Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Berikut adalah salah satu bab bersiri untuk projek 'Living in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian'
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.
*****
Berikut adalah salah satu bab bersiri untuk projek 'Living in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian'
#JSM 2 -
BAB XX: SHIPPING DI UK
(Bahagian 1)
Pernah
tak anda teringin untuk membeli barang, tapi malas untuk pergi ke kedai?
Atau
ingin menghantar barang (terutamanya ke Malaysia) dengan cepat dan selamat?
Jawapannya
ialah….
‘SHIPPING’
atau ‘DELIVERY’
Tak
kira sama ada ‘Penghantaran Dalam Talian (Online Shipping) atau
Penghantaran Udara (Air Shipping), tujuannya sama, iaitu supaya barangan
yang dihantar oleh penghantar, selamat tiba di tangan penerima.
Saya
akan menceritakan serba sedikit tentang khidmat shipping di Kerajaan
Yang Bersatu (UK). Artikel penuh akan disiarkan dalam buku (mohon tembakan doa
kalian).
(A)
Online Shipping
Seperti
khidmat pos laju, hampir kesemua pasaraya dan kedai berjenama di sini
menawarkan khidmat penghantaran dalam talian. Contohnya: Pasaraya (Tesco,
Asda), Pakaian (Primark, Sports Direct), Makanan (JustEat), Kasut (Clark) dan
Barangan Rumah (Argos).
Bagaimanakah
caranya? Mudah sahaja.
1.
Senaraikan barang yang ingin dibeli.
2.
Layari laman web syarikat/ tempat/ pasaraya/ kedai berkenaan.
3.
Cari barangan, dan pilih kuantiti/ jenis yang ingin dibeli.
4. Berikan
nama dan alamat anda sebagai penerima.
5. Bayar
melalui online payment (ada artikel tentang ini)
6.
Senyum. Tunggulah sehingga barangan sampai.
Kebanyakkan
online shipping/ delivery mengambil masa yang tertentu. Ada yang
menggunakan 1DD: ‘One Day Delivery’. Ada yang mengambil masa sehingga
seminggu dua. Selalunya, tempoh / penghantaran barangan ialah 2-5 hari.
Bergantung kepada syarikat/ pasaraya/ kedai, ada di antara mereka yang
memerlukan anda membayar untuk khidmat penghantaran mereka. Ada pula yang
percuma. Ada pula yang akan jadi percuma jika anda membeli barangan melebihi
nilai tertentu; konsep ini dikenali sebagai Price-Limit Delivery.
Di
Malaysia, sistem ini juga diguna pakai.
Akan
tetapi, terdapat satu kelebihan di sini, Kerajaan yang Bersatu.
Mereka
(selalunya) memperkenalkan konsep refund, atau gentian.
Sekiranya,
jika anda tidak bernasib baik, barangan yang anda terima rosak atau tidak
sempurna keadaaanya, anda boleh memulangkan semula barangan itu, mengikut
alamat yang diberikan.
Ada
yang memerlukan anda membayar kos penghantaran semula. Ada pula yang free
refund.
<Di
Malaysia mana ada free refund!>
(B)
Air Shipping/ Freight Shipping
Sekiranya
anda ingin menghantar barang (contohnya: Beg kulit berjenama Prada kepada ibu,
Kasut kulit Clark kepada ayah, atau baju tebal Primark kepada adik) di
Malaysia, inilah caranya.
Selalunya,
ia bergantung kepada kecepatan anda ingin barang itu diterima di Malaysia.
Lebih cepat tempohnya (lebih singkat
waktu penghantaran), lebih mahal kos penghantaran (shipping cost).
Penghantaran utara (air shipping) selalunya mengambil masa
1-2 minggu. Ada juga yang sehingga sebulan.
Manakala, penghantaran kargo (freight shipping) mengambil masa
yang agak lama, iaitu sekitar 1-2 bulan. Lebih teruk, ada juga yang 3 bulan
lamanya.
Bagaimanakah
caranya? Mudah sahaja.
1.
Senaraikan barang yang ingin dihantar
2.
Layari laman web syarikat shipping berkenaan.
3.
Nyatakan kuantiti (berat barangan, atau bilangan kotak) yang ingin dihantar.
Sertakan nota kecil pada setiap barang, supaya mereka (yang menghantar) tahu
siapa penerimanya.
4.
Berikan butiran anda (nama, no tel, alamat) sebagai penghantar dan butiran
penerima. Sila teliti nombor siri, atau rujukan penghantaran. Perkara ini
mungkin dapat menyelamatkan dan memudahkan urusan ganti rugi (jika didapati shipping
tidak berjaya).
5.
Bayar melalui online payment atau instant cash.
6.
Jejak shipping anda (jika boleh), sama ada melalui aplikasi, atau
bertanyakan penerima.
Berikut
merupakan senarai syarikat/ nama yang menyediakan khidmat shipping UK ke
Malaysia:-
1.
Edaran Express.
2.
PAL Shipping
3. Individual
(Mira D, Anuar Majid)
4.
Royal Mail (Post Office)
5.
Syarikat kurier, seperti (DHL, FedEx, IBL)
dan
lain-lain (Berbuih mulut kalau disebut kesemuanya)
Namun
begitu, perlu diingatikan bahawa anda perlu melakukan kajian terlebih dahulu,
agar barang yang anda hantar tidak terkandas, lantas merugikan anda dan si
penerima.
Berikut
adalah perkara yang perlu tahu sebelum memiih syarikat shipping:-
1. Reliability-
Adakah
syarikat ini bagus? Bagaimanakah servisnya? Berbaloikah saya menghantar barang
menggunakan khidmat syarikat ini?
2. Review-
Bagaimanakah
status penghantar dahulu dalam syarikat ini? Adakah ia direkomen oleh seseorang
yang anda kenali? Apakah rating servis syarikat ini?
3. Price-
Berapakah
harga kos penghantaran? Adakah ia mengikut berat barangan (seperti GBP 5.00/kg)
atau mengikut bilangan/ saiz kotak (seperti GBP 6.00 untuk kotak bersaiz
15’x12’x10’)?
4. Reputation-
Pernahkah
syarikat itu mendapat anugerah? Adakah syarikat ini mempunyai repuatsi yang
baik? Boleh dipercayai? Adakah syarikat ini terlibat dalam insiden utama?
5. Safety-
Bolehkah anda tahu pergerakan barang yang sedang dihantar itu?
Adakah anda boleh menjejakinya? Bagaimana anda ingin tahu sekiranya barang
sudah selamat sampai ke tangan penerima? Adakah barangan yang anda hantar
bersifat mudah pecah (fragile)? Bagaimanakah saya ingin menghantar sesuatu
yang penting (Contohnya dokumen rasmi, surat, cek, draf bank) dengan selamat?
6. Period-
Berapa
lamakah tempoh shipping? Adakah berbaloi menggunakan express delivery?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhir
kata, keputusan terletak di tangan anda. Selidik dahulu syarikat/ kedai shipping
tersebut.
Penulis
berharap agar artikel ini dapat membantu pembaca seperti anda, atau mana-mana
individu yang ingin menggunakan khidmat shipping di Kerajaan yang
Bersatu (UK) (Malaysia pun juga! J )
Haniff
Nasir,
17.10.2014
12:15 am, Ardwick, Manchester, UK