ANTARA PASIR DAN KRIM
Artikel ini ditujukan kepada warga pelajar di UK khususnya, dan kepada mana-mana pelajar Malaysia yang sedang belajar di luar Negara amnya.
------------------------------------------------------------------------
Selamat datang ke Kerajaan yang Bersatu (United Kingdom, UK)!
------------------------------------------------------------------------
Selamat datang ke Kerajaan yang Bersatu (United Kingdom, UK)!
Anda telah diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran tertiari
di sini!
Bukan senang nak datang sini, dapat belajar dengan Mat Saleh.
Hidup dalam persekitaran yang berbeza daripada biasa.
Belajar cakap “wa’er, cheers, howdy, mate” dengan accent
Malaysia.
Seronoknya kalian berada di sana. Mesti hidup pun lain,
kan?
… Atau sama sahaja.
Antara beratus-ratus pemohon yang mahu memasuki Universiti di UK,
sama ada melalui UCAS, referral atau pemohonan secara terus, anda telah diterima
oleh pihak Universiti.
Ini bermakna
anda berhak untuk berada di sini. Buktinya, hasil pencapaian anda dalam peperiksaan
A-Level, International Baccalaureate (IB), Matrikulasi dan Diploma yang cemerlang
melayakkan anda untuk meneruskan perjalanan anda sebagai seorang pelajar.
Anda adalah crème of the crème, pelajar terbaik daripada
sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej. Sijil PMR dan SPM anda memaparkan bilangan A
yang diperolehi. Ada yang dapat straight A, ada yang 10+A, ada yang dapat anugerah. Ada yang dapat
tajaan.
Tahniah saya
ucapkan.
Hakikatnya,
saya sendiri pun tak sehebat anda, apatah lagi dapat anugerah. Anugerah Pelajar Terbaik, Anugerah Dekan.
Anugerah Sportsman.
Baru-baru
ini, saya menghadiri Nottingham Malaysian Games (NMG) 2014. Dapat bertemu rakan
sekolah menengah, kawan baik, rakan sekolej, teman sepengajian dan teman
sepermainan, adalah perkara yang epik. Melihat peserta bermain congkak, futsal
dan badminton sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan saya terhadap sukan di
Malaysia. Nasi Lemak, antara menu paling laku sewaktu Pesta Makanan dijalankan.Ketika
berada di dalam kereta api menuju pulang
ke rumah, saya menerima satu notifikasi dari rakan baik, A di FB.
Tapi
sayangnya, saya terkilan pabila membaca statusnya. Terkejut. Dagu terlopong,
badan terkaku. Bukan apa.
‘Malaysia
Truly Asia’.
Disertakan
beberapa gambar sampah merata-rata tempat. A (bukan nama sebenar) memaparkan
imej berkenaan sebaik sahaja acara NMG tamat.
Sedih, dan
kecewa.
A bekerja
sebagai pembantu sukarela untuk acara NMG. Dia ditugaskan selepas acara sukan,
jadi tidak ramai tahu akan hal ini. Dia mengutip sampah di sekeliling
Universiti, padang dan lokasi acara.
Hakikatnya,
tong sampah disediakan dengan banyaknya di sekitar lokasi acara sukan. Yang
menyedihkan, ada bungkusan makanan yang dibiarkan di atas meja, seolah tuannya
tinggalkan begitu sahaja.
Yang pasti,
ini bukan salah penganjur. Tapi salah mereka yang berbuat demikian. Meskipun
berada di UK, sikap seperti ini tidak harus dibawa sekali. Mentaliti pelajar,
nampaknya, tidak cukup matang.
Namun, ini
bukanlah satu blame game. Tapi satu refleksi buat kita semua.
Maka, saya
terpanggil untuk membuat satu wake-up call kepada para pelajar di UK
(Kerajaan yang Bersatu). Dan hasilnya, saya menulis artikel ini, berdasarkan
beberapa bacaan ilmiah dan diskusi sesama rakan.
Terdapat
beberapa isu yang saya ingin ketengahkan, iaitu tentang 3S (Sampah, Sapa,
Sosial).
1. Sampah.
Isu ini
telah saya huraikan di atas. Kebersihan itu
sebahagian daripada iman. Nak kata tiada tempat, penganjur sudah
letakkan dustbin besar. Beg plastik pun boleh ditukar dan diisi semula.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Malah, Jepun
telah mewajibkan murid sekolah rendah untuk mencuci tandas (tak tipu, tandas!)
15-20 minit sehari. Maka, tak hairanlah kalau anda tidak menjumpai sampah
merata-rata di UK. Malah, kerajaan Singapura memberi denda hingga sebanyak $2,000
kerana membuang sampah merata-rata.
Kesannya:
Masyarakat Malaysia dilabel sebagai pengotor. Pihak penganjur terpaksa membayar
denda atas sampah yang anda bunag merata-rata tempat. Tidak mencerminkan identiti pelajar Malaysia yang
dikenali dengan kebersihannya (Sebab itu kalian mudah mendapat rumah untuk
disewa dari tuan tanah, berbanding dengan pelajar lain. Parti tak ingat dunia.
Bersepah merata.)
Jadi, apa
alasan anda? Saya yakin andalah bakal pemimpin masa akan datang. Anda memiliki
minda kelas pertama, bukan? Hati dan
jiwa yang bersih lahir daripada persekitaran yang bersih, kan?
2. Sapa,
Bertegur sapa
Isu ini
tidak sesensitif isu kandungan DNA babi dalam Cadbury atau Kampung Chubadak,
namun saya kira ini isu identiti. Lagi-lagi, bila ia melibatkan sapaan yang
terpantul 45 darjah ke tanah. Saya sendiri mengalami isu ini.
Situasi
(contoh):
Saya
terserempak seorang Malaysian (saya yakin, kerna kulit sawo matang dan firasat).
Saya senyum, sambal berkata: “Selamat petang!”. Dia (pelajar itu) seakan tidak
sedar, lalu berjalan melepasi bahu kiri saya begitu sahaja. Senyap. Tiada
reaksi.
Tunduk malu,
agaknya.
Kejap, dia
itu lelaki.
Seolah-olah
sapaan saya terpantul/ terbias sejauh 45 darjah ke arah kasutnya. Tiada
respons. Nak kata saya tak lantang berkata, saya yakin suara saya dapat
didengari dari satu jarak yang agak
jauh.
Ya, itu dia.
Begitu ramai pelajar Malaysia di sesebuah tempat. 500-1000 orang bilangannya,
dan semakin bertambah.
< Penulis
menarik nafas >
Sampaikan
bagi salam kepada pelajar Muslim, pun tiada balas. Maafkan saya, tapi ketidak
endahan anda merisaukan saya. Sehinggakan salam itu terpantul /terbias ke
tudung, ke baju atau ke lantai.
Bukan apa.
Saya takut anda,
sebagai pemimpin masa depan, bersikap sedemikian. Ekspresi muka yang statik,
tak ubah macam patung, apabila bertemu rakyat. Hanya sepatah dua perkataan dapat didengari. Anda
akan jadi macam ‘Yes Man’.
Kalau anda
segan untuk bertanya sapa atau memberi salam, senyum pun jadilah. Asalkan identiti
diri bahawa orang Malaysia kaya dengan hemat akhlak dan budi bicaranya hilang
di mata antarabangsa tidak hilang begitu sahaja.
Bahasa jiwa
bangsa. Bukankah begitu?
Jangan
sampai ada yang lemah/ bosan sehingga berkata:
“ Kau tahu tak, malas la aku nak sapa diorang. Bukan
diorang balas pun. Buat der je. Aku pun rasa annoyed. Baik tak layan diorang.”
Come on la, hidup
ini kita perlu bekomuniti, bukan bersendiri. Kan?
3. Sosial.
Saya kira setiap pembaca memiliki satu akaun MukaKitab
(FaceBook, FB). Macam-macam jenis pos saya temui di ruang maya
MukaKitab.Ada yang bersifat ilmiah, ada yang bebentuk peribadi, ada yang
berjela-jela komen dan pendapat, ada yang memberi nasihat atau motivasi, dan ada
juga yang mengutuk/ mengaibkan seseorang.
Saya kira
MukaKitab itu bukan lagi satu ruang privasi. Maka, tidak hairanlah jika ada
kalanya saya terbaca pos rakan saya dari UK yang bertujuan memburukkan nama
negara.
Kejap, saya
sebut ‘memburukkan’?
Mungkin’ memalukan’
atau ‘menjatuhkan’ lebih jitu maknanya dalam konteks ini.
Ada juga pos
yang saya baca berunsur politik, kekauman, sensitiviti agama dan penghinaan.
Contohnya?
Cari sendiri. Saya malas nak menyebut satu-persatu. Anda boleh selidik sendiri.
Banyakkan membaca berita, surat khabar. Buku dan jurnal juga berguna sebagai
rujukan. Sertai diskusi ilmiah yang sihat. Kita ada salurannya, Cuma perlu
individu seperti anda mampu memberi penjelasan dan penyelesaian.
Saya tahu
anda tak suka kerajaan. Jadi, apa langkahnya? Anda belajar bersungguh-sungguh,
agar andalah yang mengubah kerajaan sedia ada.
Bentukkan
masa depan negara mengikut profession masing-masing. Setiap orang ada
peranannya yang tersendiri.
Kuncinya di
sini, jadikanlah ruang sosial maya sebagai platform untuk meningkatkan mutu
pemikiran kritikal anda, bukannya bergaduh atas komen yang remeh temeh.
Anda
bukannya pasir, yang banyak bilangannya tapi kurang inputnya. Sekali kena air,
terus hilang kesan ‘lukisan kehidupan’. Lupa jati diri. Lupa asal usul.
Ketahuilah,
anda ibarat krim, lemah lembut dan mesra dalam budi bicara. Tidak lekat dengan
perbezaan tempat, tapi cepat meresap dalam hati. Walaupun suhu yang panas
mencairkan anda, tapi anda tetap cool dan beretika sepanjang masa.
Jadi, anda
sekarang ibarat pasir, atau krim?
Syukur
Malaysia masih aman makmur.
Haniff Nasir
28.11.2014, 00:00
Ardwick,
Kerajaan yang Bersatu
P/S: Sila
berikan respons anda di bawah. Komen jangan tak komen!
Apendiks: Status asal berkenaan:
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Thank you. :)