Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bab 8: Bank, Harga dan Ekonomi
Haniff Nasir
18 August 2014
0243
Cholton-on-Medlock, Manchester
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.
*****
Berikut adalah bab 2 daripada 11 bab bersiri untuk projek 'Studying in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian (Fresher's Edition)'
#JSM - BAB XX: SEBULAN PERTAMA DI UK.
Beberapa
perkara yang perlu diambil kira sebaik sahaja anda menjejak kaki ke sini
(istilahnya: touchdown). Memang benar anda akan merasa kesunyian,
keseorangan dan rindu akan keluarga dan kawan di tanah air. Tapi, bukan anda seorang
sahaja yang merasai kesedihan itu.Rindu? Gunakan Skype. |
Okay, perkara ini
terbatal sama sekali jika anda pernah mengharungi zaman sekolah berasrama
sewaktu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5/6. Sebab anda tidak akan merasa apa-apa.
Serius. Kosong, macam dahulu. Dah terbiasa agaknya. Mungkin ada, tapi sikit je
kot.
Berikut
adalah checklist untuk sebulan pertama anda di sini (UK). Tidak
semestinya mengikut urutan seperti apa yang tertulis di bawah, tapi lebih cepat
anda berjaya menyempurnakan senarai di bawah, lebih senang anda pada masa akan
datang.
1. Pendaftaran Tempat Tinggal (Hall atau House)
2. Pendaftaran Utama di Universiti
3. Pendaftaran Pelajar di Fakulti (School)
4. Pembukaan Akaun Bank
5. Jalan-jalan sekitar Kampus
6. Jalan-jalan sekitar Bandar
7. Pembelian Barangan Keperluan
8. Suai Kenal dengan Senior
9. Berintraksi dengan Komuniti Tempatan
10. Melawat bakal Kelas/ Dewan Kuliah
1. Pendaftaran Tempat Tinggal (Hall atau House)
University Hall |
Sama
ada anda telah menempah dan membayar deposit untuk tempat tinggal anda, atau
masih terkial-kial mencari rumah, pastikan semua dokumen berkaitan dengan
pemilikan dan pembayaran sewa disimpan elok. Rumah sewa ternyata lebih murah
sewa bulanannya berbanding tinggal di Hall, namun anda kena bertanggungjawab
sepenuhnya untuk isu maintenance dan sekuriti.
Jika mampu, sediakan kunci pendua untuk bilik/ rumah anda. Kunci ini sangat berguna di kala kecemasan. Bayar sewa bulanan pertama anda sebelum tiba tarikh akhir
(due date), atau anda boleh dikenakan penalti.
2. Pendaftaran Utama di Universiti
University Place dan Whitworth Hall: venue utama pendaftaran |
Ingatkah
saat anda terkejar-kejar menaiki bas, menunggu sehingga dua jam lamanya dan
berulang-alik semata-mata untuk menyempurnakan pemohonan visa anda? Kali ini,
kerja anda mudah sahaja. Bawa segala dokumen penting (yang asli, tau!) bersama
paspot anda untuk mengesahkan kehadiran anda ke university berkenaan.
Untungnya, anda tidak perlu mengisi borang, Cuma
hadirkan diri dan serahkan dokumen. Mudah bukan? Sebaik anda selesai
mendaftarkan diri, anda akan menerima sekeping kad. Ini kad pelajar anda. Ia
sangat penting, jadi jangan hilangkannya. Kad inilah yang memberikan anda akses
ke bangunan dan kemudahan universiti. Contohnya, bilik IT, perpustakaan, dewan
kuliah, dan peminjaman buku. Kad ini juga membuktikan bahawa anda adalah
seorang pelajar rasmi Universiti tersebut.
3. Pendaftaran Pelajar di Fakulti (School)
Bangunan Manchester Business School (MBS) |
Berbeza
dangan pendaftaran utama di atas, anda perlu mendaftarkan diri sekali lagi di
fakulti masing-masing untuk tujuan pembahagian kumpulan dan kelas. Anda mungkin
akan belajar di dalam saiz kelas yang kecil, atau mendengar kuliah di dalam
dewan yang besar. Bergantung kepada kursus masing-masing. Bagi pelajar Masters atau Phd, pendaftaran ini menentukan
tajuk kajian anda dan memilih (atau diberikan) projek. Anda akan
mengenali tutor dan/ atau pengarah projek (supervisor) anda, jadi gunakan
peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin daripada mereka.
4. Pembukaan Akaun Bank
Untuk
maklumat lanjut, sila baca di sini:Bab 8: Bank, Harga dan Ekonomi
5. Jalan-jalan sekitar Kampus
Lakaran peta kampus University of Manchester |
“Tak
kenal makan tak cinta”. Oleh itu, rajin-rajinkan diri anda berjalan sekitar
kawasan kampus. Sekurang-kurangnya anda tahu di mana pejabat pentadbiran (admin
office), pusat khidmat pelajar (student customer service),
perpustakaan, dewan kuliah, dewan makan (nanti lapar datang rembat makanan),
tandas (manalah tahu :3 ) dan surau/ bilik solat. Kalau sukar, pastikan anda
mempunyai satu Salinan peta kampus anda. Ia boleh didapati secara percuma di
kampus. Simpan satu salianan saiz poket bersama anda sepanjang masa. Semestinya,
anda akan terhafal serta merta dalam masa 2-3 bulan anda berada di sini. Malah,
anda boleh menganggarkan tempoh masa yang diperlukan jika anda berjalan dari
satu tempat ke tempat yang lain.
6. Jalan-jalan sekitar Bandar
Kawasan Market Street |
Selalunya,
Universiti utama di UK terletak berhampiran dengan kawasan Bandar. Tidak perlu
menaiki kapal terbang. Dengan hanya berjalan setengah jam, atau menaiki bas
selama 10 minit perjalanan, anda boleh menghabiskan masa di dalam perkarangan
Bandar. Pusat beli-belah, kedai pakaian berjenama, pejabat pos, kedai buku,
stesen bas, stesen kereta api, hospital, kedai makan dan restoran dan masjid
boleh didapati di sana. Bar, pub dan pusat hiburan juga ada. Pendek kata,
segala keperluan anda boleh didapati di Bandar (baik, mungkin bukan semua). Jadi, jom makan angin di sekitar Bandar. Nanti, kalau bosan, dating la ke sini bersama rakan.
7. Pembelian Barangan Keperluan
Jika
anda datang seawal bulan 8, kebanyakkan kedai mengadakan jualan murah musim
panas (summer sale). Barangan dijual
dengan harga yang murah dan berpatutan. Duvet, cadar, bantal, peralatan
memasak dan bahan makanan boleh didapati dengan tawaran yang pasti membuatkan
anda tergoda (sampai duit kat tangan habis licin). Belian secara maya (Online purchase) selalunya menawarkan diskaun dan harga pukal. Maka, tidak perlu risau kerana sepasang baju sejuk dan sehelai jaket kalis hujan dan angin sudah cukup sebagai bekalan di awal bulan.
8. Suai Kenal dengan Senior
Siapa senior? Mereka
sudah lama berada di sini. Sudah setahun dua menghabiskan masa mencari
pengalaman dan menemui suka duka kehidupan. Merekalah orang yang anda patut
rapat, selain pensyarah anda. Merekalah yang menjemput anda di balain ketibaan,
menemani anda membeli barang dan menolong anda untuk tujaun pendaftaran. Jadi,
berkawanlah dengan mereka sebaik mungkin. Tapi harus dingati, mereka lebih tua
daripada anda, maka hormatilah mereka.
9. Berintraksi dengan Komuniti Tempatan
Cuba
anda bermain bola, atau futsal dengan mat saleh di sini. Confirm tergelak.
Latihkan diri anda speaking dengan mereka. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa
dan lebih fasih berbahasa Inggeris.
10. Melawat bakal Kelas/ Dewan Kuliah
Apabila anda tersalah masuk bilik kuliah, dan semua orang memandang anda... |
Pastikan anda tahu apa nama kursus
anda dan di mana kelas selalunya dijalankan. Secara amnya, setiap fakulti
mempunyai dewan kuliahnya yang tersendiri.Jangan sampai hari kelas pertama
anda, anda sesat tak tentu arah. Dah lama sesat, pastu termasuk kuliah subjek
lain. Itu yang tak tahan.
Banyak lagi perkara yang saya ingin kongsikan, namun itu saya ceritakan di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Thank you. :)