[ Prolog ]
Tap! Bam! Terjatuh daripada katil. Mungkin ekstrem sangat mimpinya malam tadi. Sambil mengesot matanya yang sepet, Yukiteru segera ke bilik air. Urus diri. Pagi ini yang sama seperti pagi-pagi yang lain.
Orangnya berbadan kecil, tidak tinggi atau terlalu rendah. Ala-ala Bruce Lee. Fizikalnya seperti seorang budak lelaki yang biasa. 160 centimeter, dan beratnya; tidak diketahui. Anak tunggal kepada pasangan suami isteri Takamura dan Kanada.
“Zzz!Zzz!” Telefon Samsung Galaxy 3 miliknya bergetar. Mod senyap. Tangannya mencapai ke butang ‘Kunci’. Dia menerima satu mesej. Tanpa disedari, mesej itulah yang bakal mengubah hidupnya.
*****
Selasa, 21 Julai 20XX.
Hari ini, aku berjaya membuat ‘dunk shot’ sekepul kertas ke dalam tong sampah bilik. Berita pagi ini penuh dengan kes jenayah. Lebih menakutkan, ia berhampiran dengan sekolahku. aku akan terserempak dengan Sato dan Daryl dalam perjalanan ke sekolah.
…..
*****
“Apakah ini? Adakah aku menulisnya dalam tidur?” bisik hatinya.
Seketika kemudian, matanya terpaku pada satu baris terakhir dalam mesej tersebut:
*****
…
Aku akan ditikam daripada belakang. Aku akan mati akibat kehilangan darah.
BAD END
*****
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Darah. Merah pekat warnanya. Pisau itu masih berlumuran dengan darah. Darah manusia.
“Jangan, jangan bunuh saya!” rayu seorang lelaki.
“Apa? Saya tak dengar.”
“Saya ada keluarga. Aaargh! Jang......” merupakan perkataan terakhir lelaki itu.
Darah memancut keluar daripada tekaknya.
Darah memancut keluar daripada tekaknya.
“Selepas itu, siapa pula rakan sepermainan aku? Ha, hah, hahahaha!”
Lorong gelap itu penuh dengan darah. Dan pembunuh itu menghilangkan diri.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Thank you. :)