[ DYKB #349 ]
AKU PELAJAR UNIVERSITI, EPISOD 1
1: Twitter asal
Seperti yang anda lihat di papan monitor maya baru-baru ini, beberapa notifikasi telah tiba di ruang MukaKitab dan Burung Twit, yang menunjukkan betapa hebatnya kuasa media maya.
Status 1
di atas telah diulang siar sebanyak 1935 kali (dan semakin bertambah,
mungkin 2000?) dan digemari 761 (dan semakin bertambah) pengguna Twitter. Manakala, artikel ‘Do You
Think So’ 2 telah dikongsi lebih daripada 50-70 kali. 3
Dalam Bahasa
Melayu yang lebih molek, twitter tersebut berbunyi seperti ini:
“Kenapakah pelajar-pelajar yang sedang belajar di luar negara dapat bergembira ketika mengembara di sana sini (seperti Eropah, Timur Tengah, Negeri Bersatu), sedangkan di sini (Malaysia) kami/ kita belajar dalam keadaan separuh nyawa, seakan ajal bakal menjemput tiba?”
“Kenapakah pelajar-pelajar yang sedang belajar di luar negara dapat bergembira ketika mengembara di sana sini (seperti Eropah, Timur Tengah, Negeri Bersatu), sedangkan di sini (Malaysia) kami/ kita belajar dalam keadaan separuh nyawa, seakan ajal bakal menjemput tiba?”
Begitu
banyak pendapat, pandangan dan komen yang diterima dan diberikan; sama ada
menyalak kedengkian pihak kedua atau menyalahkan pihak ketiga (kerajaan). Ada
juga yang menyokong dan menerima kritikan itu, atas sebab asas:
“Masih ada
ruang untuk penambah baikan. Setiap perkara ada baik buruknya. Semuanya
terletak di tangan mereka yang memilikinya.”
**********
Saya cuma seorang
pelajar Universiti biasa. Anak orang biasa. Ibu bapa pun orang biasa. Cuma ada
beberapa perkara yang saya ingin tekankan untuk menjawab persoalan di atas.
Mungkin ada
yang berkata:
1. ”Eleh,
kau tak belajar kat sini. Manalah kau tahu asam manis kehidupan kitaorang.”
2. “Mana
kau dapat cerita ni? Kau belajar local je kot.”
3. “Seriously?
Yang gambar hensem-hensem dan lawa tu, apa cerita?”
Saya ingin
menjawab (ala soalan SPM) dengan bebrapa artikel (yang agak panjang, sekitar 4-5
muka surat setiap satu).
Setiap
artikel menjelaskan sebab dan keadaan sebenar yang berlaku, di sebalik senyuman
(separuh cahaya) yang biasanya kelihatan di dalam gambar.
Berikut merupakan
pecahan, atau tema artikel yang akan diterbitkan, mengikut kronologi.
Harap para
pembaca dapat bersabar.
EPISOD 1:
Sebelum ke Universiti
EPISOD 2:
Semasa di UniversitiEPISOD 3: RPG Pelajar Universiti
EPISOD 4: Universiti dan Peperiksaan
EPISOD 5: Selepas Graduasi?
**********
EPISOD 1:
Sebelum Universiti
Tamat zaman
persekolahan. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tiada lagi kerja rumah.Ketika itu,
hanya masa dan tenaga yang tinggal.
(Kita
percepatkan jalan cerita ke saat sebulan sebelum tarikh kemasukan ke
Universiti)
Jadi, surat
berwarna putih tiba di peti surat. Abang posto (postmen) tersenyum
memberikan surat itu. Dengan penuh gembiranya (sebab bukan senang nak dapat
surat yang dihantar ke rumah atas nama sendiri), surat itu dibuka pantas.
Ayat pertamanya
lebih kurang begini:
“Tahniah,
(nama anda) telah melepasi ujian kemasukan/ temu duga, dan berjaya disenaraikan
sebagai pelajar university (nama universiti). Anda dikehendaki untuk melaporkan
diri untuk pendaftaran pelajar baru, bertempat di (nama bangunan/ tempat) pada
(tarikh dan masa)
Semoga
anda dapat meneruskan kejayaan anda di (nama universiti)”
Namun, bukan
semua orang yang menerima surat berkenaan dapat menunjukkan riak muka yang
riang. Kenapa?
Untuk
pengetahuan umum, perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa halangan; yang ada
kalanya tidak dapat dielakkan, lantas menghalang perjalanan masa depan kita
sebagai seorang pelajar. Malah, ada di antara mereka yang mendapat keputusan
cemerlang dalam SPM, tetapi tidak dapat pergi melanjutkan pelajaran ke luar
negara juga disebabkan halangan berkenaan.
Halangan-halangan
tersebut adalah:-
1. Halangan
Keluarga: Ibubapa tidak membenarkan anaknya sambung belajar oversea, mak
ayah tak kasi ambil kursus pengajian yang kita minat 4, terpaksa memelihara dan menjaga ahli keluarga
yang lain, perkahwinan dll.
2. Halangan
Kesihatan: Berkait rapat dengan halangan keluarga, ada mak ayahnya yang sakit tua/ tenat. Ada yang perlu menjaga
ahli keluarganya yang berada dalam keadaan kritikal, atau keadaan kesihatan
diri yang tidak mengizinkan, atau tidak menepati piawaian kesihatan
antarabangsa (Contohnya: Pemeriksaan Tibi untuk mereka ke Eropah/ UK 5.
kerana di sana mereka terpaksa mengharungi cuaca 4 musim dan kesejukan serendah
10 darjah (ada juga sehingga di bawah paras sifar)). Begitu juga halnya dengan
mereka yang mengalami masalah pernafasan, penyakit keturunan (Contohnya:
Resdung), atau mempunyai alergik tertentu.
3. Halangan
Kewangan: Masalah terbesar, dan paling banyak berlaku. Ini adalah kerana
kos pengajian luar negara6 (dan juga dalam negara 7) yang
sangat tinggi, sehingga terpaksa mengambil hutang, meminjam wang, menggunakan
sistem PTPTN dan bekerja separuh masa untuk mendapatkan duit dan modal/ elaun
sara diri dll 8. Malah, dikenakan GST.
4. Halangan
Masa: Ada beberapa perkara yang
melibatkan masa, contohnya pendaftaran akaun bank, pendaftaran passpot atau
visa, penghantaran barang, penerimaan dokumen. Boleh jadi dokumen penting yang
perlu dihantar awal, terpaksa dilewatkan atas sebab menunggu pengesahan
daripada pihak yang berkenaan. Ada juga mereka yang tertinggal mengisi borang
penyertaan/ pemohonan biasiswa, lantas terlepas peluang, gara-gara masalah
kecil, seperti ketiadaan akses Internet, kesukaran memenuhi syarat atau kesibukan
dengan agenda lain.
5. Halangan
Peribadi: Sikap tidak yakin, lemah semangat dan iman, menyebabkan mereka
yang terlibat tidak mahu meneruskan pengajian. Hal ini didorong oleh pengaruh
persekitaran dan rakan dll.
Rujukan
(mungkin agak berat sebelah sikit):
1. Pautan asal twitter: https://twitter.com/tweetUniversiti/status/588913429773029376
2. Artikel ‘Do
You Think So’ oleh Seyren Windsor, penulis blog Takoyaki Bakar
3. http://www.facebook.com/notifications
4. 3 Idiots (2009), R Hirakani, V V Chopra, A Joshi, VC Production
5. https://www.gov.uk/tb-test-visa
6. http://www.bbc.co.uk/news/education-23614142
7.http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarseparuhmasakecewayuranpengajianmahal/Article
8. http://www.theguardian.com/education/2014/jan/16/should-universities-ban-part-time-work-students
3. http://www.facebook.com/notifications
4. 3 Idiots (2009), R Hirakani, V V Chopra, A Joshi, VC Production
5. https://www.gov.uk/tb-test-visa
6. http://www.bbc.co.uk/news/education-23614142
7.http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarseparuhmasakecewayuranpengajianmahal/Article
8. http://www.theguardian.com/education/2014/jan/16/should-universities-ban-part-time-work-students
27.4.15
Alan Gilbert Learning Commons,
M’cr, Kerajaan yang Bersatu.
Ash End
P/S:
Artikel seterusnya buat orang meletup. ‘EPISOD 2: Semasa di Universiti’ akan
diterbitkan pada 28/4/2015, 00:00 BST.
Jemput baca!