Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.
*****
Berikut adalah bab 4 daripada 11 bab bersiri untuk projek 'Studying in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian (Fresher's Edition)'
#JSM - BAB XX: PERGAULAN DI UNIVERSITI
Perhatian! Sila baca dengan hati yang terbuka. Jika anda
terasa dengan penyataan di bawah, jangan marah saya. Baca dengan risiko
sendiri. Siapa yang termakan cili, dialah yang merasa pedasnya.
Kehidupan seorang pelajar universiti tidak akan lengkap tanpa
hubungan sosial sesama pelajar. Sama ada dengan rakan sekursus, kawan serumah,
senior, pensyarah, abang Taiba, mak cik penjual sayur, ataupun akak kerani,
anda perlu mahir bergaul. Carilah kawan yang mampu memandu dan membimbing anda
ke jalan yang benar. Tak salah untuk berkawan dengan mereka yang suka minum,
berparti, dan bersosial, tapi kena ada batas dan hadnya.
Pengalaman bersosial dengan kumpulan Mat Saleh, pelajar
antarabangsa dan ahli akademik tempatan seharusnya dimanfaatkan. Sungguh
bertuah buat sesiapa yang tinggal di Universiti Hall pada tahun pertama. Hal
ini kerana anda dapat memerhati dan mencari kawan bukan Malaysia yang baru.
Manalah tahu, dia akan memberi bantuan dan menolong anda di saat sukar. Dia
mungkin akan membawa anda bermusafir bersama. Tengok wayang bersama, makan
seafood bersama, main game (DOTA, FIFA, PS4, dll..) bersama.
Lazimnya, setiap pelajar yang berada di bawah tajaan akan terikat dalam kontrak agar berkelakuan baik. Mereka adalah duta kecil negara, dan wakil penaja di luar negara. Apa sahaja tindakan yang mereka lakukan, melambangkan kedudukan mereka. Jika baik, maka harumlah nama negara. Jika buruk, maka busuklah nama negara. Tapi, ia tidak menghalang anda untuk berkawan dengan pelajar lain, lagi-lagi mereka yang mempunyai minat dan kursus yang sama.
Namun, jangan terkejut jika anda mendengar ada beberapa pelajar
kita yang terlibat dalam perkara 18PL. Semua sudah dewasa, sudah mampu
membezakan baik buruk sesuatu. Oleh itu, persiapkan diri anda sebelum datang ke
sini dengan keimanan dan pengetahuan, agar anda tidak terkena kejutan budaya (cultural
shock).
Selalunya, pelajar tahun pertama akan merasai culture shock
dalam tempoh dua bulan pertama. Hanya diri anda mampu mengubah segala keputusan
yang anda lakukan. Maka, bukakan hati dan pemikiran anda. Jangan mudah
terpedaya dengan anasir luar yang boleh menjatuhkan prestasi dan memudharatkan
diri anda di kemudian hari.
Rasanya tidak perlu saya huraikan bagaimana anda ingin mencari dan
memulakan persahabatan. Sudah pasti anda mempunyai pengalaman yang jauh lebih
banyak daripada saya dalam hal ini.
Banyak lagi perkara yang saya ingin kongsikan, namun itu saya ceritakan di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Thank you. :)