Saturday 14 February 2015

DKYB #99

[Diari Kerajaan Yang Bersatu #99]

Tarikh: 13/2/2015
Tempat: #Markas448, Rusholme
Masa: Selepas Isyak

Al-Fatihah buat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), Mursyidul Am PAS, merangkap murabbi dan ulama' Malaysia.

Di kala Jumaat malam Sabtu yang gelap, ramai remaja berselerak di kawasan bar, berpesta.

Saya di sini, bersama beberapa rakan seagama, dan senegara, berkumpul untuk mengadakan solat sunat Ghaib berjemaah buat TGNA. Sungguh, air mata jantan akhirnya mengalir daripada celahan kelopak mata yang tebal.

Setelah selesai solat berkenaan, saudara Shaheer, senior di Manchester, memberi sedikit tazirah dan peringatan kepada kami semua. Berikut adalah pengisian tazkirah berkenaan:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Ketahuilah, arwah TGNA telah membawa banyak perubahan di Kelantan. Beliau adalah seorang Menteri Besar yang perendah orangnya. Beliaulah yang menukarkan sistem perbankan kepada islam, mewujudkan sistem maahad tahfiz, yakni sekolah berdasarkan konsep tahfiz dan ta'lim. Malah, MRSM sekarang pun sudah ke arah sedemikian. Alhamdulillah, sekolah berasrama penuh pun ada aliran tahfiz (hanya tempat tertentu sahaja).

Beliaulah tokoh islam tuan guru kita. Murabbi ummah kita.

Namun sekarang, Tuan Guru dah pergi. Allah telah menjemputnya kembali. Kita yang masih hidup ini, bagaimana?. Kita berasa sedih kerana Tuan Guru sudah pergi, tapi kita juga berasa sedih pada diri kita sendiri. Kerana apa? Sebab Tuan Guru meninggal dalam perjuangan,perjuangan menegakkan agama Islam. Kita pula, apa cerita? Di mana kita sekarang? Adakah kita setaraf Tuan Guru?

Sheikh Ahmad Yaasin, seorang tokoh ilmuwan Islam yang permulaannya baik dan pengakhirnya juga baik. Meskipun dirinya lumpuh, beliau masih memegang jawatan tertinggi di Hamas. Menurut pendapat jumhur para ulama fiqh, keadaan beliau memberikan rukhsah (keringanan) dan diharuskan untuk solat berjemaah di masjid. Namun, ketika waktu subuh, beliau meminta anaknya membawanya ke masjid. Kita pula bagaimana?

            Ingatlah kalian, kita ini masih muda, masih mempunyai pilihan. Apa yang telah berlaku sebelum ni semua tinggal sejarah, tidak usah dibangkit-bangkitkan. Apa yang penting sekarang ialah amal perbuatan kita di kala masa muda kita sekarang. Kita sibuk menangguh-nagguh hasrat berubah kita.

“Rilek ar, esok lusa boleh lagi”

“Chill bro, tahun depan aku hidup lagi”

“Nanti masa aku tua, baru aku nak mula beribadah 24/7”

“Lepas ni, aku bertaubatlah. Bukan sekarang.”

Astagfirullah.

Syaitan itu musuh kita. Musuh manusia. Dia telah bersumpah untuk menyesatkan bani Adam daripada kebaikan. Dia bertekad, agar manusia turut mengikutinya ke lembah Jahannam.

Astagfirullah.

Moga Allah jauhi kita dari bala bencana dan azab api Neraka.

Hebatnya syaitan, sampai boleh tahan dan tolak kita perlahan-perlahan. Slow but steady.


Takkan kita biarkan syaitan terus menguasai minda dan nafsu kita sampai 30-40 tahun? Takut-takut kita tidak sempat mengakhiri kehidupan kita dengan kebaikan.

Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, ….” (QS. An Nisaa’, 4: 136)

Perhatikan ayat di atas:”Wahai org yang beriman, beriman lah kamu.”

Kenapa Allah berfirman berimanlah kepada orang yang beriman? Bukankah orang beriman bererti orang itu sudah mempunyai iman?

Samalah dengan halnya orang yang makan, disuruh makan. Atau orang yang sedang memandu, disuruh memandu? Apa maksudnya?

Allah mengingatkan kita di sini bahawa iman kita tidak tetap. (Dalam erti kata lain, sesuatu yang boleh dimanipulasi; manipulated variable). Iman manusia bertambah dan berkurang, tidak seperti iman para malaikat yang sentiasa bertambah.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk perbaharui iman? How to update your iman?

Caranya ialah buat amal jariah selalu. Lazimkan beribadah. Al-Quran jangan ditinggal walaupun sehari. Tuntutlah ilmu. Sentiasa aktif dalam komuniti dan masyarakat tempatan.

Bila datangnya kematian, masa tidak berubah, walaupun sesaat. Ajal tidak boleh ditangguh-tangguh. Mati itu pasti, tapi bagaimanakah keadaan kita ketika itu; bergantung dengan apa yang kita lakukan pada tika ini. Keadaan kita mati boleh berubah, kerana kita boleh merancang dan berusaha untuk menentukan keadaan kita tika itu. Moga-moga kita berada dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Semoga panjang umur dalam melaksanakan ibadah.

Akhir kata, biarlah kita penuhi usia muda kita dengan amal kebaikan dan ibadah. Semoga Allah merahmati kita semua."
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Malam itu, kami dikejutkan dengan cahaya bunga api dan teriakan sulphur yang menerangi Padang Whitworth yang gelap gelita.
 
Esok hari Sabtu. Hari hujung minggu.

 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)