Wednesday 1 April 2015

~ Gerhana Sebelah Tangan II ~

[ Gerhana Sebelah Tangan II ]

dalam diam menyimpan dendam
melihat keringat makin tersirat
saat harapan dan impian
hanya tinggal harapan
andai dapat kuputarkan ke masa lalu.

 gerhana Matahari menjadi saksi
Tuhan memberi petanda-Nya yang azali;
dunia ini tidak akan kekal
malah musnah di tangan manusia.

sebelah mataku mengiyakan kenyataan
sebelahnya pula menutup pengkhabaran
antara janji ditepati
dan ekonomi dilanda inflasi;
manakah menjadi prioriti?

saat pak cik bertongkat tiga
membeli sepasang selipar Jepun
saat itulah mimpi ngeri bermula
GST yang dikenakan,
gajinya dikekalkan,
namun kualiti kerjanya makin turun?

The Hague, Holland
1.4.15
Ash End

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)