Monday 14 October 2013

~ Kisah Tiga Pemuda ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.


*****
Artikel ini mengisahkan pengembaraan tiga orang anak muda warganegara Malaysia.
Mereka telah melakukan satu perkara yang sangat mustahil: menjelajahi lima Negara dalam masa dua minggu.

Tidak percayakah enta?

Macam dalam buku cerita dongeng.

*****

Haza qissatul thalatha rajulun
Ismuhum Wan, Wano Wa-din.
Hum yathlibuna ulum al-Hayat fi ardh Mesir

(Translasi: Ini adalah kisah tiga pemuda. Nama mereka ialad Wan, Wano dan Din. Mereka sedang belajar Ilmu Hayat (Medicine) di bumi Mesir, pelajar tahun kedua.)

{Pilih bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris}

Wan, pengarang, Wano dan Din
Mereka mengembara ke Milan, Itali pada hari pertama 'Tour de Europe'. Berbekalkan ilmu dan keyakinan kepada-Nya, mereka mengharungi pelbagai suka duka.

Ketika melawati bumi Amsterdam pada hari kedua, mereka tertarik dengan populasi kaum Muslimin dan bercadang untuk menghasilkan sebuah video pendek tentang masjid di sana.
Sungguh ramai yang turut serta dalam solat berjemaah di masjid.

>> Fast forward... kepada 9 Oktober 2013 >>

Setibanya mereka di Lapangan Terbang Manchester, ana menjemput dan membawa mereka berek'lah di kawasan sekitar Manchester. Bermula dari perjalanan melewati The Curry Mile, 'kampong Melayu', kami singgah sebentar untuk menikmati hidangan tengah hari.

Kemudian, mereka disambut mesra oleh para senior di sini, yakni di rumah Ansar. Ahli rumahnya terdiri dari 7 orang: Shaheer, Hazman, Hannan, Imran, Haaziq, Akhlil, dan Nazmi.
Setelah berehat sebentar, mereka menuju ke Trafford, tempat kemasyhuran Sir Alex Ferguson di Old Trafford Stadium. Begitu besar stadium itu, sehingga mengambil masa 1 jam untuk berjalan mengelilinginya. Cuaca yang sangat dingin, ditambah angin yang sejuk, menyukarkan kami untuk bergerak, dek kekurangan pakaian (kami cuma pakai 2 helai, dan ia sangat sejuk- 7 darjah Celcius pada masa itu).

Selamat datang ke Old Trafford Stadium
 
Setelah itu, mereka dibawa berjalan-jalan di city centre, di mana mereka membeli beber
apa keperluan diri, untuk bekalan mereka sepanjang pengembaraan mereka. Walaupun ia cuma sementara, saya berasa sangat syukur dan bertuah kerana dapat bertemu dengan ex-schoolmate, Wawan setelah 3-4 tahun berpisah lamanya.

Disebabkan faktor cuaca, tempat dan masa, kami tidak sempat melawati kesemua tourist attraction di Manchester.

Destinasi seterusnya ialah Alton Tower Theme Park. Kalah Sunway Lagoon.
Selepas itu, mereka tiba di London, dan menghabiskan masa 2 hari di sana, menjelajahi kawasan Bandar London, menaiki Tube dan melihat The Big Bang.

Akhir sekali, mereka berada di Paris, France, dan melihat sendiri The Eiffel Tower. Akhi Ammar Rabbani menjadi tour guide mereka. Begitu seronoknya mereka bermusafir. Mereka mengamati kepelbagaian masyarakat tempatan, menghayati kedamaian alam dan muka bumi, meneliti kehebatan komuniti Muslim, serta menikmati cuaca dingin bersalut kepanasan haba.

Itulah serba sedikit tentang kisah tiga pemuda.

*****

Mesej ringkas dari kisah di atas:

Anda tidak perlu membuang masa, menghabiskan usaha dan mensia-siakan tenaga untuk melakukan sesuatu perkara. Anda cuma perlu merancang.
Anda boleh lakukan apa saja, dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Buktinya, mereka bertiga di atas merancang untuk bermusafir di bumi Eropah.
                  dan mereka berjaya melakukannya.

Sesungguhnya manusia dikurniakan dua perkara, akal dan masa.
Akal digunakan untuk berfikir, bertafakkur.
Masa digunakan untuk beribadah.

Jika anda rancang, pasti banyak perkara yang anda boleh lakukan dalam masa yang singkat.
'Perancangan asas kejayaan'.


Ada yang kata:-
" Takyah la rancang benda-benda ni. Bukannya bagus pun."
" Kalau dah rancang, tapi tak menjadi, tiada gunanya."

Usahlah risau,
Allah itu Maha Adil.
Manusia diberikan 86,400 saat, 1,440 minit dan 24 jam sehari.
Tidak berkurang dan terlebih walaupun sesaat.
Terpulanglah kepada manusia untuk mengisi ruang masa
sama ada dengan perkara yang berguna
                                 ataupun aktiviti yang sia-sia

Merancanglah,
anda pasti merasa lapang,
mengatur masa mengikut keutamaan.
5 minit perancangan masa kini dapat menyelamatkan bukan 1 jam, tapi 1 hari dari masa depan anda.


Apa lagi,
mulakan pagi anda dengan perancangan,
hasilkan satu jadual harian,
jadual belajar, jadual kerja
jadual ibadah,
kalau boleh, jadual hayat. :)


Semua manusia ada proriti dalam kehidupan.
 
 
" Di mana sahaja enta berada, ingatlah bahawa dunia ini sementara. Maka, buatlah bekalan untuk akhirat sana."

Sekian.

(Tabir merah ditutup, dan tepukan tangan yang gemuruh bergema)

******
Kredit:-
1. War-one Al Bantiji sebagai Wano
2. Wan Nusairi sebagai Wan
3. Nuruddin Azri sebagai Din
4. Ahli rumah Ansar, Manchester
5. Jurugambar jalanan

BGM:-
1. To Zanarkand- Nobuo Uematsu


wanwawanwadin
10121434
0012



 

1 comment:

Terima kasih. Thank you. :)