Tuesday 8 October 2013

~ Ada Apa Pada Nama ~ (V.FM)

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.

 
******

Kali pertama ana didakapi,
laungan azan dilaungkan, berselang seli,
satu panggillan, nama diberi,
nama itu kukuh bertapak di dalam hati.

Akan tetapi,
semenjak berada di sini,
pabila diminta untuk memperkenalkan diri,
satu nama terpacul dari bibir sendiri:-

"Hi. What's your name?"

"My name is emm, err...."
(fidget, fingers crossing)

*****

Eh, sejak bila ana ada banyak nama?
Sejak bila kita ada banyak nama?
Nama penuh, nama panggilan, nama samaran, nama keluarga, nama timangan, nama...

Tidak pasti nama yang mana untuk digunakan pada saat-saat tertentu.

Sejak kecil, ada beberapa peristiwa penting yang melibatkan nama.
Tanpanya, ana tidak dapat berada di sini.
Mungkin inilah juga yang kalian lalui. Setuju? 


1. Sijil Beranak/ Sijil Kelahiran

Hakikatnya, sijil inilah yang mengesahkan kewujudan ana di muka bumi. Tanpanya, kita ibarat anak 'asing'. Hidup, tapi mati.

Persoalannya, berapa ramai kanak-kanak di luar sana yang hidup tanpa pengesahan diri, tanpa adanya sijil beranak? Sudah pasti mereka hidup dalam kesukaran, dek mengharungi hidup dengan kesabaran dan kesederhanaan.
*Semoga proses pendaftaran bayi/ kanak-kanak baru dapat berjalan lancar.

2. Kad Pengenalan Diri.

Sekali lagi, nama anda diperlukan. Sama seperti sijil beranak, cuma kad pengenalan diri digunakan untuk urusan rasmi, bermula seawal usia 12 tahun. Tanpa nama, siapalah anda dalam kad pengenalan diri itu.



3. Peperiksaan Besar

Bermula dari peperiksaan UPSR, PSRA, PMR, SMA, hinggalah kepada SPM dan A-Level/ IB/ Martikulasi, kita tidak terlepas untuk mendaftarkan diri sebelum hari peperikasaan. Nama, nombor kad pengenalan dan gambar (kadang-kala) diperlukan. Kemudian, satu pengenalan diri direka, berdasarkan nama kita, dalam bentuk angka giliran atau nombor siri, untuk menduduki peperiksaan berkenaan. Kalau tidak, anda tidak berhak untuk menduduki kertas peperiksaan.
* Pernah tergetar-getar tangan untuk menghitamkan angka giliran, dan menulis nama sendiri.

Kegagalan untuk menulis nama anda dengan betul (Sebut: Nama Penuh) memungkinkan anda  kehilangan markah atau lebih teruk, dianggap tidak hadir; gara-gara tertinggal satu huruf atau satu perkataaan.
*Hal ini lebih serius apabila anda menduduki peperiksaan antarabangsa (O-Level, A-Level, IB, SAM, ADTP, Pre-U, ...). Hal ini adalah kerana nama anda akan dipecahkan kepada dua bahagian, First Name dan Surname/Family Name. Berhati-hatilah tentang perkara ini.



4. Urusan rasmi/ peribadi

Hal ini termasuklah nama yang tertulis di muka depan sekeping surat, sehelai bil, sebuku thesis, sekeping plat di tempat kerja, atau cuma sekeping tag nama semasa bekerja.
Ya, dengan menggunakan nama, lebih mudahlah manusia untuk berkomunikasi dengan sesama sendiri. Tidak kira sama ada mereka sedang berdiskusi, belajar, berdebat, bercerita, mahupun berehat. Unik, kan? Semua orang ada identiti, nama yang tersendiri.
Tidak akan ada seseorang di muka bumi yang mempunyai nama penuh yang sama, melainkan yang kedua itu adalah seorang A.I. atau diri sendiri dari dimensi yang berbeza.
*Spoiler: Fiksyen sains, Futurikstik.

- Nama itu adalah panggilan yang terindah yang pernah seseorang gunakan semasa berbicara sesama sendiri-

5. Selepas kematian
Tidak ramai manusia yang mengenali seseorang melainkan jika dia meninggal dunia. Maka, ramailah yang mula mengkaji, membeli barangan, mencari dan mengagumi dia selepas kematiannya. Timbullah spekulasi, persepsi dan berita sensasi. Biasalah, fitrah manusia.


Hakikatnya,
para ulama' tidak dikenali,
       mereka tidak ingin mengejar kemewahan,
para sufi tidak diketahui,
        mereka tidak ingin memiliki kekayaan,
para ilmuwan tidak disegani,
        mereka tidak mencari populariti, kemasyhuran
mereka tahu bahawa semua ini tidak akan berkekalan
dan hidup di akhirat itu kekal berpanjangan.



Ramai orang yang tahu akan nama...
Sir Isaac Newton
Albert Eistein
Blaise Pascal
Max Planck
Micheal Faraday
Micheal Smith
J.J. Thompson
Earnest Rutherford
Ben Bernanke
John Maynard Keyne
Paul Krugman
Friedrich Hayek
Arthur Lewis


Namun, berapa ramaikah yang mengenali...
al-Biruni,
al-Farabi,
al-Jabar,
al-Khindi
ar-Razi
Ibnu Sina
Ibnu Khaldun
Ibnu Battuta
al-Khawarizmi
al-Ghazali
Ibnu an-Nafis
Muhammad Yunus
Hasan al-Banna
Sultan Muhamad al-Fateh
Salahuddin al-Ayubi
Ibnu Muslim
al-Bukhari
Muaz bin Jabar
Khulafa' ar-Rasyidin
dan lain-lain..

* Siapakah individu yang namanya kelihatan di atas??
Sila cari sendiri, selidik orangnya.

Petunjuk: Tanyalah kepada En. Wikipedia, Tn. Google.



*****

Apa-apa pun, jangan risau.
Nama tetap nama, ia tidak dapat berubah.
Hanya kita, diri sendiri yang berubah.

Harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama,
bukankah begitu?

Oh, lupa pula.
Di awal artikel ini, ada kawan bertanyakan soalan.
Soalannya tentang nama ana.
Inilah jawapannya:-

"My name is Muhamad. And I'm proud to be a guy, as a Muslim."

Sekian

*****

Kredit:-
1. Filem- My name is Khan

BGM:-
1. Night of Seclusion- Takeharu Ishimoto

namasayamuhamad
mujahidmuda
03121434
0204
HN







 



 
 

1 comment:

Terima kasih. Thank you. :)