Saturday, 16 January 2016

DKYB' #023

[ DKYB' #023: Panas Salju ]
12.00 tengah hari. Panas. Meskipun suhu tempatan berada dalam lingkungan 0-4 darjah, matahari masih bersinar, seakan memberi harapan kepada warga Manchester yang saban hari disapa
dengan hujan dan angin.
Senja. 4.00 petang. Seusai kami beransur pulang ke rumah, salji mula turun. Butiran salji itu terus cair apabila menyentuh tanah. Ada juga yang melekat, seakan tidak mahu berpisah dengan dunia. Salji yang putih itu, kembali bertukar ke wap, cecair yang telus pada pemandangan mata kasar manusia.
Teringat saya akan karya Dr Talib Samat (1995) bertajuk 'Panas Salju'. Novel komsas Tingkatan 3 ini sarat dengan pengajaran dan mesej yang bermakna.
Ya. Inilah saatnya di sini, panas di siang hari, salju di malam hari.
Ya. Dunia ini sementara. Sekejap kita merasa senang, sekejap kita mengadu susah. Lumrah hidup. Ibarat roda Ferris; hari ini kitadi bawah, esoknya di atas.
Ya, Tuhan sentiasa menguji kita. Menguji tatkala kita leka, lalai. Menguji kesungguhan kita. Menguji adakah kita ini mengingati-Nya dalam waktu senang DAN susah?
Moga Allah terus memberikan hidayah dan rahmat kepada mereka yang sentiasa mengingati-Nya dan mempercayai-Nya, dalam setiap apa juga keadaan.
Moga kita sentiasa berada dalam golongan hamba-Nya yang bertaqwa, beriman dan bersyukur.
HN
16.1.16

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)