[ DKYB #351 ]
Mari Mengundi! (2015)
7
Mei 2015. Hari Khamis yang senyap. Lorong-lorong di kawasan perumahan kelihatan
kosong. Tiada poster diikat di tepi tiang lampu. Tiada banner dan juga
layar kanvas besar bersaiz 30’ x 15’ terpampang di atas papan tanda dan tiang lampu
isyarat. Langsung tiada apa-apa yang luar biasa kelihatan. Seperti hari-hari
yang lalu, kawasan itu senyap.
Itulah
suasana pagi di Kerajaan yang Bersatu (United Kingdom- UK).
Manakala,
pada masa yang sama, kawasan perumahan di sebuah perkampungan kecil di Seberang
Perai dipenuhi bendera dan banner. Logo dacing, roket dan bulan menjadi
kebiasaaan. Sudah ramai berhimpun di perkarangan pos mengundi. Siap membawa
sepanduk ‘Mari Kita Undi Parti X!’
Seawal
jam 8.00 pagi, sudah beberapa orang beratur untuk membuang undi di Pilihan Raya
Kecil (PRK) P.044- Permatang Pauh. Ada juga yang tidak kurang hebatnya menaip tweet:
‘@abuya
Saya sudah mengundi. Anda bila?’
Ada
juga mengambil selfie bersama petugas pos mengundi.
(Belum
mula lagi artikelnya. Ini baru teaser)
**********
Malaysia
mengadakan 2 Pilihanraya Kecil baru-baru ini. Pertama, PRK P.091 Rompin di
Pahang yang berlangsung pada 5 Mei 2015, menyaksikan pertembungan
satu-lawan-satu. Kedua, PRK P.044 Permatang Pauh di Seberang Prai, Pulau Pinang
yang berlangsung pada 7 Mei 2015, tarikh yang sama untuk Pilihanraya Umum
United Kingdom di sini. P.044 menyaksikan pertembungan empat sudut, di mana dua
calon bebas bertanding, di samping sudut kerajaan dan pembangkang.
Alhamdulillah,
saya diberikan peluang untuk mengundi di Kerajaan Yang Bersatu (United
Kingdom- UK) sempena Pilihanraya Umum (General Election – GE) 2015.
Ini adalah kali kedua saya mengundi, selepas Pilihanraya Tempatan (Local
Election-LE) 2014 dan Pilihanraya Eropah (European Election)2014
tahun lepas.
SEBELUM
MENGUNDI
Beberapa
isu telah dibangkitkan dalam pilihanraya kali ini.Suka untuk saya senaraikan
bagi kedua-dua pihak (Malaysia dan UK), agar pembaca dapat mengetahui serba
sedikit tentang susun atur pelaksanaan pilihanraya berkenaan.
Isu
yang dibangkitkan di PRK P.044 (Permatang Pauh) dan PRK P.091 (Rompin):-
1. Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Service Tax –GST)
2.
Pengurusan Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV)
3.
Hal ehwal kebajikan penduduk tempatan.
Manakala,
isu yang dibangkitkan di Pilihanraya Umum 2015 di United Kingdom adalah:-
1.
Penswastaan Servis Kesihatan Nasional (National Health Service- NHS)
2.
Peluang pekerjaan kepada lepasan graduasi
3.
Hak rakyat tempatan
4.
Hal ehwal kebajikan penduduk dan residen UK
5.
Hal ehwal kebajikan golongan imigran dan minoriti
6.
Isu pergolakan Palestin-Isreal
7. Hal
pengurusan kewangan negara
Jika
di Malaysia, pasti akan kelihatan beberapa (baca: lebih daripada sepuluh)
berita tentang calon. Berita baik, buruk; semuanya ada. Calon mendekati bakal
pengundi. Manifesto diucapkan secara terbuka, beberapa siri jelajah dijalankan.
Poster, banner, pamphlet dan diedarkan secara meluas (sehingga
mengakibatkan pembaziran- kesian pokok pulpa). Surat khabar tidak lekang, malah
dijadikan berita muka depan (front cover story) sebagai pelaris jualan. Stesen
televisyen tempatan (yang berat sebelah dan biased) memaparkan status
terkini detik-detik menjelang hari pengundian. Malah, media massa penuh dengan
komen dan tweet yang padat dengan maklumat baru (boleh percaya ke?) da
nada kalanya sampai memburukkan calon (seriously?)
Berbeza
pula di United Kingdom, kami telah didedahkan sejak sebulan lepas. Tiada
poster, banner dan surat diedarkan ke semua alamt rumah. Lain pula di
UK, di mana setiap parti yang bercalon mempunyai screen time yang sama
untuk berucap di khalayak ramai, mempunyai slot rancangan tersendiri di dalam
siaran televisyen dan juga segmen di dalam majalah/ surat khabar (namun biasness
itu masih ada, cuma ia tidak seketara di Malaysia). Peluang yang diberikan
juga bersangkut paut pada bilangan kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya
terdahulu, iaitu pada tahun 2010. Malah, setiap parti menyediakan sebuah video
yang mudah difahami mengenai isi manifesto mereka (boleh lihat melalui Youtube.
Pautan disediakan di akhir artikel)
Adapun
surat yang dihantar adalah dua; peringatan untuk mengundi dan kad mengundi (polling
card). Mereka yang ingin mengundi perlu mendaftar terlebih dahulu secara
dalam talian (online) . Nombor Insurans Kebangsaaan (National
Insurance number – NI number) diperlukan sebagai salah satu butiran dalam
mengisi borang pendaftaran pengundi. Bagi mereka yang tiada NI number,
anda boleh memberikan salinan paspot dan penyata bank/ surat rasmi Universiti
untuk membuktikan anda layak untuk mengundi.
Pasti
ada yang tertanya, apakah kelayakan yang diperlukan untuk mengundi di UK?
Menurut
undang-undang di UK, anda dibenarkan untuk mengundi dengan tiga syarat:-
1.
Anda adalah warganegara United Kingdom (termasuklah Permanent Residence-PR),
atau warganegara negara Commonwealth (Contohnya: Singapura, India, Bangladesh,
Malaysia)
2.
Anda berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun tersebut (2015)
3.
Anda mempunyai alamat tetap atau term-time dan tinggal di situ sejak
setahun yang lepas.
Tambahan
pula, polling card akan dihantar ke setiap alamat rumah yang berdaftar.
Ia memaparkan nama pengundi, alamat pengundi dan lokasi polling station.
Biasanya, lokasi polling station ialah sekitar dalam radius bulatan 1
batu daripada alamat rumah pengundi. Maknanya, polling station yang ditetapkan
adalah yang terdekat dengan rumah pengundi. Berbeza di Malaysia, di mana anda
didaftarkan berdasarkan alamat yang terpapar di kad pengenalan anda, bukannya
alamat rumah (ada option untuk menukar pos undian, tetapi tidak ramai
yang tahu/ peduli akan fakta ini). Maka, tidak perlulah anda bersusah payah
memandu sejauh 50-100 km semata-mata untuk mengundi pada hari berkenaan.
Saya
memilih untuk mengundi parti berdasarkan manifesto dan penyataan yang berkait
dengan tiga perkara:-
1.
Manfaat kepada pelajar antarabangsa (international student).
2.
Kemudahan kepada pelajar (Contohnya: pengurangan yuran tahunan, akses dan
peluang pekerjaan)
3.
Parti yang berpihak kepada Palestin dalam Isu Palestin-Isreal.
General
Election diadakan pada tahun ini bagi menetapkan wakil Parlimen (Member
of Parliament- MP) untuk persidangan Parlimen yang ke-56, sejak ditubuhkan
pada tahun 1801. General Election diadakan sekali setiap lima tahun,
manakala Local Election diadakan sekali setahun.
SEMASA
MENGUNDI
Di
sini (UK), anda diberi tiga pilihan; iaitu undi setempat, undi pos dan undi
proksi. Undi setempat bererti anda sendiri hadir ke pusat mengundi (polling
station) dan membuang undi di sana. Polling station dibuka dari jam
7.00 pagi hingga 10.00 malam, lantas memudahkan mana-mana individu yang
mempunyai kerja harian dalam rutin 9-5 (Contohnya, kerja pejabat, pekerja
berat, pemandu bas/ teksi, pengajar, pemilik kedai runcit, pekerja supermarket,
pelayan resotran).
Manakala,
undi pos dilaksanakan seminggu dua sebelum hari mengundi (iaitu 7/5/15), di
mana pengundi menerima surat yang mengandungi kertas undi dan arahan untuk
mengundi. Sebuah sampul berwarna putih/ coklat yang dialamatkan ke Unit Pilihan
Raya disediakan, agar pengundi pos dapat menghantar undian ke alamat berkenaan.
Sampul tersebut bebentuk pre-paid, free-stamp di mana tiada caj
dikenakan ketika menghantar undi.
Undi
proksi, seperti namanya, bermaksud sesorang mengundi bagi pihak anda, jika anda
layak mengundi, Bukannya pengundi hantu. Bukannya pengundi haram (tak macam …).
Tak bermaksud anda boleh menggunakan Kage Bunshin no Jutsu (Shadow
Cloning Technique) untuk mengundi lebih daripada sekali.Namun, undi proksi
hanya tertakluk kepada beberapa keadaan. Contohnya, kelasi Marin yang sedang
bertugas , mereka yang berada di luar negara atau ahli akademik yang sedang
membuat kajian di luar United Kingdom.
Berbalik
ke undi setempat.
Yang
uniknya, antara tempat yang dijadikan polling station termasuklah
sekolah (rendah dan menengah), gereja, dewan serbaguna, kolam renang, karavan,
bangunan kerajaan, town city hall, dan sebagainya. Anda dibenarkan untuk
membawa anak-anak masuk ke dalam polling station Anda juga dibenarkan
untuk membawa masuk pet. Pengundi
yang mabuk (jarang sekali berlaku) untuk mengundi. Namun begitu, ada beberapa
larangan dikuat kuasakan untuk mengawal suasana di kawasan polling station.
Ini termasuk; larangan untuk mengambil gambar, larangan untuk memakai political
outfit (berlogo sekian, sekian) larangan untuk membuat live update dan
juga menyamar sebagai orang lain. Jika ditangkap, anda boleh didakwa dan
dikenakan saman, sehingga mencecah £ 80 atas kesalahan berikut.
Saya
ingin menceritakan pengalaman sendiri sewaktu mengundi, baru-baru ini.
Bandingkan sendiri dengan keadaan waktu mengundi di Malaysia (anda lebih tahu
akan bab ini daripada saya, jadi saya serahkan selebihnya kepada para pembaca)
*****
Jam
9.00 pagi. Kelas kuliah pertama pada hari Khamis. Sedang melewati kawasan
perkarangan Universiti, tiada satu pun poster atau papan tanda yang menunjukkan
bahawasanya hari ini ialah Hari Mengundi (Election Day). Kepingan polling
card yang saya terima dua hari lepas, tidak semewah yang disangka. Ia
hanyalah sehelai kertas A4, ringkas dan ringan. Malah, sejak dua minggu lepas,
kawasan perumahan saya senyap. Adapun pertemuan yang diadakan, hanyalah sekitar
pada hujung minggu sahaja.
Kelas
terakhir saya tamat pada jam 4.00 petang. Selepas itu, saya terus ke Medlock
Primary School, polling station yang diberikan dalam polling card
itu. Setibanya di sana, tiada satu orang pun kelihatan. Malah, hanya papan
tanda ‘POLLING STATION’ diletakkan pada pintu utama hadapan sekolah berkenaan.
Saya memasuki perkarangan sekolah, melepasi beberapa automatic sliding door
sebelum tiba di sebuah dewan sekolah. Tiada anggota polis yang bertugas di
situ. Tiada penjaga keselamatan (pak guard). Tiada banner atau pamphlet
yang tertulis ‘Undilah calon X!’ Tiada khemah atau kanopi yang terpasang di
hadapan polling station.
Kosong.
Yang ada di situ hanyalah 2-3 orang petugas, sebuah meja besar dan satu ruangan
mengundi di hujung dewan (polling stand). Saya mendekati petugas yang
sedang duduk di meja. Petugas tersebut bertanyakan nama (surname) dan
alamat rumah. Tidak perlu tunjukkan kad pengenalan atau passport. Tidak
perlu menunjukkan muka (untuk mengesahkan identiti pengundi). Tidak perlu
dikehendaki untuk mencalit ibu jari tangan kanan. Tidak ditanya apa-apa soalan.
Seperti membeli sepaket biskut di 99 Speedmarket. Cashier scan
biskut pastu suruh bayar, semudah itu. Prosedur ini sangat senang dan tidak
memakan masa.
Saya
diberikan 2 keping kertas. Kertas pertama berwarna putih, di mana senarai parti
dan calon yang mewakili parti tersebut disiarkan secara menegak, bersama sebuah
kotak kosong (untuk ditanda undi). Manakala, kertas kedua berwarna kuning, dan
mengandungi senarai calon lain yang bertanding atas parti tertentu. Kertas
putih menandakan undian untuk General Election manakala kertas kuning
pula untuk Local Election.
Saya
bergerak ke polling stand. Satu pencil kecil yang comel tersedia
(mungkin pensel yang sama sejak 5 tahun lalu) di sana. Saya pun, dengan membaca
Basmalah, meletakkan tanda pangkah pada kotak pilihan saya (mana boleh
bagitahu, undi adalah rahsia =P ) Kemudian, kertas tersebut dilipat dua dan
dimasukkan ke dalam ballot box berwarna hitam. Tidak perlu membasuh ibu
jari. Tidak perlu disoal siasat. Tiada sesiapa yang menunggu di luar polling
station.
Kesemua
proses pengundian memakan masa hanya selama 5 minit! Tidak perlu beratur. Tidak
perlu bergaduh ruang mengundi. Tiada sentiment perkauman berlaku di kawasan
mengundi. Tiada kes tumbuk-menumbuk. Tiada
SELEPAS
MENGUNDI
Selepas
pengundian ditutup pada jam 10.00 malam, kebanyakkan penduduk tempatan berjaga
malam, sambil melihat skrin televisyen. Ada juga pub/ bar yang
beropearsi sehingga ke awal pagi, hanya untuk hari ini.
Menariknya,
exit poll diwujudkan setelah para pengundi membuang undi masing-masing. Exit
poll ialah satu maklum balas, seperti pendapat peribadi, meramal keputusan
penuh General Election. Mereka ditanya soalan, seperti “Pada pendapar
anda, parti manakah yang akan membentuk kerajaan?”
Boleh
jadi jawapan mereka adalah sama atau berbeza dengan parti pilihan mereka semasa
mengundi sebentar tadi. Untuk makluman para pembaca, exit poll hanyalah
satu survey dan tidak melambangkan keputusan rasmi.
Beberapa kejutan dikhabarkan,
antaranya beberapa pemimpin parti mengundurkan diri selepas kekalahan parti
mereka dalam General Election. Pemimpin yang dimaksudkan ialah Ed Miliband
dari Parti Buruh (Labour Party), Nick Clegg (Liberal Democrat Party)
dan Nigel Farage (UKIP). Manakala, David Cameron, pemimpin Conservative
Party dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom buat kali kedua
selepas pelantikannya pada tahun 2010.
Manakala, Mhariri Black, 20, menjadi
individu atas kemenangannya dalam General Election selepas mengalahkan calon
veteran dari Labour Party, Douglas Alexander. Mhairi merupakan MP termuda di UK
sejak 350 tahun lalu. (Refleksi: kita ni dah sampai usia 20 tahun, apa
sumbangan kita pada negara dan agama?)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh
layari pautan di bawah.
Akhir kata:
Saya bukan seorang Konservatif. Juga
bukan seorang Liberalis. Juga bukan seorang Buruh.
Saya hanyalah seorang pemerhati.
Seorang pengundi senyap (silent voter).
h.n.
7.5.15
2331
Manchester,
UK
P/S:
Saya sengaja tidak memberi maklumat lanjut untuk PRK Rompin dan Permatang Pauh,
sebab saya percaya pembaca lebih arif dalam hal itu. Saya hanya ingin tekankan
suasana pengundian di UK, berbanding di Malaysia.
Rujukan
(A)
Pengenalan Pengundian:-
(B) Manifesto
Parti dalam General Election United Kingdom 2015:-
(C)
Semasa Mengundi:-
(D) Keputusan
PRK di Malaysia:-
(E) Keputusan
General Election United Kingdom 2015: