Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

Saturday, 12 March 2016

DKYB' #027

[ DKYB' #027: Lolipop Muda ]

"Ibu, ibu! Terima kasih bawa saya ke sekolah hari ini! Saya suka dengan apa yang cikgu ajarkan pada saya!"(1)
"Alhamdulillah, moga kamu menjadi anak yang soleh, nak."(1)
"Sungguh, aku bertuah kepada Allah kerana mempunyai ibu yang penyayang sepertimu."(1)
Langit yang selalunya berawan kelabu, melarikan diri. Apa yang hadir hanyalah angin yang menepuk manja bahu seorang anak lelaki berumur sekitar 9-11 tahun, serba berpakaian kemas menemani ibunya yang sentiasa tersenyum.
Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang dilalui oleh ibu itu.
Sebaik pemuda berkaca mata yang melihat gelagat mereka berdua dari jauh itu mula membelek buku 'Bagaimanakah Ingin Menempuhi Universiti', bunyi gesekan keluli kedengaran. Anak lelaki, yang pada mulanya suram, bertukar gembira.
Pintu automatik terbuka. Ibunya berkata: "Marilah, nak" (1)
Maka, mereka bertiga memasuki ruang yang dipenuhi manusia perlbagai ragam. Tercari-cari di penjuru, anak lelaki itu menarik kain ibunya. Terlihat satu pelekat berwarna biru -'Prioriti'
"Ibu! Di situ ada tempat duduk."(1)
Berdirinya anak lelaki itu, bersebelahan ibunya yang duduk. Beberapa minit kemudian, pintu itu kembali terbuka. Anak lelaki itu menyahut.
"Apa yang ibu akan masak di rumah?"(1)
Ibu itu tersenyum dalam diam.
====
Pemuda itu tiba di stesen terbesar di bandar pertama Revolusi Perinsdutrian di Britain. Dia melangkah keluar dari platform dan membuka mangga kenderaan beroda dua miliknya yang dikunci awal pagi tadi.
Sambil dia mengayuh, keadaan sekelilingnya tidak lagi sama sewaktu di pagi tadi. Kelipan lampu putih dan merah membanjiri laluan sekitar bandar. Lampu limpah memunculkan diri, seperti waktu puncak di petang hari, semalam.
Kemudian, dia memasuki ke bangunan tertua di UMIST. Selalunya tiada sesiapa pun yang berada di tingkat bawah bangunan itu pada hari minggu.
Tiba-tiba, seorang lelaki menegurnya dari belakang. Dia memakai sut, seolah baru sahaja pulang dari sebuah acara formal.
"Sudah solat, kah?"(2)
"Belum. Mari kita lakukannya, bersama-sama."(2)
Maka, dua orang lelaki tersebut menunaikan kewajipan rukun ke-2 Islam. Lelaki itu menjadi imam.
Selepas tamatnya solat itu, lelaki itu berdoa;
"Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, rahmatilah (kasihanilah) mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku tika aku kecil"(3)
HN
12/3/16
====
Nota:
(1) Mereka mengadakan sekolah komuniti di Abraham Moss .Tak silap saya, Libya. Dialog berkenaan diucapkan dalam bahasa Arab.
(2) Dialog dalam bahasa Inggeris.
(3) Doa kepada ibu bapa. Boleh rujuk di dalam Al-Quran, surah Nuh: ayat 58 dan surah Isra': ayat 24.

Monday, 29 February 2016

DKYB' #025

[ DKYB' #025: Pemerhati ]

Seperti biasa, kami sekumpulan pelajar mengadakan sesi mesyuarat dengan penyelia projek (supervisor meeting) petang semalam (waktu tempatan).

Yang uniknya, ada seorang pemerhati yang duduk di belakang penyelia. Kami tidak pernah melihat kelibat pemerhati itu. Dia hanya memerhati sepanjang sesi itu berlangsung. Tiada sepatah perkataan terucap daripada mulutnya. Kami pun tidak bertanyakan penyelia perihal pemerhati itu. Sesi itu berlangsung dengan kemas. Pengerusi aktif dalam mengendalikan sesi. Setiausaha mencatat setiap kata-kata ahli (pelajar dan penyelia) sebagai butiran minit mesyuarat. Soal-jawab dan pandangan ahli dikemukakan.

Pada akhir pertemuan, penyelia memberikan kata semangat dan mengucapkan terima kasih. Lalu, dia berkata: "Terima kasih kepada Dr M kerana sudi berada di samping kami untuk sesi ini."

Terkejut semua orang. Bukan calang-calang orang pemerhati ini - seseorang yang berpengaruh dalam industri.

Lalu pemerhati itu berkata dengan tegasnya,"Saya akan menilai kandungan projek reka bentuk anda (design project). Selamat maju jaya."

Kami pun tersenyum sipu.

Itu baru manusia, melihat gerak kerja kita.

Bagaimana pula dari pandangan Tuhan Maha Melihat dan Mendengar?

Satu ketukan batin buat diri ini yang pelupa (Manusia = Insan = pelupa).

HN
29.2.16

#Experimental #GapoDio

Tuesday, 9 June 2015

DKYB #358

[ DKYB #358 ]

Antara salah satu sebab utama saya memilih untuk tidak berbelanja sakan (dengan membeli pakaian harian berjenama) dan berjalan sana sini (sambil menangkap foto buat status kaw-kaw di laman media), adalah ini:

(Rujuk foto tertera)

Pesan ayah sebelum berangkat ke Kerajaan Yang Bersatu, 2 tahun lepas:-
"Duit ini bukan milik Along, ia hasil peluh rakyat jelata. 

The townspeople and taxpayers entrusted you to build them a better future. So, don't taint their trust."

Pesan mak:-
"Semua ni kita pinjam dari Allah, nak. Nanti Allah tak tanya berapa banyak duit kita, tapi untuk apa kita gunakan duit?"

Motivasi diri di pagi hari.
P/s: Subuh di sini pada pukul 2.40 pagi.

Haniff Nasir
9.6.15

Wednesday, 8 April 2015

JME: Tempoh

< JME: Latar Masa >

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.

Artikel ini bersambung daripada artikel terdahulu (JME: Lokasi)

Berikut merupakan latar masa projek/ travelog JME. Kronologi akan disiarkan, dalam bab pertama hingga akhir. Harap pembaca dapat bersabar.

Tarikh: 23/3, Isnin hingga 2/4, Khamis. Tempoh: 11 hari

Teruskan setia bersama pos ini (dan juga blog ini) untuk perkembangan semasa.

h.n.
8/4/15
Manchester

P/S: Artikel seterusnya, bermulanya Bab 1. Bersedialah! :)

Tuesday, 7 April 2015

JME: Lokasi

< JME: Lokasi >

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.

Artikel ini bersambung daripada artikel terdahulu (JME: Prakata)

Berikut merupakan lokasi Jejak penulis sepanjang pengembaraan solo backpacking di bumi Eropah baru-baru  ini (tidak mengikut urutan perjalanan penulis):-

1) Belgium: Brussels, Ostende, Brugge (Bruges), Gent (Ghent), Antwerp (Anvers)

2) Belanda (Oranje): Amsterdam, The Hague, Rotterdam, Haarlem, Leiden, Keukenhof/ Lisse, Zaanse Schans/ Oud Koog

3) Jerman: Cologne (Koln), Bonn, Mainz, Wiesbaden, Düsseldorf, Frankfurt, Koblenz, Stittgart, Munich (Munchen), Berlin

4) Austria: Salzburg, Vienna (Wein)

5) Slovakia: Bratislava

6) Hungary: Budapest

7) Czech Republic: Prague (Praha), Breclav, Prerov

8) Poland: Warsaw (Warzawa), Kraków (Crakow), Wroclaw

9) United Kingdom: London, Coventry, Birmingham.

10) Luxemborg (Luxembourg): Luxemborg City

Bonus (jika ada keluangan ruang dan masa)-
11) Bandar-bandar di United Kingdom:
Liverpool, Blackpool, Leeds, Newcastle, Nottingham, Manchester, York, Sheffield, Harrogate, Norwich

12) Lain-lain
Scotland: Glasglow, Edinburgh
Wales: Port Talbot, Swansea, Cardiff, Newport, Snowdonia

Teruskan setia bersama siri ini (dan juga blog ini) untuk perkembangan semasa.

h.n.
4/4/15
Grange-Over-Sands.

Saturday, 4 April 2015

DBE #10

[ DBE #10/ DKYB #341 ]
 
AKU, DAPUR & KEM MITHALI
 
"Kenapa kebun Pak Chong yang tumbuh subur, bukan Pak Haji? Walaupun hakikatnya, Pak Haji seorang yang beriman, solat tak tinggal, zikir tak henti.
 
Sebab Allah sudah berikan manual, dalam bentuk kajian. Ilmuwan Islam dan bukan Islam, di masa lalu, telah mengkaji dan menghasilkan Apa yang kita namakan; teori, hukum, langkah, cara. Jadi, kita kenalah ikut manual, baru ada hasil, dengan izin-Nya." Suara penceramah menjadi halwa telinga.
 
Di penjuru Dewan makan itu, sebuah speaker hitam menjadi latar bunyi dan medium kami, yang berada di sebalik kepanasan oven, kekenyalan daging ayam, kemanisan camca teh, kekurangan pengalaman; menjadi AJK Dapur.

Benar, bukan mudah kerjanya. Di saat peserta melaksanakan aktiviti, kami berhempas pulas menyediakan makanan. Ada kalanya terlebih-kurang kuantiti, ada juga saat tersalah arahan, malah ada juga masa kami kelam kabut.

Namun, di sebalik kepenatan dan usaha, kami belajar sesuatu. Bukan mudah untuk penuhi expectation orang. Tak semua orang boleh makan pedas, masam manis. Ada yang alergik pada udang Dan sotong. Ada yang kena makan dua pinggan baru kenyang.

Pendek kata: Tak semestinya kena jadi peserta kem untuk belajar ilmu.

Terima kasih kepada Ustaz Hasrizal Atas perkongsian ilmu, Warga Kem Mithali 2015 Atas penglibatan dan kerjasama, serta AJK dan sukarelawan yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini.

Saya? Saya cuma seorang pemerhati, yang merekod perkara rawak yang berlaku di sekeliling Saya di dalam nota saya.

Saya namakan ia 'Diari Rawak- Diari Budak Engineer'

6.4.15
Grange-Over-Sands, Lake District, UK
HN

Thursday, 2 April 2015

JME: Prakata

JME: Jejak Muslim di Eropah

< JME: Prakata>

Alhamdulillah.

Matlamat utama perjalanan saya merentasi benua Eropah telah berjaya direalisasikan.

Insya Allah, Saya akan menyusun dan mengemas kini tulisan (tulisan ringkas dan cakar ayam) dalam catatan diari, ditulis semula dalam bentuk Word/ PDF.

Antara isi-isi catatan tersebut:-
1. Lokasi masjid/ surau berdekatan bandar yang dilawati

2. Panduan untuk pergi ke masjid/ surau berkenaan.

3. Panduan mencari makanan Halal di bumi Eropah.

4. Lokasi menarik untuk makan-makan (Halal) di bandar yang dilawati.

5. Kisah pengaruh Islam di bandar tersebut (Sejarah, komuniti dan penerimaan rakyat tempatan terhadap agama Islam)

6. Kisah di sebalik tempat-tempat yang terkenal (Cth: Keukenhof, Mannaken Piss, Edward Gate, dll)

Doakan agar usaha kecil Saya ini dipermudahkan Allah SWT.

Haniff Nasir.