Tuesday 12 May 2015

DKYB #353


[ DKYB #353 ]

Remaja yang berusia belasan tahun itu mempercepat langkah ke barisan kedua.
Iqamat dilaungkan.

Semua hadirin, yang sebentar tadi berbicara hal duniawi, terdiam. Tiada lagi sesiapa yang memalingkan muka ke kanan dan ke kiri. Satu urusan maha penting bakal dilaksanakan.

Seorang pemuda (barangkali sudah beristeri) meneliti jemaah. Acap kali memberi isyarat agar ke hadapan dan ke belakang. Beliau, berpakaian jubah putih, memeriksa bahagian sisi dan bawah hadirin. Ada kalanya beliau sendiri memperbetulkan postur berdiri hadirin.

Setelah semuanya berada dalam keadaan teratur, beliau kembali ke saf pertama.
'Luruskan saf' ujarnya dalam bahasa tempatan.

Takbiratul ihram dilaungkan. Solat Zuhur berjemaah bakal dilaksanakan.
Aku, yang berdiri di hujung saf itu, meneruskan rukun solat.

Aku hanya seorang pemerhati. Pemilik Diari Rawak.

HN
P/s: Terserempak ‪#‎IncheWriter‬ tadi. Nampaknya dia Ada urusan di sini.

Thursday 7 May 2015

DKYB #351


[ DKYB #351 ]

Mari Mengundi! (2015)



7 Mei 2015. Hari Khamis yang senyap. Lorong-lorong di kawasan perumahan kelihatan kosong. Tiada poster diikat di tepi tiang lampu. Tiada banner dan juga layar kanvas besar bersaiz 30’ x 15’ terpampang di atas papan tanda dan tiang lampu isyarat. Langsung tiada apa-apa yang luar biasa kelihatan. Seperti hari-hari yang lalu, kawasan itu senyap.


Itulah suasana pagi di Kerajaan yang Bersatu (United Kingdom- UK).


Manakala, pada masa yang sama, kawasan perumahan di sebuah perkampungan kecil di Seberang Perai dipenuhi bendera dan banner. Logo dacing, roket dan bulan menjadi kebiasaaan. Sudah ramai berhimpun di perkarangan pos mengundi. Siap membawa sepanduk ‘Mari Kita Undi Parti X!’


Seawal jam 8.00 pagi, sudah beberapa orang beratur untuk membuang undi di Pilihan Raya Kecil (PRK) P.044- Permatang Pauh. Ada juga yang tidak kurang hebatnya menaip tweet:


‘@abuya Saya sudah mengundi. Anda bila?’


Ada juga mengambil selfie bersama petugas pos mengundi.


(Belum mula lagi artikelnya. Ini baru teaser)


**********

Malaysia mengadakan 2 Pilihanraya Kecil baru-baru ini. Pertama, PRK P.091 Rompin di Pahang yang berlangsung pada 5 Mei 2015, menyaksikan pertembungan satu-lawan-satu. Kedua, PRK P.044 Permatang Pauh di Seberang Prai, Pulau Pinang yang berlangsung pada 7 Mei 2015, tarikh yang sama untuk Pilihanraya Umum United Kingdom di sini. P.044 menyaksikan pertembungan empat sudut, di mana dua calon bebas bertanding, di samping sudut kerajaan dan pembangkang.


Alhamdulillah, saya diberikan peluang untuk mengundi di Kerajaan Yang Bersatu (United Kingdom- UK) sempena Pilihanraya Umum (General Election – GE) 2015. Ini adalah kali kedua saya mengundi, selepas Pilihanraya Tempatan (Local Election-LE) 2014 dan Pilihanraya Eropah (European Election)2014 tahun lepas.


SEBELUM MENGUNDI

Beberapa isu telah dibangkitkan dalam pilihanraya kali ini.Suka untuk saya senaraikan bagi kedua-dua pihak (Malaysia dan UK), agar pembaca dapat mengetahui serba sedikit tentang susun atur pelaksanaan pilihanraya berkenaan.


Isu yang dibangkitkan di PRK P.044 (Permatang Pauh) dan PRK P.091 (Rompin):-

1. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Service Tax –GST)

2. Pengurusan Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV)

3. Hal ehwal kebajikan penduduk tempatan.


Manakala, isu yang dibangkitkan di Pilihanraya Umum 2015 di United Kingdom adalah:-

1. Penswastaan Servis Kesihatan Nasional (National Health Service- NHS)

2. Peluang pekerjaan kepada lepasan graduasi

3. Hak rakyat tempatan

4. Hal ehwal kebajikan penduduk dan residen UK

5. Hal ehwal kebajikan golongan imigran dan minoriti

6. Isu pergolakan Palestin-Isreal

7. Hal pengurusan kewangan negara


Jika di Malaysia, pasti akan kelihatan beberapa (baca: lebih daripada sepuluh) berita tentang calon. Berita baik, buruk; semuanya ada. Calon mendekati bakal pengundi. Manifesto diucapkan secara terbuka, beberapa siri jelajah dijalankan. Poster, banner, pamphlet dan diedarkan secara meluas (sehingga mengakibatkan pembaziran- kesian pokok pulpa). Surat khabar tidak lekang, malah dijadikan berita muka depan (front cover story) sebagai pelaris jualan. Stesen televisyen tempatan (yang berat sebelah dan biased) memaparkan status terkini detik-detik menjelang hari pengundian. Malah, media massa penuh dengan komen dan tweet yang padat dengan maklumat baru (boleh percaya ke?) da nada kalanya sampai memburukkan calon (seriously?)


Berbeza pula di United Kingdom, kami telah didedahkan sejak sebulan lepas. Tiada poster, banner dan surat diedarkan ke semua alamt rumah. Lain pula di UK, di mana setiap parti yang bercalon mempunyai screen time yang sama untuk berucap di khalayak ramai, mempunyai slot rancangan tersendiri di dalam siaran televisyen dan juga segmen di dalam majalah/ surat khabar (namun biasness itu masih ada, cuma ia tidak seketara di Malaysia). Peluang yang diberikan juga bersangkut paut pada bilangan kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya terdahulu, iaitu pada tahun 2010. Malah, setiap parti menyediakan sebuah video yang mudah difahami mengenai isi manifesto mereka (boleh lihat melalui Youtube. Pautan disediakan di akhir artikel)


Adapun surat yang dihantar adalah dua; peringatan untuk mengundi dan kad mengundi (polling card). Mereka yang ingin mengundi perlu mendaftar terlebih dahulu secara dalam talian (online) . Nombor Insurans Kebangsaaan (National Insurance number – NI number) diperlukan sebagai salah satu butiran dalam mengisi borang pendaftaran pengundi. Bagi mereka yang tiada NI number, anda boleh memberikan salinan paspot dan penyata bank/ surat rasmi Universiti untuk membuktikan anda layak untuk mengundi.


Pasti ada yang tertanya, apakah kelayakan yang diperlukan untuk mengundi di UK?

Menurut undang-undang di UK, anda dibenarkan untuk mengundi dengan tiga syarat:-

1. Anda adalah warganegara United Kingdom (termasuklah Permanent Residence-PR), atau warganegara negara Commonwealth (Contohnya: Singapura, India, Bangladesh, Malaysia)

2. Anda berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun tersebut (2015)

3. Anda mempunyai alamat tetap atau term-time dan tinggal di situ sejak setahun yang lepas.


Tambahan pula, polling card akan dihantar ke setiap alamat rumah yang berdaftar. Ia memaparkan nama pengundi, alamat pengundi dan lokasi polling station. Biasanya, lokasi polling station ialah sekitar dalam radius bulatan 1 batu daripada alamat rumah pengundi. Maknanya, polling station yang ditetapkan adalah yang terdekat dengan rumah pengundi. Berbeza di Malaysia, di mana anda didaftarkan berdasarkan alamat yang terpapar di kad pengenalan anda, bukannya alamat rumah (ada option untuk menukar pos undian, tetapi tidak ramai yang tahu/ peduli akan fakta ini). Maka, tidak perlulah anda bersusah payah memandu sejauh 50-100 km semata-mata untuk mengundi pada hari berkenaan.


Saya memilih untuk mengundi parti berdasarkan manifesto dan penyataan yang berkait dengan tiga perkara:-

1. Manfaat kepada pelajar antarabangsa (international student).

2. Kemudahan kepada pelajar (Contohnya: pengurangan yuran tahunan, akses dan peluang pekerjaan)

3. Parti yang berpihak kepada Palestin dalam Isu Palestin-Isreal.


General Election diadakan pada tahun ini bagi menetapkan wakil Parlimen (Member of Parliament- MP) untuk persidangan Parlimen yang ke-56, sejak ditubuhkan pada tahun 1801. General Election diadakan sekali setiap lima tahun, manakala Local Election diadakan sekali setahun.


SEMASA MENGUNDI


Di sini (UK), anda diberi tiga pilihan; iaitu undi setempat, undi pos dan undi proksi. Undi setempat bererti anda sendiri hadir ke pusat mengundi (polling station) dan membuang undi di sana. Polling station dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam, lantas memudahkan mana-mana individu yang mempunyai kerja harian dalam rutin 9-5 (Contohnya, kerja pejabat, pekerja berat, pemandu bas/ teksi, pengajar, pemilik kedai runcit, pekerja supermarket, pelayan resotran).


Manakala, undi pos dilaksanakan seminggu dua sebelum hari mengundi (iaitu 7/5/15), di mana pengundi menerima surat yang mengandungi kertas undi dan arahan untuk mengundi. Sebuah sampul berwarna putih/ coklat yang dialamatkan ke Unit Pilihan Raya disediakan, agar pengundi pos dapat menghantar undian ke alamat berkenaan. Sampul tersebut bebentuk pre-paid, free-stamp di mana tiada caj dikenakan ketika menghantar undi.


Undi proksi, seperti namanya, bermaksud sesorang mengundi bagi pihak anda, jika anda layak mengundi, Bukannya pengundi hantu. Bukannya pengundi haram (tak macam …). Tak bermaksud anda boleh menggunakan Kage Bunshin no Jutsu (Shadow Cloning Technique) untuk mengundi lebih daripada sekali.Namun, undi proksi hanya tertakluk kepada beberapa keadaan. Contohnya, kelasi Marin yang sedang bertugas , mereka yang berada di luar negara atau ahli akademik yang sedang membuat kajian di luar United Kingdom.


Berbalik ke undi setempat.


Yang uniknya, antara tempat yang dijadikan polling station termasuklah sekolah (rendah dan menengah), gereja, dewan serbaguna, kolam renang, karavan, bangunan kerajaan, town city hall, dan sebagainya. Anda dibenarkan untuk membawa anak-anak masuk ke dalam polling station Anda juga dibenarkan untuk membawa masuk pet.  Pengundi yang mabuk (jarang sekali berlaku) untuk mengundi. Namun begitu, ada beberapa larangan dikuat kuasakan untuk mengawal suasana di kawasan polling station. Ini termasuk; larangan untuk mengambil gambar, larangan untuk memakai political outfit (berlogo sekian, sekian) larangan untuk membuat live update dan juga menyamar sebagai orang lain. Jika ditangkap, anda boleh didakwa dan dikenakan saman, sehingga mencecah £ 80 atas kesalahan berikut.


Saya ingin menceritakan pengalaman sendiri sewaktu mengundi, baru-baru ini. Bandingkan sendiri dengan keadaan waktu mengundi di Malaysia (anda lebih tahu akan bab ini daripada saya, jadi saya serahkan selebihnya kepada para pembaca)


*****

Jam 9.00 pagi. Kelas kuliah pertama pada hari Khamis. Sedang melewati kawasan perkarangan Universiti, tiada satu pun poster atau papan tanda yang menunjukkan bahawasanya hari ini ialah Hari Mengundi (Election Day). Kepingan polling card yang saya terima dua hari lepas, tidak semewah yang disangka. Ia hanyalah sehelai kertas A4, ringkas dan ringan. Malah, sejak dua minggu lepas, kawasan perumahan saya senyap. Adapun pertemuan yang diadakan, hanyalah sekitar pada hujung minggu sahaja.


Kelas terakhir saya tamat pada jam 4.00 petang. Selepas itu, saya terus ke Medlock Primary School, polling station yang diberikan dalam polling card itu. Setibanya di sana, tiada satu orang pun kelihatan. Malah, hanya papan tanda ‘POLLING STATION’ diletakkan pada pintu utama hadapan sekolah berkenaan. Saya memasuki perkarangan sekolah, melepasi beberapa automatic sliding door sebelum tiba di sebuah dewan sekolah. Tiada anggota polis yang bertugas di situ. Tiada penjaga keselamatan (pak guard). Tiada banner atau pamphlet yang tertulis ‘Undilah calon X!’ Tiada khemah atau kanopi yang terpasang di hadapan polling station.


Kosong. Yang ada di situ hanyalah 2-3 orang petugas, sebuah meja besar dan satu ruangan mengundi di hujung dewan (polling stand). Saya mendekati petugas yang sedang duduk di meja. Petugas tersebut bertanyakan nama (surname) dan alamat rumah. Tidak perlu tunjukkan kad pengenalan atau passport. Tidak perlu menunjukkan muka (untuk mengesahkan identiti pengundi). Tidak perlu dikehendaki untuk mencalit ibu jari tangan kanan. Tidak ditanya apa-apa soalan. Seperti membeli sepaket biskut di 99 Speedmarket. Cashier scan biskut pastu suruh bayar, semudah itu. Prosedur ini sangat senang dan tidak memakan masa.


Saya diberikan 2 keping kertas. Kertas pertama berwarna putih, di mana senarai parti dan calon yang mewakili parti tersebut disiarkan secara menegak, bersama sebuah kotak kosong (untuk ditanda undi). Manakala, kertas kedua berwarna kuning, dan mengandungi senarai calon lain yang bertanding atas parti tertentu. Kertas putih menandakan undian untuk General Election manakala kertas kuning pula untuk Local Election.


Saya bergerak ke polling stand. Satu pencil kecil yang comel tersedia (mungkin pensel yang sama sejak 5 tahun lalu) di sana. Saya pun, dengan membaca Basmalah, meletakkan tanda pangkah pada kotak pilihan saya (mana boleh bagitahu, undi adalah rahsia =P ) Kemudian, kertas tersebut dilipat dua dan dimasukkan ke dalam ballot box berwarna hitam. Tidak perlu membasuh ibu jari. Tidak perlu disoal siasat. Tiada sesiapa yang menunggu di luar polling station.


Kesemua proses pengundian memakan masa hanya selama 5 minit! Tidak perlu beratur. Tidak perlu bergaduh ruang mengundi. Tiada sentiment perkauman berlaku di kawasan mengundi. Tiada kes tumbuk-menumbuk. Tiada


SELEPAS MENGUNDI

Selepas pengundian ditutup pada jam 10.00 malam, kebanyakkan penduduk tempatan berjaga malam, sambil melihat skrin televisyen. Ada juga pub/ bar yang beropearsi sehingga ke awal pagi, hanya untuk hari ini.


Menariknya, exit poll diwujudkan setelah para pengundi membuang undi masing-masing. Exit poll ialah satu maklum balas, seperti pendapat peribadi, meramal keputusan penuh General Election. Mereka ditanya soalan, seperti “Pada pendapar anda, parti manakah yang akan membentuk kerajaan?”

Boleh jadi jawapan mereka adalah sama atau berbeza dengan parti pilihan mereka semasa mengundi sebentar tadi. Untuk makluman para pembaca, exit poll hanyalah satu survey dan tidak melambangkan keputusan rasmi.


Beberapa kejutan dikhabarkan, antaranya beberapa pemimpin parti mengundurkan diri selepas kekalahan parti mereka dalam General Election. Pemimpin yang dimaksudkan ialah Ed Miliband dari Parti Buruh (Labour Party), Nick Clegg (Liberal Democrat Party) dan Nigel Farage (UKIP). Manakala, David Cameron, pemimpin Conservative Party dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom buat kali kedua selepas pelantikannya pada tahun 2010.


Manakala, Mhariri Black, 20, menjadi individu atas kemenangannya dalam General Election selepas mengalahkan calon veteran dari Labour Party, Douglas Alexander. Mhairi merupakan MP termuda di UK sejak 350 tahun lalu. (Refleksi: kita ni dah sampai usia 20 tahun, apa sumbangan kita pada negara dan agama?)


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan di bawah.

Akhir kata:

Saya bukan seorang Konservatif. Juga bukan seorang Liberalis. Juga bukan seorang Buruh.

Saya hanyalah seorang pemerhati. Seorang pengundi senyap (silent voter).


h.n.

7.5.15

2331

Manchester, UK


P/S: Saya sengaja tidak memberi maklumat lanjut untuk PRK Rompin dan Permatang Pauh, sebab saya percaya pembaca lebih arif dalam hal itu. Saya hanya ingin tekankan suasana pengundian di UK, berbanding di Malaysia.


Rujukan

(A) Pengenalan Pengundian:-




(B) Manifesto Parti dalam General Election United Kingdom 2015:-

1. Parti Konservatif (Conservative Party): https://www.youtube.com/watch?v=Q2BcX_qpJW0

2. Parti Buruh (Labour Party): https://www.youtube.com/watch?v=0ZJlAPhQv5c

3. UKIP (United Kingdom Independence Party): https://www.youtube.com/watch?v=dquwQhUEvk0

4. Parti Liberal-Demokrat (Liberal-Democrat Party): https://www.youtube.com/watch?v=W9Fc-dqy8Lw

5. Parti Hijau (Green Party): https://www.youtube.com/watch?v=zrgntIi4Mqo



(C) Semasa Mengundi:-



(D) Keputusan PRK di Malaysia:-



(E) Keputusan General Election United Kingdom 2015:

1. Statistik dalam bentuk Animasi: https://www.youtube.com/watch?v=qy9Hovq16xU


3. MP Termuda dalam sejarah UK: https://www.youtube.com/watch?v=NnGEMlU6CKg

4. Keputusan Rasmi, beserta peta: http://www.bbc.co.uk/news/election/2015/results

~ Saku dalam Buluh ~

[ Saku dalam Buluh ]

Harapkan pegar
padi dimakan pegar
sedang Pak Ali tersedar
usahanya kian tersasar.


Saku disimpan dalam buluh
hasil peluh memerah butuh
simpanan saku untuk jelajah
berjalan di hamparan hijrah,
mencari barakah dalam umrah
setelah bertahun menunggu penuh.

Kini, impian itu terus menjadi
satu harapan yang diimpi
adakah masih terbuka pintu hati
mereka yang mengkhianati?

Saku itu masih tersimpan dalam buluh
tabung menanggung hutang
angkara manusia tamak kepalang
ramai pencarum terus tersentuh.

Ash End
7.5.15

Wednesday 6 May 2015

~ Suria dan Cahaya I ~

[ Suria dan Cahaya I ]
 
sedang aku bertarung di gua maktabah
terdiam seketika mendengar khabar
bagaikan epal merah yang gugur...
reput dimamah ulat keduniaan.
Takziah buat Nor
dan juga Nurin
dan juga Nur
dan juga Myvi
Moga keluarga waris
pertama, kedua, ketiga dan keempat
tabah menempuhi kehidupan
meski diasak onak tanda tanya.
Ketahuilah,
Tuhan itu Maha Penyayang
Tuhan itu Maha Penerima Taubat
Tuhan itu Maha Pengampun
Tuhan itu Maha Berkuasa
Mungkin pemangsa masih bebas
dari gengaman undang manusia
namun dia tidak bisa terlepas
dari al-Mizan Rabb yang Adil.
6.5.15
AGLC
Ash End