Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.
*****
Berikut adalah bab 8 daripada 11 bab bersiri untuk projek 'Studying in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian (Fresher's Edition)'
(B) Harga
Di Malaysia, cukai dikenakan ke atas barangan berasaskan keperluan harian dan perkhidmatan. Namanya; Cukai Barangan dan Perkhidmatan (yakni Good and Service Tax). Sehingga kini, GST dikenakan sebanyak 6% daripada harga barang. Pada April 2015, kadar baru diperkenalkan untuk sistem GST.
Berbeza pula di sini (UK), semua barangan dikenakan cukai. Namanya;
Cukai Nilai Tambahan (yakni Value Added Tax). VAT dikenakan sebanyak 20%
daripada harga barang. Contohnya, jika sebuah beg berharga GBP 10, anda perlu
membayar sebanyak GBP 12. Barangan digital dan elektonik paling terkesan akibat
cukai ini. Maka, jangan terkejut jika sebuah mesin pencetak mempunyai nilai
harga yang sama dengan sebuah katrij dakwat untuk pencetak tersebut.
(C) EKONOMI
Ekonomi mata wang Pounds Sterling sangat kukuh. Buktinya, ia kini matawang yang termahal selepas Euro (RM 4.41) dan Dollar US (RM 3.80).
Semak kadar tukaran di sini: http://www.xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=1&From=GBP&To=MYR
Haniff Nasir
18 August 2014
1027
Cholton-on-Medlock, Manchester
#JSM - BAB XX: BANK,
HARGA DAN EKONOMI.
(A) Bank
Perkara ini sangat penting kerana: anda mungkin tiba di sini dengan
gulungan wang kertas Pound di dalam beg atau baju (taktik terkenal pelajar
baru), atau anda ingin membeli sesuatu tapi tidak akan akaun untuk urusan
transaksi. Terdapat beberapa bank atau persatuan bangunan (building society)
yang ada di UK, antaranya:
I) Barclays: http://www.barclays.co.uk
II) Lloyds TSB: http://www.lloydsbank.com/
III) HSBC: https://www.hsbc.co.uk/1/2/
IV) Natwest (National Westminster): http://www.natwest.com/
V) Santender: http://www.santander.co.uk/uk/index
VI) Halifax: http://www.halifax.co.uk/
VII) Yorkshire BS: http://www.ybonline.co.uk/
VIII) RBS: http://www.rbs.co.uk/personal.ashx
Untuk mendaftar akaun baru, anda memerlukan sekeping surat tawaran
rasmi Universiti (yang menunjukkan anda ambil kursus apa, berapa lama tempohnya
dan tinggal di mana). Sila bawa sekali pasport dan wang deposit untuk kemasukan
pertama.
PERHATIAN! Selagi anda tidak mendaftarkan diri sebagai pelajar antarabangsa di Universiti, selagi itu anda tidak dapat meneruskan urusan ini.
PERHATIAN! Selagi anda tidak mendaftarkan diri sebagai pelajar antarabangsa di Universiti, selagi itu anda tidak dapat meneruskan urusan ini.
Perlu diingatkan, tiada bank yang beroperasi mengikut perbankan Syariah
(Islamic Banking).
Namun, untuk kemasahalatan bersama, saya sarannkan anda memilih
Lloyds (seperti saya) atas dua sebab: profil ekonominya yang stabil dan
kemudahan untuk simpanan dengan kadar rata sifar (zero-interest savings). Bank lain pun
ada menyediakan akaun yang sesuai untuk golongan pelajar, seperti Student Additional
Account (Barclays) dan Money Saver (Halifax)
Kebanyakkan kedai di sini menyediakan khidmat bayaran secara debit
untuk traksaksi jual beli. Ini termasuk pasaraya, restoran, kedai barangan,
perkhidmatan dan bayaran utiliti. Maka tidak hairanlah jika ditanya kepada
pelajar Malaysia, mereka selalunya membawa tidak lebih daripada GBP 5-10 di
dalam dompet mereka.
Contoh kad debit Barclays |
Rata-rata bank memberi kemudahan kad debit dengan sistem sekuriti
yang sangat cangggih. 2 kali PIN anda tersalah masuk, dan kad anda akan
terbatal serta-merta. Setiap bank mempunyai kod susunan (sort code) di
mana pembayaran online dan pemindahan wang dapat dilakukan dengan lebih mudah.
(Mana ada benda camni kat Malaysia)
Untuk memudahkan urusan anda, sediakan dua akaun bank. Akaun
pertama berbentuk akaun semasa, dan mempunyai akses kepada kad debit/ ATM.
Akaun kedua berbentuk akaun simpanan, dan ini akan digunakan tatkala dalam
kecemasan.
(B) Harga
Di Malaysia, cukai dikenakan ke atas barangan berasaskan keperluan harian dan perkhidmatan. Namanya; Cukai Barangan dan Perkhidmatan (yakni Good and Service Tax). Sehingga kini, GST dikenakan sebanyak 6% daripada harga barang. Pada April 2015, kadar baru diperkenalkan untuk sistem GST.
GST: Good & Service Tax |
VAT: Value Added Tax |
Secara amnya, kadar tukaran (exchange rate) adalah sekitar
RM 5.20- 5.60 bagi setiap GBP 1.00. Jangan gunakan kaedah ini jika ingin
membeli sesuatu di sini, kerana confirm anda takkan membeli apa-apa (Manakan
tidak, air tin berharga GBP 0.80 (=RM 3.70). Mahal bukan?)
Di sebalik kemahalan harga tersebut, jika anda bijak berbelanja,
anda dapat berjimat sebanyak mungkin (Kelebihan kepada mereka yang belajar ilmu
Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Kewangan). Jualan murah kerap diadakan di
gedung membeli belah, dan jangan lupa, Hari Kotak (Boxing Day)!
Bacaan lanjut: http://en.wikipedia.org/wiki/Boxing_Day
Boxing Day! Haha.Bacaan lanjut: http://en.wikipedia.org/wiki/Boxing_Day
Ekonomi mata wang Pounds Sterling sangat kukuh. Buktinya, ia kini matawang yang termahal selepas Euro (RM 4.41) dan Dollar US (RM 3.80).
Semak kadar tukaran di sini: http://www.xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=1&From=GBP&To=MYR
Duit syiling di UK. Baris atas, dari sebelah kiri: 1p, 2p, 5p, 10p Baris bawah, dari sebelah kiri: 20p, 50p, £1, £2 |
Seperti golongan pekerja (moden dan buruh) Indonesia yang menjadi
jutawan di tempat mereka setelah bekerja di Malaysia, saya syorkan anda supaya
simpan duit elok-elok, kerana anda akan untung untuk jangka masa lama
Jadi, kepada sesiapa yang ingin berkahwin, sila mula menabung mulai
daripada sekarang.
Penulis seorang pelajar kejuruteraan, jadi bab ini saya akan huraikan kemudian, setelah menerima komen dan pendapat kalian.
Penulis seorang pelajar kejuruteraan, jadi bab ini saya akan huraikan kemudian, setelah menerima komen dan pendapat kalian.
Banyak lagi perkara yang saya ingin kongsikan, namun itu saya ceritakan di kemudian hari.
Haniff Nasir
18 August 2014
1027
Cholton-on-Medlock, Manchester
Bukan lloyds bank ada islamic current account ke?
ReplyDelete*SPOILER*
ReplyDelete...
...
...
Ada, tapi bukan secara umum. Ramai tak tahu benda ni.
Panduan ini untuk semua pelajar, tak kira bangsa. Kena datang ke kaunter bank, tanya:-
"Akak, Islamic-based account ada x?"
Salam,
ReplyDelete(yang bawah ni just for muslim student guide)
Di UK ade je bank islamic - via Islamic windows
HSBC ade islamic windows bawah Amanah account. Tapi akhir 2012, diwarwarkan HSBC UK nak remove Islamic windowsnye dgn alasan tak sehaluan dengan misi HSBC UK. Tapi sampai la ni, akaun HSBC saya tak remove account saya. Baru baru ni pun kuar citer HSBC bersekongkol ngan zionis, menyebabkan saya kurang minat ngan HSBC UK.
So awai2 untuk emergency saya bukak lagi satu akaun kat LLyods in 2013 (account Amanah), in case HSBC buat hal. Saya recommend LLyods - mudah berurusan compare dengan HSBC. HSBC ketat die punye screening untuk buat account. byk tanya diorang ni.
Yang lain Natwest, Halifax, Santander, etc....rasanya sampai skang masih perbankan konvensional. Bule google je kat tenet kalau nak tau polisi bank tu ada islamic windows ke tak. Seelok2nya bagi yang muslim, amik la yang islamik banking untuk elak riba. Yup, maybe bank konvensinal tu ada byk tarikan, dari segi percent interest and discount for student, but elak la riba dari mengotori wang yang korang akan gune untuk makan minum sepanjang korang kat UK ni. kurang berkat nanti.
Anonymous:
ReplyDeleteWasalam.
I'm agreed with your opinion.
Xde makna duit banyak dalam bank, tapi semua tu datangnya dari hasil riba.
Nanti apa saja yang kita makan minum jadi darah daging. Mengalir dalam badan seumur hidup.
Berkat, dan halal haram, berpisah tiada.