Wednesday 22 April 2015

DKYB #348

[ DKYB #348 ]

Pengucapan terbuka. Public speaking. (演説- Enzetsu)

Rabu. Seperti berada di zaman persekolahan dahulu, kelas (kuliah dan experimen) hanya dijalankan sehingga tengah hari. (Nota: hanya benar kepada pelajar UG)

Kemudian, masing-masing akan melakukan aktiviti bebas. Ada yang bersukan. Aktiviti ko-kurikulum. Jika di Malaysia namanya MASUM, di sini namanya BUCS. Ada di antara pelajar yang menyiapkan tugasan Uni. Ada juga yang belajar ilmu baru. Ada yang sibuk membeli belah.

Saya, bersama beberapa pelajar Malaysia di sini, berkesempatan menyaksikan live talk ala Jimmy  Kimmel, bertajuk 'Politik: Ada Aku Kisah?'

Para panel pengucap terdiri daripada 3 orang berpengaruh. Nama mereka: Aidil, Imran dan Nazz. Seorang presiden persatuan komuniti Malaysia (KUSMA), seorang pengasas gerakan akademik muda (UTAM) dan seorang pelajar yang biasa berdampingan dengan tokoh koporat dan CEO.

Pada mulanya, suasana ucap langsung berkenaan hambar. Mungkin kerana tidak berapa ramai penonton. Namun, bilangan penonton  bertambah sejak minit ke-11. Panel berucap dengan rancaknya.

Selang 2 jam kemudian, Saya menyertai sebuah bengkel kecil mengenai pengucapan terbuka (Public Speaking) dan asas NeuroLinguistic Programming (NLP).

Pengucap bengkel tersebut ialah En Jimmy Petruzzi, seorang jurulatih NLP terkenal di UK. Hasil kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Manchester (MSSM), bengkel ini diadakan selama 2 jam di sebuah bilik mesyuarat di Pusat Setempat Pelajar (Student Union)

Tahukah pembaca, kebiasaannya bengkel NLP sangat mahal (sekitar RM 1000- 5000). Di Malaysia sahaja, anda akan biasa mendengar nama Dr Azizan Othman.

Alhamdulillah, saya dapat menghadiri bengkel ini dengan percuma. Saya didedahkan asas NLP, dan kaitannya dengan pengucapan terbuka. Saya Mungkin akan ceritakan perihal ini dalam artikel akan datang. (Ada sesiapa yang berminat?)

Setelah 4 jam mendengar dan memerhati gerak geri lidah dari pengucap yang hebat, Saya kepenatan lalu tertidur.

Sekian.

22.4.15
AGLC, M'cr
h.n.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)