Sunday 23 August 2015

PNR: Malam

- m/s xx -
(Jam 2200, 3/2/20XX)
Seluruh bangunan tiba-tiba menjadi kecoh. Amaran Aras 5- Ancaman terhadap sekuriti. Lampu korridor dan dinding bangunan bertukar ke merah. Siran dilaungkan.
"Cari dia sampai dapat!"
"Baik tuan"
"Skuad Alpha, pergi ke bahagian Utara! Skuad Bravo, bahagian Barat. Skuad Charlie, bahagian Timur! Skuad Delta, bahagian Selatan. Maklumkan kepada saya jika dia ditemui. Saya mahukan dia hidup-hidup."
"Baik tuan!"
Hampir kesemua pegawai keselamatan yang bertugas pada malam itu bertungkus lumus menjadi lembaga hitam. Barangkali, dialah yang mungkin menjadi dalang kepada tercetusnya Amaran Aras 5.
Cari dan tangkap. Arahan dikeluarkan serta merta. Penggunaan senjata, yang selama ini hanya tertakluk pada prinsip pertahan diri, kali ini dibenarkan. Mereka tahu bukan calang-calang orang yang dapat melepasi kawalan sekuriti dan menyelinap masuk ke bangunan yang dipenuhi CCTV 24 jam dan rutin pengawasan pegawai yang ketat. Sudah pasti suspek ini telah membuat kajian latar terperinci bangunan ini
Aras 5 bukanlah satu perkara yang main-main; ia merupakan satu ancaman untuk membunuh ketua bangunan. Ketua keluarga. Ketua pasukan militari. Ketua kepimpinan tertinggi.
-----
(Jam 1700)
"Kau pastikan tiada sesiapa yang mengekori di belakang. Letakkan kotak hitam ini di dalam bilik beradu utama," ujar pemuda pertama kepada pemuda ketiga.
"Aku akan berikan perlindungan dari jarak jauh. Jangan hampakan aku." ujar pemuda kedua. Dia menggerakkan gogel di kepalanya berkali-kali.
Pemuda ketiga itu gagap. Barangkali ini misi pertamanya. Misi yang berskala besar. Melibatkan puluhan individu dan boleh membawa kepada kematian. Misi kelas S.
"Aku akan matikan suis utama. Kita hanya ada 10 minit sahaja. Ingat rutin kita?" tambah pemuda pertama
"Malam ini keadaan sekeliling bakal lembap. Ah, bencinya! Woi, Tag #24! Kau adalah penentu kejayaan misi ini, Jangan persiakan peluang ini!"
"Baik," jawab pemuda ketiga. Dia kelihatan terketar-ketar. Namun, jauh di sudut hatinya "Aku tiada pilihan lain."
-----
(Jam 2210)
Warrik tiba di tempat kejadian. Bilik tidur utama. Dinding bilik tersembur warna kelabu, pintu bilik terkelopak. Lantai bertukar warna. Hitam, semacam kekelabuan. Terdapat lopak darah bertaburan di lantai, meninggalkan jejak. Nampaknya, mangsa sempat melarikan diri, ketika letupan berlaku di dalam bilik itu.
"Cis, aku terlambat." fikir Warrik, sambil mengesan laluan mangsa. Dinding kiri bilik pecah, meninggalkan lubang. Kesan darah itu terhenti di celahan runtuhan batu-bata. Kawasan luar bangunan, jelas kelihatan di sebalik lubang itu.
Tiba-tiba, belum sempat Warrik melalui celahan lubang itu, dia terhenti.
Sebutir peluru dilepaskan. Das tembakan itu, mengenai bahagian badan seseorang.
Dan malam itu digelapkan dengan serbuk letupan dan gumpalan darah.
.
--------
Berminat untuk mengetahui sambungan cerita ini?
---------
HN

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)