Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Thursday, 31 May 2018

KRITIK BUKU ITBM: DONA BARBARA




DONNA BARBARA: PENCETUS KONSEP REALISME

(bersempena 'JOM KRITIK BUKU ITBM')


PERIHAL BUKU:
Image result for dona barbara itbm
Kulit buku Dona Barbara (ITBM, 2016)


Judul : Donna Barbara (Doña Bárbara)
Pengarang/ Penulis : Rómulo Gallegos
Penterjemah : Johan Dzulkifli
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia (dahulu dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia)
Genre : Novel (Fiksyen)
Sub-Genre : Realisme Magis/ Kontemporari
Bahasa : Melayu (terjemahan)
Bilangan mukasurat : 440 halaman
Cetakan pertama : 2016
ISBN : 9789674604356
Harga : RM 55.00

PENGENALAN: KONSEP REALIMSE DAN REALIMSE MAGIS
Realisme, sebuah teori yang diperkenalkan seawal zaman empayar Greek dan Yunani lagi. Teori ini dapat ditemui di dalam ‘A History of Philiponnesian War’ karya Thucydidas, menceritakan peperangan antara Sparta dan Athens pada zaman kegemilangan Greek. Realisme magis, atau fabulism­e, dipelopori oleh Alejo Carpentier pada tahun 1949, didefinasikan sebagai ‘melihat objek dalam kehidupan seharian menggunakan perspektif di luar kebiasaan.’ Angel Flores, seorang pengkritik sastera, menakrifkan teori ini sebagai kesepaduan antara realiti dan fantasi pada tahun 1956. Dia juga berpendapat bahawa naratif realisme magis telah menukarkan kisah-kisah biasa kepada sesuatu yang menakjubkan dan ajaib. Antara penulis prolifik di Malaysia yang menulis dalam genre realisme magis ialah Zainal Rashid Ahmad dan Ruhaini Matdarin.

PROLOG
                Berbalik kepada tajuk, Dona Barbara karya Ramulo Gallegos dikatakan sebagai pencetus kepada karya bergenre realisme magis. Penulis ialah Presiden Venezuela pertama yang dipilih secara demokratik pada tahun 1948 (walaupun hanya beberapa bulan sebelum kehilangan kuasa semasa coup d’état). Dia seorang penulis sebelum dia seorang ahli politik.
Kegemilangan karya ini dikaitkan dengan keadaan semasa di Venezuela pada ketika itu -  berada di dalam kancah korupsi dan kejatuhan. Sebelum itu, dia terpaksa menjadi pelarian dan keluar dari Venezuela selepas menulis sebuah buku yang berkait rapat dengan rejim Juan Vicente Gomez. Buku itu ialah Dona Barbara, ditulis pada tahun 1929, diterjemah kepada beberapa bahasa dan masih dicetak sehingga kini.

PENILAIAN KARYA: WATAK, PERLAMBANGAN DAN JALAN CERITA
             Novel ini menceritakan kisah seorang wanita, seorang wanita bernama Barbara. Semua orang menyebutnya "Doña Barbara" - "doña" bermaksud “Puan" di dalam bahasa Sepanyol. Perhatikan tajuk di sini – nama watak utama sebagai tajuk novel, selalunya menunjukkan penghormatan dan ketakutan bahawa semua orang, khususnya lelaki, kepadanya. Nama sulungnya "Barbara", adalah nama sebenar yang digunakan oleh ramai wanita, tetapi di dalam bahasa Sepanyol nama ini bermaksud "liar" - tunjang di dalam cerita, kerana dia tinggal di dalam hutan di sekitar Sungai Arauca. Dia seorang tuan rumah, berkuasa, kaya dan kejam. Apabila dia masih muda, dia telah dirogol oleh lanun, juga kehilangan cintanya yang pertama, menjadikan dia seorang yang yang patah hati dan membenci semua lelaki. 

Watak utama lain dalam kisah ini adalah "Santos Luzardo" yang namanya permainan kata lain seperti Doña Barbara, hanya sedikit lebih rumit. "Santos" bermaksud "saint" atau "penyelamat" seperti mana dia menyelamatkan Barbara, manakala "Luzardo" bermaksud "cahaya", seperti cahaya suci tamadun dan kemajuan yang ia masuk ke padang belantara hutan. Begitulah perlambangan nama-nama watak utama kerana kepentingan simboliknya boleh hilang dalam terjemahan.

Pertemuan dua watak ini, diserikan dengan kehadiran watak-watak lain menjadi pengatur cerita ini. Begitu juga dengan kaitan antara hubungan mistik, spiritual, sihir dan khurafat  yang diketengahkan penulis dalam buku ini bagi menggambarkan bagaimana masyarakat klasik Venezuela bertindak balas terhadap hal-hal sekeliling mereka.

Cerita ini berlangsung latar di Ilanos, sebuah kawasan terpencil di Venezuela.  Novel ini benar-benar popular di Amerika Latin, bahkan novel ini boleh dikatakan bersifat masterpiece penulisnya. 

FIZIKAL BUKU: KULIT BUKU, TONA WARNA DAN BLURB
            Selalunya, kulit buku dan blurb menjadi penentu kepada seseorang pembaca, sama ada dia akan berminat untuk membaca buku itu sehingga habis, atau dikembalikan semula ke rak buku. Faktor terpenting dalam penghasilan kulit buku yang baik merangkumi illustrasi, tajuk buku, jenis dan saiz font yang digunakan serta kewujudan tagline.
            
Kulit buku novel ini bersifat kasar, dengan penggunaan warna berkontur gelap, terutamanya warna merah gelap dan hitam. Seorang wanita yang berumur 40-an digambarkan sebagai fokus kulit buku – berbeza mengikut jenis cetakan, sama ada versi asal (Sepanyol) atau versi terjemahan (selalunya Inggeris, Jerman, Perancis). Jangan terpedaya dengan raut wajah wanita ini yang kelihatan tua. Pemakaian kalung leher bertatah batu hijau (gem zamrud, mungkin?) di leher wanita ini, melambangkan kekayaannya. Wanita ini pernah bercinta, tetapi mempunyai sejarah yang pahit - jelas terlihat melalui pemakaian anting-anting berwarna putih (permata?) di telinganya. Dia memakai gaun yang menampakkan leher dan sebahagian bahunya, melambangkan aura feminin dan godaan, terutamanya kepada lelaki. Senyuman di bibirnya sedikit meruncing, menunjukkan perwatakan wanita ini yang licik dan berbahaya.
          
Perhatikan latar belakang kulit buku, matahari yang ditutupi keseluruhan muka wanita ini, sebuah rumah papan dan beberapa pohon (kelapa?) ke arah rumah itu, seperti ditiup angin. Matahari adalah lambang kekuasaan, dan ia berada di belakang wanita ini – bermaksud wanita ini sangat berkuasa dan berpengaruh. Rumah papan itu melambangkan identitinya sebagai seorang penduduk kampung, juga membawa maksud tersirat – penduduk Ilonas. Kedudukan pepohon itu bermaksud sesuatu yang tidak baik bakal berlaku kepada dirinya dan penduduk setempat di Ilonas.
           
            Penerbit mengekalkan jenis tulisan pada tajuk novel dan nama pengarang, sebagai satu penghormatan kepada pengarang dan versi asal buku ini yang ditulis dalam bahasa Sepanyol. Bahkan, tiada tagline perlu diletakkan, kerana illustrasi ini cukup jelas menggambarkan apa yang bakal diceritakan di dalam buku ini – cinta, drama, fantasi dan misteri.  Blurb, atau ringkasan buku, ditulis dengan padat di belakang buku ini.

KEKUATAN KARYA
            Novel ini telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil, di mana panjang setiap bahagian adalah sekitar 8-15 muka surat. Jadi, dengan mengguna pakai konsep kumpulan cerpen, anda tidak perlu risau untuk menanda halaman yang dibaca – boleh dibaca sebahagian dalam satu masa. Ayat yang digunakan bersifat santai dan jelas.

KELEMAHAN KARYA
            Bagi mereka yang tidak biasa membaca novel setebal 400 mukasurat seperti Hujan Pagi atau siri novel Harry Potter; novel ini bakal memberi cabaran. Selain itu, penulisan pengarang Latin Amarika yang gemar menulis ayat panjang (sekitar 25-40 patah perkataan setiap ayat) mencabar para pembaca untuk membaca dengan sekali nafas. Novel ini telah diadaptasikan ke dalam drama Televisyen bebentuk episod – lebih mudah dihabiskan daripada novel ini.

KESIMPULAN
                Buku ini mungkin kelihatan tebal pada luaran, memungkinkan pembaca untuk mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan keseluruhan karya ini. Kekuatan watak utama dan pemerian yang teliti diceritakan dengan bersahaja, bukan sekadar info dump dalam satu atau dua bab. Teknik penceritaan yang pelbagai diselang-selikan dengan unsur saspens berjaya memikat pembaca untuk terus membaca. Maka, tidak hairanlah jika karya ini berjaya diadaptasikan sebagai filem dan telenova di kawasan penempatan Sepanyol, malah digunakan sebagai silibus kesusteraan bahasa Sepanyol di sekolah menengah Venezuala. Jika anda inginkan kelainan dalam cerita cinta, novel ini boleh mengubat kerinduan anda.

Thursday, 24 March 2016

LNM: The Word

[ LNM: The Word ]

“Ladies and gentlemen, welcome to The Word”

The stage focused to a single man, whose name remained unknown to the audience. Lights glimmered through his feet, forming a circular image on the floor. The man looked around and started delivering his speech. Everyone was paying attention to this man, who dressed like a clown, wearing a red blob wig, white and blue striped shirt and black trousers. He smiled, with a sinister look on his face.

Trails of voices of the crowd in a soft, yet layered in the thin speck of air. Everyone discussed the reliability of the man’s remark.

“Seriously?”

“Can we trust him?”

“What he’s just another con guy?”

“Heck, like I believe anything this guy said.”


Without anyone noticed, a guy in black suit popped out a .44 Magnum from his pocket.

“You! – on the stage, what a bluff. Like Hell I would listen to your blabbering.”

Everyone screamed in panic. Chaos ensured.

The guy pulled out the trigger. As he tried to shoot, the clown guy opens up a black book from his trousers. He slipped out a fountain pen from the shirt’s pocket and writes something in the book.

====
Seconds later, the black suit guy retracted his gun and directed the nozzle to his head.

“Curse you!” that’s his last word before a gunshot was heard.

A high-pitched tone of shriek from a lady followed up. Everyone else muttered in silence. No one dared to meet the eyes of the clown guy, No one but one – a young boy.
=====

“See, I told you. The Word is indeed amazing. It can be a Heaven or Hell, depends on how your writing.”

“As long we listen to you, you’ll not cause any harm to us, right?”

“Well, you could say that. But I have something prepared for you. Walk through the red-colored door next to me – and you’ll see.”

The lights of the room suddenly turned off, and on within a minute. Traces of the clown guy is nowhere to be found. He just vanished, right after that.

====
‘Should we walk through it –the red door?”

“Who knows what happens next.”

And some of the crowd make their way to the red door.

====

The young boy, suddenly watched his surroundings and starts to write up what he observed in a small book. A plain, brown A5 sized book.

“This sounds interesting to me!”

(to be continued)


Ash End.

Monday, 21 March 2016

PNR: Teaser 3



[ PNR: Teaser 3 - 10 Minit ]
- m/s xx -


=====
"Kau cuma ada 10 minit." Amaran keras itu membenak anak telingaku.

"Apakah yang akan terjadi jika aku melepasi tempoh ini?"

"Siapa tahu?"

Tangan itu masih berlumuran darah. Darah yang masih segar, mengalir seperti arak. Langkahnya kian perlahan. Memapah rakan sepasukannya, Max yang cedera parah. Max yang tidak mampu menggerakkan kakinya, berada dalam separa sedar. Max tahu bahawa inilah saatnya Malaikat Maut mula mendampinginya. Menyaksikan saat-saat terakhir kehidupannya.

Laluan terowong itu kian suram, seperti tiada penghujungnya. Terowong itu kelihatan seolah-olah penghubung antara dua dunia - dunia realiti dan fantasi. Mat dan Max menuju ke hadapan mereka, mencari sinar cahaya di sebalik kegelapan. Berbekalkan sebiji tanglung kecil yang kehabisan minyaknya, mereka berdua terus berjalan. Kedengaran bunyi peluru senapang patah di belakang mereka. Mereka tahu, misi ini bakal menemui jalan buntu. Tiada lagi amunisi tambahan. Malah, peralatan mereka sudah tidak dapat lagi digunakan. Kehabisan peluru dan kecederaan yang dialami seorang orang, sudah tentu menjatuhkan moral mereka.

Mat tahu misi ini bukan sebarang misi. Misi ini sangat bermakna untuk masa depan mereka, sebagai ahli Battalion Harimau Muda ke-320. Misi terpenting sejak penubuhan kumpulan ini beberapa tahun lalu. Misi kelas S. Mereka yang berjaya menyiapkan dan melaksanakan misi ini dijamin untuk kenaikan pangkat dan ganjaran lumayan. Kematian menanti mereka yang gagal.

Max masih bergelumang dengan kakinya yang berlumuran darah. Dia memaksa dirinya untuk berjalan. meskipun secara mengesot, dengan kaki kirinya. Dia mula mengeluarkan kata-kata berbentuk penyesalan. Semacam dia menyumpah dirinya sendiri. Carutan dan penyesalan silih berganti.

"Mat, tinggalkan aku. Nampaknya aku telah melambatkan kau."
"Jangan begitu, Max. Kita kan rakan seperjuangan, Ingatkah kau akan sumpah Battalion itu - kita adalah satu keluarga, dan setiap orang harus melindungi ahli keluarga mereka?"
"Tengoklah aku. Tempeng kaki kanan. Apa yang boleh aku buat selepas ini? Menjaja di tepi jalan? Penjual tiket?"

Kedua-duanya tergelak.

====

"Tuan, sudah tiba masanya."

"Baiklah"


Lelaki itu bermonolog dalam hiba:
"Maafkan daku, kalian. Aku akan semadikan kalian dengan tembakan 21 das. Moga kau tenang di sana."

Seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda mendekati lelaki berpangkat Kapten itu.

"Tuan, segala persiapan berjaya disediakan."

Sebuah walkie-talkie diserahkan kepada Kapten.
"Lakukannya."

"Baik, kapten!" Suara seorang komander kedengaran di bibir walkie-talkie itu.

====

Boom! Shing! Grrr!

Boom! Boom! Boom!

Letupan berantai. Satu letupan kecil mencetuskan susulan letupan lain secara bersiri.

"Nampaknya kita tak sempat, Max."
"..."

"Max?"
"..."

"Woi, Max! Bangunlah. Janganlah kau mati di sini, sekarang!"
"..."

"Max!"

Terowong itu mula menampakkan kegelinciran. Gemaan letupan itu menyebabkan struktur torowong menjadi tidak stabil. Permukaannya menunjukkan tanda rekah,

"Max!"
"Mat, boleh kau tolong aku?"

"Fuh, aku ingatkan kau dah mati. Apa dia?"
"Tolong serahkan surat ini kepada dia."

Max menghulurkan sepucuk kertas. Kertas itu, renyuk, tetapi masih kemas keadaanya,

Rekahan itu makin bertambah buruk. Terowong yang disangka bertahan lama, akhirnya menampakkan kelemahannya. Ia ciptaan manusia - fakta itu tidak boleh dinafikan.

Apa yang diciptakan manusia, akhirnya musnah di tangan manusia juga.

"Mat, jangan lupa. Serahkan kertas itu."

Tiba-tiba, serpihan batu-bata mula menerpa ke tanah. Torowong itu menunjukkan saat keruntuhannya.

Satu serpihan besar jatuh menuju ke atas kepala Mat dan Max.

"Hati-hati!"

Suara kedua-duanya tenggelam dalam timbunan batu.

====

Tangan itu dipegang erat, Tangan yang asalnya berlumuran darah, tidak dapat lagi digerakkan.

"Max!"

"Max!"

"Max!"

Pemuda yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya 3 tahun yang lalu, tidak lagi bernafas. Kedua belah kakinya tersepit dalam celahan batu. Dia menahan terjahan batu dari arah atas. Badannya dihempap batu. Di bawahnya, Mat yang terbaring, mula menunjukkan riak wajahnya yang cemas. Terperanjat. Terkaku, Diam,

Max melihat muka Mat, yang berada di hadapannya dengan keadaan gembira.

"Max, dalam saat begini, kau masih tersenyum?"

Soalan itu tiada jawapannya.

Suratnya, masih dipegang erat tangan kanan Mat.


(bersambung)

Tuesday, 4 August 2015

PNR: Teaser 2

[ PNR: Teaser 2 - Nasib/ Tinggal Semalam ]
- m/s xx -




“Hoi!

Awak berjalan ke neraka (lembah kemusnahan).”

Si kecil itu terus melangkah ke kawasan kebakaran. Jatuh dan rebah.  Dia kembali bangun,

“Apa gunanya… Apa gunanya aku terus hidup dalam kekalutan ini? Kenapakah aku terkecuali (untuk mati begitu sahaja)?”

Imej budak kecil itu hilang dari pandangan mataku.

Aku berjalan ke arahnya, seolah-olah mencari sesuatu. Satu suara lelaki menegurku dari belakang,

“Hoi!

Awak berjalan ke neraka.”

Langkahku terhenti.

“ Inilah apa yang kau lupa. 
Pada mulanya, aku anggap ia cuma satu kekaguman. 
Namun, jauh di sudut hatiku, ia cuma satu impian. 
Impianku yang kelihatan seperti kemusnahan ini, sepatutnya tidak berlaku. 
Impian seorang pemuda yang mahu menyelamatkan orang lain. 
Impian itu tidak tercapai, malah kehilangan segalanya pada akhirnya. “

Dadaku bersinar. Aku terus melangkah ke hadapan, menghiraukan pemuda di belakangku. Kabus di hadapanku kian berkurangan, menampakkan sebuah puncak yang tertanam di atasnya sebuah pedang.

“Walaupun kehidupan itu (palsu), ibarat sebuah mesin?” soal pemuda di belakangku.

“Ya, meskipun kehidupan itu mengalir dengan hiprokrasi.”

Dengan tangan kananku, aku memaut pemegang pedang itu. Ia membara, seolah mempunyai nyawa.

“Aku akan terus berusaha untuk menjadi seorang juara keadilan.” sambungku.

Dengan sekali nafas, aku menarik keluar pedang itu dari gengaman bumi. Kabus mula bersurai, langit terus bercahaya. Keadaan sekeliling kembali seperti biasa.

“Oh, begitu rupanya. Penyarung pedang (Saber).”

Satu rekaan asli tercipta dari kekuatan diri. Memori antara Tuan dan Hamba.

“Pautan kepada Saber yang ditanam ke dalam diri kita; untuk menyelamatkan nyawa kita. 
Ia adalah relik suci, bukan sesuatu yang diseru. 
Walaupun kontrak (antara dia dan Hambanya) terputus, ia terus menjaganya.”

“Badanku…”

“Tak guna..”

Luka di belakang badanku kembali pulih. Seolah ia dijahit kembali. “.. diperbuat daripada bilahan.”

Archer sedar, ia petanda buruk baginya. Dia mencampakkan dua bilah pegang, dalam penuh kelajuan, ke arahku.

Sedang kedua-duanya mendekatiku, udara semakin panas. Masa terhenti. Seolah ruang masa memberiku peluang kedua.

“ Aku tak akan dikalahkan oleh kau!”

Dua cahaya biru meneras ke hadapan dan membalas serangan kedua bilah itu. Terpantulnya ia ke tepi.

“Aku tak kisah kalah kepada seseorang, tapi aku tak akan dibantai oleh diriku sendiri.” Laungku

(bersambung)

----------------------

Dipetik daripada skrip asal "Fate/ Stay Night"

HN
4.8.15

Wednesday, 8 April 2015

MC #139

< MC: m/s 139 >
-------------------------------------------------------------------------------------------
“As-salam."

“Wasalam. Macam biasa?”

“Yup, satu.”

Abang Daud, berpakaian serba biasa dengan kemeja hijaunya, sudah biasa berkata dalam bahasa Melayu setiap kali aku memasuki kedainya. Dia kemudian memalingkan mukanya ke pelanggan seterusnya yang memakai baju T-shirt ‘Life is Good’, seraya bertanya:

“Yes. What you wanna to order?”

 “Chicken and chips, please.”

“Drinks?”

“No thanks.”

Kedai makan itu sentiasa penuh dengan pelanggan. Dengan konsep ‘dibuka 24/7’, di situlah aku menghabiskan masa tengah hariku dengan menu yang sama; 5 keping kepak ayam goreng bersalut sos mangga. Setiap kali aku memasuki kedai itu, Abang Daud sentiasa tersenyum melihatku.

Mungkin kerana aku pelanggan tetapnya?

Selang beberapa minit kemudian, Abang Daud memanggilku ke kaunter:

“Makan sini or take away?”

“Makan sini.”

“2 pounds, please.”

“His is on me, as well.”

“Then, that’s four pound, please.”

Sambil mengeluarkan empat kepingan syiling nikel yang diperbuat
daripada nikel-loyang, berwajah Ratu Elizabeth yang tebal dari poket kiri seluar denim Levis itu, aku menghulurkannya kepada Abang Daud.

“Thanks Ash. You owe me one” Pemuda yang memakai T-shirt itu menunjukkan riak muka yang
gembira.

“Terima kasih.” Abang Daud berseloroh.

“Sama-sama”, balasku. Kami berdua duduk di meja putih, sambil memulakan diskusi ringan.

“So, what’s our next step, Ash?”

“I dunno. We need more people. How about you, Max? Any ideas?”

Dan kedai makanan segera itu mula sesak, dipenuhi pelanggan berbagai-bagai latar; pelajar, pekerja
dan remaja, semuanya datang untuk merasai keenakan ayam goreng Gemini yang bersalut sos manga.

 Matahari pun mula bersinar sejajar dengan tiang lampu isyarat di persimpangan Jalan Oxford/ Jalan Grafton.

(bersambung)

Tuesday, 14 October 2014

~ DMD: Prolog ~


[ Prolog ]

Tap! Bam! Terjatuh daripada katil. Mungkin ekstrem sangat mimpinya malam tadi. Sambil mengesot matanya yang sepet, Yukiteru segera ke bilik air. Urus diri. Pagi ini yang sama seperti pagi-pagi yang lain.

Orangnya berbadan kecil, tidak tinggi atau terlalu rendah. Ala-ala Bruce Lee. Fizikalnya seperti seorang budak lelaki yang biasa. 160 centimeter, dan beratnya; tidak diketahui.  Anak tunggal kepada pasangan suami isteri Takamura dan Kanada.

“Zzz!Zzz!” Telefon Samsung Galaxy 3 miliknya bergetar. Mod senyap.  Tangannya mencapai ke butang ‘Kunci’. Dia menerima satu mesej. Tanpa disedari, mesej itulah yang bakal mengubah hidupnya.

*****

Selasa, 21 Julai 20XX.

Hari ini, aku berjaya membuat ‘dunk shot’ sekepul kertas ke dalam tong sampah bilik. Berita pagi ini penuh dengan kes jenayah. Lebih menakutkan, ia berhampiran dengan sekolahku. aku akan terserempak dengan Sato dan Daryl dalam perjalanan ke sekolah.

…..

*****

“Apakah ini? Adakah aku menulisnya dalam tidur?” bisik hatinya.

Seketika kemudian, matanya terpaku pada satu baris terakhir dalam mesej tersebut:

*****


Aku akan ditikam daripada belakang. Aku akan mati akibat kehilangan darah.

BAD END
*****
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Darah. Merah pekat warnanya. Pisau itu masih berlumuran dengan darah. Darah manusia.

“Jangan, jangan bunuh saya!” rayu seorang lelaki.

“Apa? Saya tak dengar.”

“Saya ada keluarga. Aaargh! Jang......” merupakan perkataan terakhir lelaki itu.
Darah memancut keluar daripada tekaknya.

“Selepas itu, siapa pula rakan sepermainan aku? Ha, hah, hahahaha!”

Lorong gelap itu penuh dengan darah. Dan pembunuh itu menghilangkan diri.