Assalamualaikum
w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.
*****
Apabila salji mula turun... |
~ Broken hearts,
Blown in a freezing wind,
during winterlong;
Unspoken words,
Floating on freezing wind,
during the winterlong. ~
Blown in a freezing wind,
during winterlong;
Unspoken words,
Floating on freezing wind,
during the winterlong. ~
*****
WARNING: Read this post at your own risk. Condemnable comments may arise
(AMARAN: Baca artikel ini dengan risiko sendiri. Siapa yang termakan cili, dialah yang terasa pedasnya.)
Kebiasaannya, perkara pertama yang timbul di
benak fikiran sesiapa tentang musim sejuk ialah SALJI.
Ya, titisan air yang membeku (kurang dari 0oC)
terbentuk di permukaan tanah. Kadang-kala, salji turun dengan kepul-kepulan sphera
kecil. Ada juga hadirnya salji, walaupun sungguh jarang berlaku, dalam halintar
ribut yang ganas dan pantas.
Suhu tempatan mula menurun, dari 5-10 oC
ke -15 oC. Kot tebal/ musim sejuk dan pemanas sangat diperlukan,
agak seseorang itu tidak mengalami hipertemia. Secawan coklat susu panas dan
sup, elemen pelengkap untuk menikmati kesejukan musim ini
Sungguh singkat siang hari. Malam berlalu
dengan begitu perlahan (lebih kurang 10-15 jam lamanya). Matahari terbit pukul
8.00 pagi dan terbenam 8 jam kemudian. Beza masa untuk solat ialah 1-2 jam sahaja selang satu waktu, kecuali Isya'-Subuh (13-15 jam). Maka, waktu inilah sesuai untuk qiamulail, kerana sepertiga malam ialah 4-5 jam (lama tu). Kenapa? 1/3x15=5 (Simple arithmetic)
*****
Ini adalah dialog tipikal antara dua sahabat
yang belajar di luar negara:
(Pertengahan bulan November...)
“Hang pergi mana cuti ni? Winter
dah sampai, jom jalan-jalan.”
“Pergi ke mana?’
“Apa kata Scotland? Aberdeen? Edinburgh?
Ireland? Katanya, tempat-tempat camni menarik untuk dilawati masa winter.”
“Jauh sangat tu. Kalau France? Germany? Mesir? Morocco?
USA?”
“Itu lagi jauh.”
“Amacam London? Ada aktiviti menarik kat
sana. Ada live performance, ada concert, ada orchestra”
“Boleh je. Nanti hang ajak sekali
member lain. Kita bincang sama-sama”
(Nota: Boleh jadi perkara di atas sedang berlaku
kepada pelajar tahun kedua, ketiga atau akhir)
Komen penulis: itu perkara biasa. Itulah
kelebihan mereka yang belajar di luar negara. Mengembara adalah satu kemestian,
kerana kosnya lebih murah dan lokasinya lebih dekat dari rumah mereka (sepanjang
pengajian mereka) berbanding dari Malaysia. Jangan lupa, belajar tetap belajar.
Ingatilah Allah selalu |
Perlu diingatlah, walau di mana pun anda
berada, ibadah solat jangan dilupa. Berbekalkan rukhsah (keringanan)
yang diberikan kepada para musafir (yakni qasar jama’), tunaikanlah
solat setibanya waktu solat itu bermula.
Kemudian setelah sembahyang, maka bertebaranlah
kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa
yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah
banyak-banyak (dalam segala keadaan), moga-moga kamu Berjaya (di dunia dan di
akhirat).
[QS, 62: 10]
Kepada mereka yang sedang, atau akan mengembara,
dipersilakan. Saya tidak boleh menghalang anda. Cuma, beberapa perkara ingin
saya tekankan, melalui nasihat. Selebihnya, terpulanglah kepada diri
masing-masing.
Nasihat penulis:
1. Berhati-hatilah ketika mengembara. Maksud
saya, keselamatan anda sangat penting, lagi-lagi apabila ia melibatkan nyawa, passport
dan duit. Nyawa tidak boleh diganti. Ingatlah, passport anda ibarat kad
pengenalan anda di luar negara. Apabila anda kehilangannya, maka hilanglah visa
anda, yakni kelayakan anda untuk memasuki sesebuah negara dengan sah. Hal ini
menyebabkan anda dilabel PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin).
2. Sentiasa
peka dengan persektiran anda. Jika ada mana-mana individu tidak dikenali
bekelakuan aneh dan pelik berdekatan anda, cepat-cepat maklumkan kepada ahli
kumpulan anda yang lain. Anda boleh laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa
tempatan. Paling tidak, menjeritlah sekuat hati, supaya menarik perhatian orang
lain. Ataupun memberi penangan ‘Buku Lima’, jika anda berkemampuan (Mata
tambahan untuk pelatih ilmu silat/ karate/ taekwando).
3. Mengembaralah dalam kumpulan. Pengembaraan
seorang diri mungkin kelihatan hebat dan macho dari pandangan umum,
meskipun risikonya sangat tinggi. Akan tetapi, saya sarankan agar anda berjalan-jalan
secara berkumpulan. Hasilnya? Anda akan tolong ingat-mengingati sesama ahli
akan sesuatu perancangan, berkongsi tambang pengangkutan, berkongsi makanan dan
minuman, berkongsi beg, (berkongsi katil?). Selain itu, anda akan berasa lebih selamat serta boleh berkongsi suka ria dan
duka bersama-sama.
Mungkinkah pemuda ini mempunyai banyak barang berharga? |
4. Jangan letak barang berharga anda dalam
satu longgokan besar -(Kalau hilang, hilanglah semua barang. Hilanglah
segalanya, mood mengembara, memori pahit terukir, tiada duit untuk balik) Pastikan anda asingkan ke
beberapa bahagian kecil. Antara cadangan: dompet di saku seluar, tapi tiada
wang tunai; pakai manga/ kuncikan beg; passport di dada (pakai beg
pengembara yang kecil lagi comel).
5. Pastikan anda tahu ke mana anda pergi. Belajarlah
bahasa mereka (kalau boleh). Sekurang-kurangnya anda boleh bertanyakan arah
(pakai GPS kan senang?), atau membuat tawar-menawar
ketika membeli barangan (“Gimme a bit lower than this one, will ‘ya?”). Pilihan ini hanya boleh didapati oleh mereka yang mengembara secara spontan (bukan tour guide). Anda akan dapat menikmati perjalanan anda secara maksimum, tanpa membazirkan masa dan kos untuk perkara yang tidak dikehendaki.
6. Jangan ikut sebarangan orang. Ada sahaja, tidak kira di mana anda berada, manusia bernama 'ulat pengunjung' (istilah ini merujuk kepada seseorang yang mempergunakan pengunjung asing yang melawat sesebuah tempat dengan penipuan dan kata-kata manis. Jangan sesekali berikan barangan anda kepada orang lain, kecuali rakan seperjalanan anda. Mana tahu, mungkin mereka akan rosakkan, curi, tukarkan supaya barang itu tidak dapat dicam pemilikannya. Jika terdesak, gunakan alternative lain, seperti khidmat lokar, khidmat simpanan.
2. “Cuti winter ni, hang pi mana?”
3. “Berapa lama cuti winter hang?”
Teaser: Volunteering? Gambar? Lain kali...
Adapun hari makin berlalu,
(Tutup lampu. Zzzzzzzz.)
2. Shahkang Aizat, senior UoM
3. Nasihat buat Pengembara, Shahkang.
ketika membeli barangan (“Gimme a bit lower than this one, will ‘ya?”). Pilihan ini hanya boleh didapati oleh mereka yang mengembara secara spontan (bukan tour guide). Anda akan dapat menikmati perjalanan anda secara maksimum, tanpa membazirkan masa dan kos untuk perkara yang tidak dikehendaki.
6. Jangan ikut sebarangan orang. Ada sahaja, tidak kira di mana anda berada, manusia bernama 'ulat pengunjung' (istilah ini merujuk kepada seseorang yang mempergunakan pengunjung asing yang melawat sesebuah tempat dengan penipuan dan kata-kata manis. Jangan sesekali berikan barangan anda kepada orang lain, kecuali rakan seperjalanan anda. Mana tahu, mungkin mereka akan rosakkan, curi, tukarkan supaya barang itu tidak dapat dicam pemilikannya. Jika terdesak, gunakan alternative lain, seperti khidmat lokar, khidmat simpanan.
*****
Beberapa perkara menarik berlaku di serata
dunia ketika ini:
1. Nelson Mandela meninggal dunia. Seorang tokoh
kemanusiaan yang disegani. Inidividu yang mengubah sistem pentadbiran di Afrika
Selatan.
2. Terdapat pendebatan hangat tentang harga tol (di
Malaysia). “Kalau tak nak bayar tol, gunalah jalan biasa”. Begitu?
Alternatif lain. |
3. Pencalonan untuk pilihan raya sedang aktif
di Timur Tengah (Pelajar perubatan di Kaherah, Mesir). Undilah mereka yang anda
percaya, dapat membantu anda di kelak hari.
4. Pelajar universiti sedang sibuk mengulang
kaji untuk peperiksaan akhir semester ini, yang berlangsung bulan Januari 2014.
(kurang dari sebulan artikel ini ditulis). Semoga Berjaya menjawab kertas
pepriksaan. Banyakkan berusaha, bertawakkal kemudain. Ingatlah-Nya selalu.
5. Keputusan rasmi peperiksaan PMR keluar pada
hari ini (tarikh artikel ini ditulis). Semoga berjaya kepada adik-adik
tingkatan 3 tahun ini. Selepas ini, aliran apakah yang anda ambil? Sains Tulen?
Sains Agama? Sains Sukan? Sains Rumah Tangga? Sains Ekonomi dan Pearkaunan? Sains
Sastera? Terpulanglah kepada empunya badan.
6. Skandal dan isu hangat (pelbagai). Tiada
komen.
Itu adalah norma manusia. Mereka sentiasa
bersifat ingin tahu.
*****
(sambung cerita asal…)
Maka, timbulnya persoalan daripada rakan-rakan di
Malaysia dan luar negara:
1. “Hang mesti seronok ada musim sejuk kat
sana, kan?”2. “Cuti winter ni, hang pi mana?”
3. “Berapa lama cuti winter hang?”
Sejujurnya, saya tidak tahu.
Seronok? Gembira? Rindu? Kecewa? Sedih? Marah?
Allah sahaja yang tahu.
Saya? Mengembara?Seronok? Gembira? Rindu? Kecewa? Sedih? Marah?
Allah sahaja yang tahu.
Tidak ke mana-mana.
Cuma jadi seorang penulis sepenuh masa.
Tolong membalut hadiah, balut kotak segi empat sama.
Aktiviti suka rela, jadi pembantu untuk ‘Santa Klaus’ sementara.
Cuma jadi seorang penulis sepenuh masa.
Tolong membalut hadiah, balut kotak segi empat sama.
Aktiviti suka rela, jadi pembantu untuk ‘Santa Klaus’ sementara.
Teaser: Volunteering? Gambar? Lain kali...
sejuknya malam ditiup bayu;
Mengulang kaji, beribadah selalu,
Untuk masa depan yang baru.
Mengulang kaji, beribadah selalu,
Untuk masa depan yang baru.
(Tutup lampu. Zzzzzzzz.)
Melihat terbitnya mentari |
*****
Kredit:-
1. Coklat panas dan pembalut hadiah.2. Shahkang Aizat, senior UoM
3. Nasihat buat Pengembara, Shahkang.
BGM:-
1. Winterlong- Beat Crusader
musimsejuksudahtiba
mujahidmuda
16021435
1540
HN
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Thank you. :)