Monday 27 April 2015

~ Aku Pelajar Universiti: Episod 1 ~


[ DYKB #349 ]

AKU PELAJAR UNIVERSITI, EPISOD 1



1: Twitter asal

 *********

Seperti yang anda lihat di papan monitor maya baru-baru ini, beberapa notifikasi telah tiba di ruang MukaKitab dan Burung Twit, yang menunjukkan betapa hebatnya kuasa media maya.
Status 1 di atas telah diulang siar sebanyak 1935 kali (dan semakin bertambah, mungkin 2000?) dan digemari 761 (dan semakin bertambah) pengguna Twitter. Manakala, artikel ‘Do You Think So’ 2 telah dikongsi lebih daripada 50-70 kali. 3
Dalam Bahasa Melayu yang lebih molek, twitter tersebut berbunyi seperti ini:

Kenapakah pelajar-pelajar yang sedang belajar di luar negara dapat bergembira ketika mengembara di sana sini (seperti Eropah, Timur Tengah, Negeri Bersatu), sedangkan di sini (Malaysia) kami/ kita belajar dalam keadaan separuh nyawa, seakan ajal bakal menjemput tiba?”

Begitu banyak pendapat, pandangan dan komen yang diterima dan diberikan; sama ada menyalak kedengkian pihak kedua atau menyalahkan pihak ketiga (kerajaan). Ada juga yang menyokong dan menerima kritikan itu, atas sebab asas:

“Masih ada ruang untuk penambah baikan. Setiap perkara ada baik buruknya. Semuanya terletak di tangan mereka yang memilikinya.”
**********
Saya cuma seorang pelajar Universiti biasa. Anak orang biasa. Ibu bapa pun orang biasa. Cuma ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan untuk menjawab persoalan di atas.

Mungkin ada yang berkata:

1. ”Eleh, kau tak belajar kat sini. Manalah kau tahu asam manis kehidupan kitaorang.”
2. “Mana kau dapat cerita ni? Kau belajar local je kot.”
3. “Seriously? Yang gambar hensem-hensem dan lawa tu, apa cerita?”

Saya ingin menjawab (ala soalan SPM) dengan bebrapa artikel (yang agak panjang, sekitar 4-5 muka surat setiap satu).
Setiap artikel menjelaskan sebab dan keadaan sebenar yang berlaku, di sebalik senyuman (separuh cahaya) yang biasanya kelihatan di dalam gambar.
Berikut merupakan pecahan, atau tema artikel yang akan diterbitkan, mengikut kronologi.
Harap para pembaca dapat bersabar.

EPISOD 1: Sebelum ke Universiti
EPISOD 2: Semasa di Universiti

EPISOD 3: RPG Pelajar Universiti

EPISOD 4: Universiti dan Peperiksaan

EPISOD 5: Selepas Graduasi?

 **********

EPISOD 1: Sebelum Universiti

Tamat zaman persekolahan. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tiada lagi kerja rumah.Ketika itu, hanya masa dan tenaga yang tinggal.
(Kita percepatkan jalan cerita ke saat sebulan sebelum tarikh kemasukan ke Universiti)
Jadi, surat berwarna putih tiba di peti surat. Abang posto (postmen) tersenyum memberikan surat itu. Dengan penuh gembiranya (sebab bukan senang nak dapat surat yang dihantar ke rumah atas nama sendiri), surat itu dibuka pantas.
Ayat pertamanya lebih kurang begini:

Tahniah, (nama anda) telah melepasi ujian kemasukan/ temu duga, dan berjaya disenaraikan sebagai pelajar university (nama universiti). Anda dikehendaki untuk melaporkan diri untuk pendaftaran pelajar baru, bertempat di (nama bangunan/ tempat) pada (tarikh dan masa)
Semoga anda dapat meneruskan kejayaan anda di (nama universiti)”

Namun, bukan semua orang yang menerima surat berkenaan dapat menunjukkan riak muka yang riang. Kenapa?
Untuk pengetahuan umum, perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa halangan; yang ada kalanya tidak dapat dielakkan, lantas menghalang perjalanan masa depan kita sebagai seorang pelajar. Malah, ada di antara mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, tetapi tidak dapat pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara juga disebabkan halangan berkenaan.

Halangan-halangan tersebut adalah:-

1. Halangan Keluarga: Ibubapa tidak membenarkan anaknya sambung belajar oversea, mak ayah tak kasi ambil kursus pengajian yang kita minat 4,  terpaksa memelihara dan menjaga ahli keluarga yang lain, perkahwinan dll.
2. Halangan Kesihatan: Berkait rapat dengan halangan keluarga, ada mak ayahnya yang sakit tua/ tenat. Ada yang perlu menjaga ahli keluarganya yang berada dalam keadaan kritikal, atau keadaan kesihatan diri yang tidak mengizinkan, atau tidak menepati piawaian kesihatan antarabangsa (Contohnya: Pemeriksaan Tibi untuk mereka ke Eropah/ UK 5. kerana di sana mereka terpaksa mengharungi cuaca 4 musim dan kesejukan serendah 10 darjah (ada juga sehingga di bawah paras sifar)). Begitu juga halnya dengan mereka yang mengalami masalah pernafasan, penyakit keturunan (Contohnya: Resdung), atau mempunyai alergik tertentu.
3. Halangan Kewangan: Masalah terbesar, dan paling banyak berlaku. Ini adalah kerana kos pengajian luar negara6 (dan juga dalam negara 7) yang sangat tinggi, sehingga terpaksa mengambil hutang, meminjam wang, menggunakan sistem PTPTN dan bekerja separuh masa untuk mendapatkan duit dan modal/ elaun sara diri dll 8. Malah, dikenakan GST.
4. Halangan Masa:  Ada beberapa perkara yang melibatkan masa, contohnya pendaftaran akaun bank, pendaftaran passpot atau visa, penghantaran barang, penerimaan dokumen. Boleh jadi dokumen penting yang perlu dihantar awal, terpaksa dilewatkan atas sebab menunggu pengesahan daripada pihak yang berkenaan. Ada juga mereka yang tertinggal mengisi borang penyertaan/ pemohonan biasiswa, lantas terlepas peluang, gara-gara masalah kecil, seperti ketiadaan akses Internet, kesukaran memenuhi syarat atau kesibukan dengan agenda lain.

5. Halangan Peribadi: Sikap tidak yakin, lemah semangat dan iman, menyebabkan mereka yang terlibat tidak mahu meneruskan pengajian. Hal ini didorong oleh pengaruh persekitaran dan rakan dll.


Rujukan (mungkin agak berat sebelah sikit):


27.4.15

Alan Gilbert Learning Commons,
M’cr, Kerajaan yang Bersatu.
Ash End

P/S: Artikel seterusnya buat orang meletup. ‘EPISOD 2: Semasa di Universiti’ akan diterbitkan pada 28/4/2015, 00:00 BST.
Jemput baca!
 

 

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)