Sunday 26 April 2015

~ APU: Prolog ~

[ Aku Pelajar Universiti ]
 
Prolog kepada Artikel 'Aku Pelajar Universiti, Episod 1'
(Release date: 00:00 BST 27/4)
 
 
(i)
pesan ayah;
belajar tinggi-tinggi
nanti boleh tolong ayah
di kedai warisan.
 
 
pesan bonda;
ingat Tuhan selalu
bila dah besar nanti
jadi manusia berguna.
 
 
(ii)
antara buku dan kawan
satu pilihan yang kritikal
sedang badan dan minda bertarung
di landasan peperiksaan
duniawi yang sementara
atau akhirat yang tidak kelihatan.
 
 
(iii)
kau di dalam negara
bertuahlah kalian
memiliki segala kebebasan
berucap dalam ritma sebahasa

 
kau di luar negara.
 bertuahlah kalian
mempunyai peluang dan kewangan
menguji iman dan kekuatan.

 
jangan kau kira di sana lebih menarik
sedangkan kedua-duanya sama sahaja
rezeki di tangan Tuhan
mungkin bukan masanya sekarang
tapi kemudian, tika kau sudah bekerjaya.
 
 
(iv)
pesan ayah;
ayah tak kisah kau belajar kat mana
janji lepas habis belajar,
kau jadi anak soleh
kau tolong kami berdua
kau tolong rakyat tempatan;
itu sahaja harapan ayah.
 
 
26.4.15
Manchester Central Library
Ash End.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)