Showing posts with label light novel. Show all posts
Showing posts with label light novel. Show all posts

Monday, 21 March 2016

PNR: Teaser 3



[ PNR: Teaser 3 - 10 Minit ]
- m/s xx -


=====
"Kau cuma ada 10 minit." Amaran keras itu membenak anak telingaku.

"Apakah yang akan terjadi jika aku melepasi tempoh ini?"

"Siapa tahu?"

Tangan itu masih berlumuran darah. Darah yang masih segar, mengalir seperti arak. Langkahnya kian perlahan. Memapah rakan sepasukannya, Max yang cedera parah. Max yang tidak mampu menggerakkan kakinya, berada dalam separa sedar. Max tahu bahawa inilah saatnya Malaikat Maut mula mendampinginya. Menyaksikan saat-saat terakhir kehidupannya.

Laluan terowong itu kian suram, seperti tiada penghujungnya. Terowong itu kelihatan seolah-olah penghubung antara dua dunia - dunia realiti dan fantasi. Mat dan Max menuju ke hadapan mereka, mencari sinar cahaya di sebalik kegelapan. Berbekalkan sebiji tanglung kecil yang kehabisan minyaknya, mereka berdua terus berjalan. Kedengaran bunyi peluru senapang patah di belakang mereka. Mereka tahu, misi ini bakal menemui jalan buntu. Tiada lagi amunisi tambahan. Malah, peralatan mereka sudah tidak dapat lagi digunakan. Kehabisan peluru dan kecederaan yang dialami seorang orang, sudah tentu menjatuhkan moral mereka.

Mat tahu misi ini bukan sebarang misi. Misi ini sangat bermakna untuk masa depan mereka, sebagai ahli Battalion Harimau Muda ke-320. Misi terpenting sejak penubuhan kumpulan ini beberapa tahun lalu. Misi kelas S. Mereka yang berjaya menyiapkan dan melaksanakan misi ini dijamin untuk kenaikan pangkat dan ganjaran lumayan. Kematian menanti mereka yang gagal.

Max masih bergelumang dengan kakinya yang berlumuran darah. Dia memaksa dirinya untuk berjalan. meskipun secara mengesot, dengan kaki kirinya. Dia mula mengeluarkan kata-kata berbentuk penyesalan. Semacam dia menyumpah dirinya sendiri. Carutan dan penyesalan silih berganti.

"Mat, tinggalkan aku. Nampaknya aku telah melambatkan kau."
"Jangan begitu, Max. Kita kan rakan seperjuangan, Ingatkah kau akan sumpah Battalion itu - kita adalah satu keluarga, dan setiap orang harus melindungi ahli keluarga mereka?"
"Tengoklah aku. Tempeng kaki kanan. Apa yang boleh aku buat selepas ini? Menjaja di tepi jalan? Penjual tiket?"

Kedua-duanya tergelak.

====

"Tuan, sudah tiba masanya."

"Baiklah"


Lelaki itu bermonolog dalam hiba:
"Maafkan daku, kalian. Aku akan semadikan kalian dengan tembakan 21 das. Moga kau tenang di sana."

Seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda mendekati lelaki berpangkat Kapten itu.

"Tuan, segala persiapan berjaya disediakan."

Sebuah walkie-talkie diserahkan kepada Kapten.
"Lakukannya."

"Baik, kapten!" Suara seorang komander kedengaran di bibir walkie-talkie itu.

====

Boom! Shing! Grrr!

Boom! Boom! Boom!

Letupan berantai. Satu letupan kecil mencetuskan susulan letupan lain secara bersiri.

"Nampaknya kita tak sempat, Max."
"..."

"Max?"
"..."

"Woi, Max! Bangunlah. Janganlah kau mati di sini, sekarang!"
"..."

"Max!"

Terowong itu mula menampakkan kegelinciran. Gemaan letupan itu menyebabkan struktur torowong menjadi tidak stabil. Permukaannya menunjukkan tanda rekah,

"Max!"
"Mat, boleh kau tolong aku?"

"Fuh, aku ingatkan kau dah mati. Apa dia?"
"Tolong serahkan surat ini kepada dia."

Max menghulurkan sepucuk kertas. Kertas itu, renyuk, tetapi masih kemas keadaanya,

Rekahan itu makin bertambah buruk. Terowong yang disangka bertahan lama, akhirnya menampakkan kelemahannya. Ia ciptaan manusia - fakta itu tidak boleh dinafikan.

Apa yang diciptakan manusia, akhirnya musnah di tangan manusia juga.

"Mat, jangan lupa. Serahkan kertas itu."

Tiba-tiba, serpihan batu-bata mula menerpa ke tanah. Torowong itu menunjukkan saat keruntuhannya.

Satu serpihan besar jatuh menuju ke atas kepala Mat dan Max.

"Hati-hati!"

Suara kedua-duanya tenggelam dalam timbunan batu.

====

Tangan itu dipegang erat, Tangan yang asalnya berlumuran darah, tidak dapat lagi digerakkan.

"Max!"

"Max!"

"Max!"

Pemuda yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya 3 tahun yang lalu, tidak lagi bernafas. Kedua belah kakinya tersepit dalam celahan batu. Dia menahan terjahan batu dari arah atas. Badannya dihempap batu. Di bawahnya, Mat yang terbaring, mula menunjukkan riak wajahnya yang cemas. Terperanjat. Terkaku, Diam,

Max melihat muka Mat, yang berada di hadapannya dengan keadaan gembira.

"Max, dalam saat begini, kau masih tersenyum?"

Soalan itu tiada jawapannya.

Suratnya, masih dipegang erat tangan kanan Mat.


(bersambung)

Sunday, 23 August 2015

PNR: Malam

- m/s xx -
(Jam 2200, 3/2/20XX)
Seluruh bangunan tiba-tiba menjadi kecoh. Amaran Aras 5- Ancaman terhadap sekuriti. Lampu korridor dan dinding bangunan bertukar ke merah. Siran dilaungkan.
"Cari dia sampai dapat!"
"Baik tuan"
"Skuad Alpha, pergi ke bahagian Utara! Skuad Bravo, bahagian Barat. Skuad Charlie, bahagian Timur! Skuad Delta, bahagian Selatan. Maklumkan kepada saya jika dia ditemui. Saya mahukan dia hidup-hidup."
"Baik tuan!"
Hampir kesemua pegawai keselamatan yang bertugas pada malam itu bertungkus lumus menjadi lembaga hitam. Barangkali, dialah yang mungkin menjadi dalang kepada tercetusnya Amaran Aras 5.
Cari dan tangkap. Arahan dikeluarkan serta merta. Penggunaan senjata, yang selama ini hanya tertakluk pada prinsip pertahan diri, kali ini dibenarkan. Mereka tahu bukan calang-calang orang yang dapat melepasi kawalan sekuriti dan menyelinap masuk ke bangunan yang dipenuhi CCTV 24 jam dan rutin pengawasan pegawai yang ketat. Sudah pasti suspek ini telah membuat kajian latar terperinci bangunan ini
Aras 5 bukanlah satu perkara yang main-main; ia merupakan satu ancaman untuk membunuh ketua bangunan. Ketua keluarga. Ketua pasukan militari. Ketua kepimpinan tertinggi.
-----
(Jam 1700)
"Kau pastikan tiada sesiapa yang mengekori di belakang. Letakkan kotak hitam ini di dalam bilik beradu utama," ujar pemuda pertama kepada pemuda ketiga.
"Aku akan berikan perlindungan dari jarak jauh. Jangan hampakan aku." ujar pemuda kedua. Dia menggerakkan gogel di kepalanya berkali-kali.
Pemuda ketiga itu gagap. Barangkali ini misi pertamanya. Misi yang berskala besar. Melibatkan puluhan individu dan boleh membawa kepada kematian. Misi kelas S.
"Aku akan matikan suis utama. Kita hanya ada 10 minit sahaja. Ingat rutin kita?" tambah pemuda pertama
"Malam ini keadaan sekeliling bakal lembap. Ah, bencinya! Woi, Tag #24! Kau adalah penentu kejayaan misi ini, Jangan persiakan peluang ini!"
"Baik," jawab pemuda ketiga. Dia kelihatan terketar-ketar. Namun, jauh di sudut hatinya "Aku tiada pilihan lain."
-----
(Jam 2210)
Warrik tiba di tempat kejadian. Bilik tidur utama. Dinding bilik tersembur warna kelabu, pintu bilik terkelopak. Lantai bertukar warna. Hitam, semacam kekelabuan. Terdapat lopak darah bertaburan di lantai, meninggalkan jejak. Nampaknya, mangsa sempat melarikan diri, ketika letupan berlaku di dalam bilik itu.
"Cis, aku terlambat." fikir Warrik, sambil mengesan laluan mangsa. Dinding kiri bilik pecah, meninggalkan lubang. Kesan darah itu terhenti di celahan runtuhan batu-bata. Kawasan luar bangunan, jelas kelihatan di sebalik lubang itu.
Tiba-tiba, belum sempat Warrik melalui celahan lubang itu, dia terhenti.
Sebutir peluru dilepaskan. Das tembakan itu, mengenai bahagian badan seseorang.
Dan malam itu digelapkan dengan serbuk letupan dan gumpalan darah.
.
--------
Berminat untuk mengetahui sambungan cerita ini?
---------
HN

Tuesday, 4 August 2015

PNR: Teaser 2

[ PNR: Teaser 2 - Nasib/ Tinggal Semalam ]
- m/s xx -




“Hoi!

Awak berjalan ke neraka (lembah kemusnahan).”

Si kecil itu terus melangkah ke kawasan kebakaran. Jatuh dan rebah.  Dia kembali bangun,

“Apa gunanya… Apa gunanya aku terus hidup dalam kekalutan ini? Kenapakah aku terkecuali (untuk mati begitu sahaja)?”

Imej budak kecil itu hilang dari pandangan mataku.

Aku berjalan ke arahnya, seolah-olah mencari sesuatu. Satu suara lelaki menegurku dari belakang,

“Hoi!

Awak berjalan ke neraka.”

Langkahku terhenti.

“ Inilah apa yang kau lupa. 
Pada mulanya, aku anggap ia cuma satu kekaguman. 
Namun, jauh di sudut hatiku, ia cuma satu impian. 
Impianku yang kelihatan seperti kemusnahan ini, sepatutnya tidak berlaku. 
Impian seorang pemuda yang mahu menyelamatkan orang lain. 
Impian itu tidak tercapai, malah kehilangan segalanya pada akhirnya. “

Dadaku bersinar. Aku terus melangkah ke hadapan, menghiraukan pemuda di belakangku. Kabus di hadapanku kian berkurangan, menampakkan sebuah puncak yang tertanam di atasnya sebuah pedang.

“Walaupun kehidupan itu (palsu), ibarat sebuah mesin?” soal pemuda di belakangku.

“Ya, meskipun kehidupan itu mengalir dengan hiprokrasi.”

Dengan tangan kananku, aku memaut pemegang pedang itu. Ia membara, seolah mempunyai nyawa.

“Aku akan terus berusaha untuk menjadi seorang juara keadilan.” sambungku.

Dengan sekali nafas, aku menarik keluar pedang itu dari gengaman bumi. Kabus mula bersurai, langit terus bercahaya. Keadaan sekeliling kembali seperti biasa.

“Oh, begitu rupanya. Penyarung pedang (Saber).”

Satu rekaan asli tercipta dari kekuatan diri. Memori antara Tuan dan Hamba.

“Pautan kepada Saber yang ditanam ke dalam diri kita; untuk menyelamatkan nyawa kita. 
Ia adalah relik suci, bukan sesuatu yang diseru. 
Walaupun kontrak (antara dia dan Hambanya) terputus, ia terus menjaganya.”

“Badanku…”

“Tak guna..”

Luka di belakang badanku kembali pulih. Seolah ia dijahit kembali. “.. diperbuat daripada bilahan.”

Archer sedar, ia petanda buruk baginya. Dia mencampakkan dua bilah pegang, dalam penuh kelajuan, ke arahku.

Sedang kedua-duanya mendekatiku, udara semakin panas. Masa terhenti. Seolah ruang masa memberiku peluang kedua.

“ Aku tak akan dikalahkan oleh kau!”

Dua cahaya biru meneras ke hadapan dan membalas serangan kedua bilah itu. Terpantulnya ia ke tepi.

“Aku tak kisah kalah kepada seseorang, tapi aku tak akan dibantai oleh diriku sendiri.” Laungku

(bersambung)

----------------------

Dipetik daripada skrip asal "Fate/ Stay Night"

HN
4.8.15

Monday, 16 March 2015

PNR: Teaser 1

[ PNR Teaser 1 - Berjalan ]
- m/s xx -

"Kau tahu kenapa mereka suka mentertawakan kau?" ujar Rahman.
"Mungkin sebab aku bukan pemain musik terkenal?" gurau Ash.

Setibanya di simpang jalan Moss Lane East/ Wilmslow Road, Rahman melambaikan tangannya kepada Ash. Ash akan berjalan pulang ke rumahnya, dengan beg guitar di belakangnya, dia terus berjalan dengan langkah perlahan.

Denai malam terus berlalu. Saat matahari mula bersembunyi di balik sinaran cahaya bulan sabit, dan laluan pejalan kaki itu kosong. Adapun, beberapa remaja berjalan sambil memegang tin dan botol.

Ash terus meninggalkan kawasan itu, dengan harapan tiada sesiapa yang yang mengekorinya. Kes jenayah yang semakin meningkat di Kari Batu, memberikan satu impak; Tempat ini sudah tidak lagi selamat. Kejadian pecah rumah makin kerap berlaku.

Bertemankan pemain musik MP3 yang tersimpan di dalam poket bajunya, Ash mempercepatkan langkahnya. Fon kepalanya begitu rapat dengan telinga, sehingga tidak didengari bunyi angin sejuk mendesir di sekelilingnya.

Malam itu terus bergelap, dan manusia terus bergelumbang dalam kegelapan.

(bersambung)

‪#‎lightnovel‬ ‪#‎teaser‬ ‪#‎ashend‬

Projek ini akan dirasmikan pada 8/4/15!

PNR: Projek Novel Ringan (tajuk- akan disiarkan nanti)
Doakan ya!