Tuesday, 8 October 2013

~ Ada Apa Pada Nama ~ (V.FM)

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.

 
******

Kali pertama ana didakapi,
laungan azan dilaungkan, berselang seli,
satu panggillan, nama diberi,
nama itu kukuh bertapak di dalam hati.

Akan tetapi,
semenjak berada di sini,
pabila diminta untuk memperkenalkan diri,
satu nama terpacul dari bibir sendiri:-

"Hi. What's your name?"

"My name is emm, err...."
(fidget, fingers crossing)

*****

Eh, sejak bila ana ada banyak nama?
Sejak bila kita ada banyak nama?
Nama penuh, nama panggilan, nama samaran, nama keluarga, nama timangan, nama...

Tidak pasti nama yang mana untuk digunakan pada saat-saat tertentu.

Sejak kecil, ada beberapa peristiwa penting yang melibatkan nama.
Tanpanya, ana tidak dapat berada di sini.
Mungkin inilah juga yang kalian lalui. Setuju? 


1. Sijil Beranak/ Sijil Kelahiran

Hakikatnya, sijil inilah yang mengesahkan kewujudan ana di muka bumi. Tanpanya, kita ibarat anak 'asing'. Hidup, tapi mati.

Persoalannya, berapa ramai kanak-kanak di luar sana yang hidup tanpa pengesahan diri, tanpa adanya sijil beranak? Sudah pasti mereka hidup dalam kesukaran, dek mengharungi hidup dengan kesabaran dan kesederhanaan.
*Semoga proses pendaftaran bayi/ kanak-kanak baru dapat berjalan lancar.

2. Kad Pengenalan Diri.

Sekali lagi, nama anda diperlukan. Sama seperti sijil beranak, cuma kad pengenalan diri digunakan untuk urusan rasmi, bermula seawal usia 12 tahun. Tanpa nama, siapalah anda dalam kad pengenalan diri itu.



3. Peperiksaan Besar

Bermula dari peperiksaan UPSR, PSRA, PMR, SMA, hinggalah kepada SPM dan A-Level/ IB/ Martikulasi, kita tidak terlepas untuk mendaftarkan diri sebelum hari peperikasaan. Nama, nombor kad pengenalan dan gambar (kadang-kala) diperlukan. Kemudian, satu pengenalan diri direka, berdasarkan nama kita, dalam bentuk angka giliran atau nombor siri, untuk menduduki peperiksaan berkenaan. Kalau tidak, anda tidak berhak untuk menduduki kertas peperiksaan.
* Pernah tergetar-getar tangan untuk menghitamkan angka giliran, dan menulis nama sendiri.

Kegagalan untuk menulis nama anda dengan betul (Sebut: Nama Penuh) memungkinkan anda  kehilangan markah atau lebih teruk, dianggap tidak hadir; gara-gara tertinggal satu huruf atau satu perkataaan.
*Hal ini lebih serius apabila anda menduduki peperiksaan antarabangsa (O-Level, A-Level, IB, SAM, ADTP, Pre-U, ...). Hal ini adalah kerana nama anda akan dipecahkan kepada dua bahagian, First Name dan Surname/Family Name. Berhati-hatilah tentang perkara ini.



4. Urusan rasmi/ peribadi

Hal ini termasuklah nama yang tertulis di muka depan sekeping surat, sehelai bil, sebuku thesis, sekeping plat di tempat kerja, atau cuma sekeping tag nama semasa bekerja.
Ya, dengan menggunakan nama, lebih mudahlah manusia untuk berkomunikasi dengan sesama sendiri. Tidak kira sama ada mereka sedang berdiskusi, belajar, berdebat, bercerita, mahupun berehat. Unik, kan? Semua orang ada identiti, nama yang tersendiri.
Tidak akan ada seseorang di muka bumi yang mempunyai nama penuh yang sama, melainkan yang kedua itu adalah seorang A.I. atau diri sendiri dari dimensi yang berbeza.
*Spoiler: Fiksyen sains, Futurikstik.

- Nama itu adalah panggilan yang terindah yang pernah seseorang gunakan semasa berbicara sesama sendiri-

5. Selepas kematian
Tidak ramai manusia yang mengenali seseorang melainkan jika dia meninggal dunia. Maka, ramailah yang mula mengkaji, membeli barangan, mencari dan mengagumi dia selepas kematiannya. Timbullah spekulasi, persepsi dan berita sensasi. Biasalah, fitrah manusia.


Hakikatnya,
para ulama' tidak dikenali,
       mereka tidak ingin mengejar kemewahan,
para sufi tidak diketahui,
        mereka tidak ingin memiliki kekayaan,
para ilmuwan tidak disegani,
        mereka tidak mencari populariti, kemasyhuran
mereka tahu bahawa semua ini tidak akan berkekalan
dan hidup di akhirat itu kekal berpanjangan.



Ramai orang yang tahu akan nama...
Sir Isaac Newton
Albert Eistein
Blaise Pascal
Max Planck
Micheal Faraday
Micheal Smith
J.J. Thompson
Earnest Rutherford
Ben Bernanke
John Maynard Keyne
Paul Krugman
Friedrich Hayek
Arthur Lewis


Namun, berapa ramaikah yang mengenali...
al-Biruni,
al-Farabi,
al-Jabar,
al-Khindi
ar-Razi
Ibnu Sina
Ibnu Khaldun
Ibnu Battuta
al-Khawarizmi
al-Ghazali
Ibnu an-Nafis
Muhammad Yunus
Hasan al-Banna
Sultan Muhamad al-Fateh
Salahuddin al-Ayubi
Ibnu Muslim
al-Bukhari
Muaz bin Jabar
Khulafa' ar-Rasyidin
dan lain-lain..

* Siapakah individu yang namanya kelihatan di atas??
Sila cari sendiri, selidik orangnya.

Petunjuk: Tanyalah kepada En. Wikipedia, Tn. Google.



*****

Apa-apa pun, jangan risau.
Nama tetap nama, ia tidak dapat berubah.
Hanya kita, diri sendiri yang berubah.

Harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama,
bukankah begitu?

Oh, lupa pula.
Di awal artikel ini, ada kawan bertanyakan soalan.
Soalannya tentang nama ana.
Inilah jawapannya:-

"My name is Muhamad. And I'm proud to be a guy, as a Muslim."

Sekian

*****

Kredit:-
1. Filem- My name is Khan

BGM:-
1. Night of Seclusion- Takeharu Ishimoto

namasayamuhamad
mujahidmuda
03121434
0204
HN







 



 
 

Wednesday, 2 October 2013

Preview: P.M.H.K.K.Y.B. (V.MY)

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.

 
******

*Gambar di atas hanya hiasan semata-mata. Artikel ini tiada kaitan dengan gambar ini.

....
....
....
Lupakan gambar di atas.


Berikut adalah preview untuk Bahagian 1 daripada 10-siri artikel yang bertajuk "Panduan Mengembara/Hidup di Kerajaan yang Bersatu (Versi MY)



P/S- MY bermaksud 'Malaysia'

(Ketukan dram dan thunderclap sebagai lagu latar)
Jeng jeng jeng!!!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tujuan utama artikel ini ditulis:-
Untuk menceritakan bagaimana anda (tidak mengira jantina, usia, bangsa dan agama) dapat menyesuaikan diri, lantas boleh meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar Malaysia di Kerajaan yang Bersatu (atau lebih mudah dikenali sebagai UK) dalam tempoh 3-5 tahun akan mendatang.

Perlu dingatkan bahawa panduan ini adalah berbentuk umum dan tidak bersifat subjektif.


Jika kalian ingin berkongsi pendapat/ idea/ komen/ pengalaman, saya amat mengalu-alukan maklum balas anda.

Baik. Inilah dia 100 panduan (mungkin lebih, entah) untuk anda hidup di Malaysia.

.....

#20: Anda boleh minum sepuas-puasnya.
Kepada mereka yang akan berangkat/ menetap di UK, ketahuilah bahawa air paip (Ya, air paip/ tap water) adalah selamat untuk diminum. Tidak perlu ditapis. Cuma tadah air paip dalam secawan mug dan minum. Haaah, hilanglah dahaga anda. Kalau untuk menjerang air, gunakan cerak air/ boiler dengan air sejuk,

AMARAN: Air di UK boleh didapati dalam dua keadaan, air panas dan air sejuk.
Jangan sekali-kali minum air suam/ air panas dari paip bertanda merah (untuk air panas).
Air tersebut mengandungi bahan kimia yang berbahaya, seperti chlorine, sodium, trace metal dll.

Namun, jangan lupa, air beralkohol begitu aktif dan murah dalam pasaran di UK. Berhati-hatilah ketika membeli produk minuman di kedai atau pasar raya. Pastikan anda tidak tersalah beli, kerana apa yang anda minum, akan menjadi darah daging anda.

.....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini cuma preview. Artikel lengkap ini akan disiarkan, tidak lama lagi. Siri ini bermula pada setiap hari Khamis setiap minggu, selama 10 minggu berturut-turut.

Ana berharap agar kalian (yakni pembaca-pembaca setia blog ana) dapat memberi maklum balas tentang siri ini.
*Serius ni. Ana tidak main-main. Ini betul-betul.  Tanpa komen kalian, ana tidak dapat berganjak ke hadapan.*

BGM-
1) Nightvision- Daft Punk

Kredit kepada-
1) Kalian, pembaca blog ini.
2) Penulis For Dummies - DIY

bermulalahsatuperjalananhidup
26111434
0034