[ PNR: Teaser 2 - Nasib/ Tinggal Semalam ]
- m/s xx -
- m/s xx -
Awak berjalan ke neraka
(lembah kemusnahan).”
Si kecil itu terus melangkah
ke kawasan kebakaran. Jatuh dan rebah. Dia
kembali bangun,
“Apa gunanya… Apa
gunanya aku terus hidup dalam kekalutan ini? Kenapakah aku terkecuali (untuk
mati begitu sahaja)?”
Imej budak kecil itu
hilang dari pandangan mataku.
Aku berjalan ke arahnya,
seolah-olah mencari sesuatu. Satu suara lelaki menegurku dari belakang,
“Hoi!
Awak berjalan ke
neraka.”
Langkahku terhenti.
“ Inilah apa yang kau
lupa.
Pada mulanya, aku anggap ia cuma satu kekaguman.
Namun, jauh di sudut
hatiku, ia cuma satu impian.
Impianku yang kelihatan seperti kemusnahan ini,
sepatutnya tidak berlaku.
Impian seorang pemuda yang mahu menyelamatkan orang
lain.
Impian itu tidak tercapai, malah kehilangan segalanya pada akhirnya. “
Dadaku bersinar. Aku
terus melangkah ke hadapan, menghiraukan pemuda di belakangku. Kabus di hadapanku
kian berkurangan, menampakkan sebuah puncak yang tertanam di atasnya sebuah
pedang.
“Walaupun kehidupan itu
(palsu), ibarat sebuah mesin?” soal pemuda di belakangku.
“Ya, meskipun kehidupan
itu mengalir dengan hiprokrasi.”
Dengan tangan kananku,
aku memaut pemegang pedang itu. Ia membara, seolah mempunyai nyawa.
“Aku akan terus
berusaha untuk menjadi seorang juara keadilan.” sambungku.
Dengan sekali nafas,
aku menarik keluar pedang itu dari gengaman bumi. Kabus mula bersurai, langit
terus bercahaya. Keadaan sekeliling kembali seperti biasa.
“Oh, begitu rupanya.
Penyarung pedang (Saber).”
Satu rekaan asli
tercipta dari kekuatan diri. Memori antara Tuan dan Hamba.
“Pautan kepada Saber
yang ditanam ke dalam diri kita; untuk menyelamatkan nyawa kita.
Ia adalah
relik suci, bukan sesuatu yang diseru.
Walaupun kontrak (antara dia dan
Hambanya) terputus, ia terus menjaganya.”
“Badanku…”
“Tak guna..”
Luka di belakang
badanku kembali pulih. Seolah ia dijahit kembali. “.. diperbuat daripada
bilahan.”
Archer sedar, ia
petanda buruk baginya. Dia mencampakkan dua bilah pegang, dalam penuh kelajuan,
ke arahku.
Sedang kedua-duanya
mendekatiku, udara semakin panas. Masa terhenti. Seolah ruang masa memberiku
peluang kedua.
“ Aku tak akan
dikalahkan oleh kau!”
Dua cahaya biru meneras
ke hadapan dan membalas serangan kedua bilah itu. Terpantulnya ia ke tepi.
“Aku tak kisah kalah
kepada seseorang, tapi aku tak akan dibantai oleh diriku sendiri.” Laungku
(bersambung)
----------------------
Dipetik daripada skrip asal "Fate/ Stay Night"
HN
4.8.15
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Thank you. :)