 Islam. Lelaki itu menjadi imam.
Selepas tamatnya solat itu, lelaki itu berdoa;
"Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, rahmatilah (kasihanilah) mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku tika aku kecil"(3)
HN
12/3/16
====
Nota:
(1) Mereka mengadakan sekolah komuniti di Abraham Moss .Tak silap saya, Libya. Dialog berkenaan diucapkan dalam bahasa Arab.
(2) Dialog dalam bahasa Inggeris.
(3) Doa kepada ibu bapa. Boleh rujuk di dalam Al-Quran, surah Nuh: ayat 58 dan surah Isra': ayat 24.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)