Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
*****
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.
*****
“Cheers, mate!”
Setiap pagi, aku melawati Reynolds Building. Bangunan putih
itulah yang menjadi tapak perkongsian ilmu. Ilmu kejuruteraan, ilmu duniawi.
Kelas pertamaku seawal 9 pagi, dan aku tidak sabar untuk mulakan hari.
Maklumlah, semalam hari Ahad.
12 tengah hari. Panas dan terik. Aku bersama Matt dan Sam,
rakan sepengajianku untuk makan tengah hari. Kami memilih Subway, kerana ia
murah dan mudah. Maka, seperti biasa, kami beratur menunggu giliran.
Aku memilih 6-foot Tuna Delight. Harganya GBP 3.00
Semasa ingin membuat pembayaran, Matt tetiba mengucap
sesuatu. Buat kali pertama:
“Cheers, mate!”
Aku terkejut. Bukan apa, tapi kenapa dia tak cakap, “Thank
you!” ke, “Thanks!” ke?
Sam pula tersenyum.
Aku bertambah keliru.
*****
Sebelum datang ke sini (Kerajaan yang Bersatu), apa yang aku
tahu tentang ‘Cheers!’ ialah:-
1. Orang akan pegang gelas berisi air (selalunya minuman
keras, arak) dan semua pakat-pakat main laga gelas sesame mereka sambal berkata
‘Cheers!’. Lepas tu, minum sampai mabuk.
2. Orang Cina yang makan steamboat, atau buat makan besar.
Mereka pakat-pakat angkat makanan yang dikepit chopstick sambal berkata ‘Cheers!’ atau ‘Yamseng!’
Sebabkan saya ni suka tengok cerita, ada pula babak bila
orang nak celebrate sesuatu, lalu dia angkat cawan tinggi-tinggi, lalu
kata “Kampai!”
*****
“Basically, if someone do good things to you, just say ‘Cheers!’
to them. They’ll appreciate it.”
“Cheers to you, too.” ajukku kembali.
Abang cashier tersenyum kecil. Sam pula tertawa seketika.
“Why you’re laughing, Sam? Did I say something?”
“Nope. You say nothing to reply.”
“Oh, I see.” kataku, dan Matt menepuk bahuku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendek kata, ‘Cheers!’ ni satu ayat
magik. Ringkas ayatnya, tapi padat maknanya. Kat sini, orang lebih bersikap
menghargai bantuan orang. Tak kira siapa, atau di mana, ‘Cheers!’ menjadi
ucapan penghargaan sesorang atas bantuan yang diterima. Buka pintu, masuk bas,
beli tiket, beri laluan, ambil pesanan, beli barang. Semuanya ada kaitan dengan
interaksi sesame manusia.
Sebenarnya, apabila kita ada masalah
atau memerlukan bantuan, ucapan ‘Terima Kasih’ merupakan satu manfestasi bahawa
kita sebenarnya lemah, dan memerlukan bantuan orang lain. Jangan sombong, atau
belagak. Memang benar ada kalanya kita mampu buat hampir semua perkara, tapi
ada kalanya kita ketandusan kepakaran atau pengetahuan dalam sesuatu perkara
yang lain.
Hakikatnya, manusia memang diciptakan
tidak sempurna, meskipun telah dinyatakan dalam lafaz kalamnya:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dalam sebaik-baik bentuk (ciptaan dan berkelengkapan sesuai dengan
keadaaannya)” [At-Tin,
95: 4]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seminggu kemudian, aku pergi ke Bandar-Pound di Arndale.
Setibanya di kaunter bayaran, aku ucapkan kalimah tersebut.
“Cheers, mate!”
Akak cashier yang jaga kaunter, tersenyum sipu.
*****
Kredit:-
1. Sam dan Matt
mujahidmuda
29.09.2014
1940
HN
Cholton, Manchester.
Cholton, Manchester.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Thank you. :)