Thursday, 2 October 2014

~ Pengalaman Bekerja di UK ~

 
#JSM 2 - BAB XX: PENGALAMAN BEKERJA DI UK
 
Salam Oktober, semua!
 
Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman seorang senior saya yang telah bekerja di #kerajaanyangbersatu. Alhamdulillah, beliau telah bergraduan sebagai pelajar ijazah Masters di University of Manchester, UK.
 
'Uncut and unedited.'
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekerja sambil belajar di Manchester
 
Terdapat banyak peluang untuk bekerja sementara mahupun sepenuh masa di Manchester. Sebagai seorang pelajar di Manchester, anda boleh bekerja dengan masa terhad semasa waktu belajar (ataupun ‘term time’) dan bekerja sepenuh masa ketika cuti. Semua ini bergantung pada syarat yang ditetapkan pada visa pelajar.
 
Sudah ramai pelajar yang bekerja semasa belajar di Manchester. Antara kerja-kerja yang di lakukan semasa belajar ialah sebagai research student, tutor, pembantu pelajaran, pembantu kedai, pembantu domestic, internship dan pelbagai lagi.
 
Dengan adanya pengalaman bekerja semasa belajar, pelajar akan mempunyai kelebihan ketika memohon kerja di masa hadapan kelak. Pengalaman bekerja sangat membantu ketika temuduga jenis tingkah laku kerana pelajar boleh bercerita tentang pengalaman ketika bekerja dahulu.
 
Untuk mencari kerja, pelajar boleh menggunakan pelbagai cara. Banyak kerja-kerja diiklankan di internet, di tempat-tempat kerja seperti kedai dan boleh bertanya pada orang-orang yang tahu. Antara website yang boleh digunakan oleh pelajar ialah career website oleh university masing-masing. Sebagai seorang bekas pelajar University of Manchester saya dapati website ‘careerslink’ sangat membantu. Website ini sangat berguna kerana kerja-kerja sambilan di university kebanyakkannya di iklankan di sini berbanding laman web lain.
 
Ingin saya kongsikan pengalaman saya bekerja sebagai ‘Teaching Assistant’ ataupun pembantu pelajaran dalam mata pelajaran Advanced Mass Transfer di University of Manchester. Jawatan ini biasanya dipelopori oleh pelajar-pelajar pHD, namun jika ada kekosongan ianya juga akan di buka kepada pelajar tahun akhir ijazah Master. Ketika itu pensyarah saya kekurangan orang untuk bekerja dengannya, maka dia mengiklankan kepada semua pelajar tahun akhir Master. Alhamdulillah saya diterima bekerja. Gaji agak lumayan dan paling penting pengalaman bekerja tersebut.
           
Justeru itu, kepada seorang pelajar-pelajar baru rebutlah peluang keemasan ini. Belajar lah rajin-rajin dan dapatkan markah yang baik. Bila sudah bekerja pastikan anda membahagi masa dengan baik. Jangan jadikan bekerja sambal belajar sebagai alasan untuk prestasi yang tidak memberangsangkan.
 
Kepada yang beragama Islam, sebagai seorang hamba Allah, kita perlu lah menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain kerana ia adalah salah satu cara berdakwah.
 
Sekian.
 
Ditulis oleh:-
Saudara Muhamad Amir Bin Mohd Fadzil
Chemical Engineering
University of Manchester, UK
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Harap ia dapat membantu anda!
 
:)

Wednesday, 1 October 2014

~ 20 sen ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.

 
*****
Di Sebalik 20 Sen


Rupa 20 sen

20 sen: Ada yang memanggilnya, 'dua kupang'. Di sini, ia bersamaan empat pence (4p); tak dapat beli apa-apa.
 
 
Harga petrol RON95 dan diesel yang bakal naik 20 sen tengah malam ini, sebenarnya memberi impak besar.
 
Supply-demand curve.
 
Long-term fiscal deficit.
 
Sesiapa yang belajar ilmu Ekonomi, pasti pernah dengar tentang 'The Negative Nudge Theory', dan 'The one pence paradox'
 
Ada yang mengamuk, ada yang tak kisah, ada pula yang kata: 'Ini semua cubaan!"
Ada pula yang reda sahaja.
 
 
Parodi dari filem 'Bujang Lapok'
 
Yang paling terkesan adalah golongan berikut:-
1. Pemandu kenderaan awam (bas, teksi dan kereta sewa)
2. Golongan miskin dan marhaen
3. Pekerja mat dispatch/ deliveryman
4. Pekerja ofis yang saban hari menekan minyak memandu kereta di lebuhraya/ jalan raya yang sering sesak.
5. Peniaga SME.
6. Kak Piah yang jual nasi lemak tepi sekolah setiap pagi.
7. Pelajar Uni/ Kolej yang kampusnya jauh dari asrama/ tempat kediaman
8. Mat yang merempit motor di Jln Raja Laut tiap malam
 
Untuk menampal semula kekurangan dana, subsidi terpaksa dikurangkan. Jadi, ceritanya: bukan (sahaja) harga minyak naik, tapi subsidi minyak turun.
Sudah pasti akan berkerumun sekumpulan kereta di stesen minyak ketika ini, untuk berjimat seringgit dua. (Confem penuh status MukaBuku (FB) dgn cerita ini). Media sosial seperti Twitter, Instagram dan Youtube tidak terkecuali.
 
Mungkin sudah tiba masanya generasi muda (Gen Y) untuk belajar tinggi-tinggi, supaya kalian dapat ubah masa depan negara, dan mana tahu , mungkin cipta minyak baru (RON96, biofuel). Atau ekonomis dan pemikir yang lebih faqih?
 
Kelapa sawit, mungkin?
 
Bila dah naik tinggi sangat, macam ni la jadinya...
~ lagu tiga kupang ~

Kredit:-
1. Duit syiling 20 sen

mujahidmuda
01.10.2014
1920
HN
Armitage, Manchester.

Tuesday, 30 September 2014

"Cheers, mate!"


Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.

 
*****
“Cheers, mate!”

Setiap pagi, aku melawati Reynolds Building. Bangunan putih itulah yang menjadi tapak perkongsian ilmu. Ilmu kejuruteraan, ilmu duniawi. Kelas pertamaku seawal 9 pagi, dan aku tidak sabar untuk mulakan hari. Maklumlah, semalam hari Ahad.

12 tengah hari. Panas dan terik. Aku bersama Matt dan Sam, rakan sepengajianku untuk makan tengah hari. Kami memilih Subway, kerana ia murah dan mudah. Maka, seperti biasa, kami beratur menunggu giliran.
Aku memilih 6-foot Tuna Delight. Harganya GBP 3.00

Semasa ingin membuat pembayaran, Matt tetiba mengucap sesuatu. Buat kali pertama:

“Cheers, mate!”

Aku terkejut. Bukan apa, tapi kenapa dia tak cakap, “Thank you!” ke, “Thanks!” ke?

Sam pula tersenyum.

Aku bertambah keliru.

*****

Sebelum datang ke sini (Kerajaan yang Bersatu), apa yang aku tahu tentang ‘Cheers!’ ialah:-

1. Orang akan pegang gelas berisi air (selalunya minuman keras, arak) dan semua pakat-pakat main laga gelas sesame mereka sambal berkata ‘Cheers!’. Lepas tu, minum sampai mabuk.

2. Orang Cina yang makan steamboat, atau buat makan besar. Mereka pakat-pakat angkat makanan yang dikepit chopstick  sambal berkata ‘Cheers!’ atau ‘Yamseng!’

Sebabkan saya ni suka tengok cerita, ada pula babak bila orang nak celebrate sesuatu, lalu dia angkat cawan tinggi-tinggi, lalu kata “Kampai!”

*****

“Basically, if someone do good things to you, just say ‘Cheers!’ to them. They’ll appreciate it.”

“Cheers to you, too.” ajukku kembali.

Abang cashier tersenyum kecil. Sam pula tertawa seketika.

“Why you’re laughing, Sam? Did I say something?”

“Nope. You say nothing to reply.”

“Oh, I see.” kataku, dan Matt menepuk bahuku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendek kata, ‘Cheers!’ ni satu ayat magik. Ringkas ayatnya, tapi padat maknanya. Kat sini, orang lebih bersikap menghargai bantuan orang. Tak kira siapa, atau di mana, ‘Cheers!’ menjadi ucapan penghargaan sesorang atas bantuan yang diterima. Buka pintu, masuk bas, beli tiket, beri laluan, ambil pesanan, beli barang. Semuanya ada kaitan dengan interaksi sesame manusia.

Sebenarnya, apabila kita ada masalah atau memerlukan bantuan, ucapan ‘Terima Kasih’ merupakan satu manfestasi bahawa kita sebenarnya lemah, dan memerlukan bantuan orang lain. Jangan sombong, atau belagak. Memang benar ada kalanya kita mampu buat hampir semua perkara, tapi ada kalanya kita ketandusan kepakaran atau pengetahuan dalam sesuatu perkara yang lain.

Hakikatnya, manusia memang diciptakan tidak sempurna, meskipun telah dinyatakan dalam lafaz kalamnya:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk (ciptaan dan berkelengkapan sesuai dengan keadaaannya)” [At-Tin, 95: 4]

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seminggu kemudian, aku pergi ke Bandar-Pound di Arndale. Setibanya di kaunter bayaran, aku ucapkan kalimah tersebut.

“Cheers, mate!”

Akak cashier yang jaga kaunter, tersenyum sipu.

*****

Kredit:-
1. Sam dan Matt

mujahidmuda
29.09.2014
1940
HN
Cholton, Manchester.

 

 
 

 

 

 

 
 

Monday, 18 August 2014

~ Sejarah UK ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.

 

*****

Berikut adalah bab 6 daripada 11 bab bersiri untuk projek 'Studying in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian (Fresher's Edition)'

Bab 6 sebenarnya bertajuk 'Sejarah UK: Di sebalik kemajuan bandar'. Bab ini menceritakan secara spesifik tentang sejarah beberapa tempat di UK, seperti London, Liverpool, Manchester, Edinburgh, dll...


#JSM - BAB XX SEJARAH UK - MANCHESTER
Masih ingatkah anda tentang Revolusi Perindustrian di Britain pada awal tahun 1760 (sejarah Tingkatan 4)? Manchester terkenal dengan adanya mesin stim dan mesin penenun automatic pertama di Britain. Hasil produk dipasarkan ke serata dunia dengan menghantar ia ke perlabuhan Liverpool melalui laluan kereta api.

Revolusi Perindustrian, sekitar tahun 1760-1820
Manchester sebenarnya adalah Bandar pertama di Great Britain yang memulakan revolusi berkenaan. Monumen dan artifak antik boleh didapati di Museum of Science and Industry, atau lebih mesra dikenali sebagai MOSI (macam MOSTI di Malaysia). Jika anda seorang pelajar sains sosial, politik, ekonomi atau sejarah, maka sebenarnya anda patut bangga dengan adanya Manchester Central Library  dan John Reynold Library. Beratus-ratus artikel dan jurnal yang memaparkan detik-detik permulaan revolusi, dan anda boleh meminjam ia untuk bacaan lanjut secara percuma. Saudara Hazman Baharom dan Imran Rasid sudah fasih dalam bab ini.

Selain itu, terdapat kisah sejarah hitam di Manchester. Ramai yang tidak tahu, bahawa Rusholme, tempat di mana ramai pelajar Malaysia menetap ketika ini, pernah menjadi markas samseng dan geng gelap. Rusholme dahulu terkenal sebagai tapak pertemuan kumpulan samseng dan stor barangan terlarang, yaitu pistol dan dadah. Perang pistol berlaku dengan hebatnya, sehingga kawasan tersebut dinamakan ‘kawasan hitam’. Untuk maklumat lanjut, sila tonton video ini (daripada arkib BBC):

Moss side: kini.

Dan berikut juga:-
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Gun_crime_in_south_Manchester
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Moss_Side
3. https://radicalmanchester.wordpress.com/tag/moss-side/

Kewujudan kawasan Batu Kari (Curry Mile) membuktikan bahawa dahulunya, golongan imergran Asia, khususnya daripada Barat dan Selatan Asia (seperti India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh dan Arab) diperlukan di kawasan Manchester untuk tujuan perkilangan dan perindustrian. Mereka bekerja dan membangunkan kawasan suburban, sehingga mempengaruhi keadaan sekeliling dengan membuka kedai makanan Asia dan Timur Tengah.
Selamat datang ke Curry Mile!

Sukan tidak kurang hebatnya. Sir Alex Ferguson, pengurus kelab bola sepak Manchester United 1986-2013, berjaya merangkul kejuaraan Liga Premier English (EPL) selama 27 tahun berturut-turut. Baru-baru ini, Manchester City telah menjuarai EPL musim 2013-2014, dan permusuhan jiran bertambah sengit.
Legasi Sir Alex Ferguson

Banyak lagi perkara yang saya ingin kongsikan, namun itu saya ceritakan di kemudian hari.


Haniff Nasir
18.09.2014
1352
Cholton-on-Medlock, Manchester

 

 

~ Bank, Harga dan Ekonomi ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.

 

*****

Berikut adalah bab 8 daripada 11 bab bersiri untuk projek 'Studying in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian (Fresher's Edition)'


#JSM - BAB XX: BANK, HARGA DAN EKONOMI.
(A) Bank

Perkara ini sangat penting kerana: anda mungkin tiba di sini dengan gulungan wang kertas Pound di dalam beg atau baju (taktik terkenal pelajar baru), atau anda ingin membeli sesuatu tapi tidak akan akaun untuk urusan transaksi. Terdapat beberapa bank atau persatuan bangunan (building society) yang ada di UK, antaranya:

IV) Natwest (National Westminster): http://www.natwest.com/
VII) Yorkshire BS: http://www.ybonline.co.uk/
 
Untuk mendaftar akaun baru, anda memerlukan sekeping surat tawaran rasmi Universiti (yang menunjukkan anda ambil kursus apa, berapa lama tempohnya dan tinggal di mana). Sila bawa sekali pasport dan wang deposit untuk kemasukan pertama.

PERHATIAN! Selagi anda tidak mendaftarkan diri sebagai pelajar antarabangsa di Universiti, selagi itu anda tidak dapat meneruskan urusan ini.


Perlu diingatkan, tiada bank yang beroperasi mengikut perbankan Syariah (Islamic Banking).
Namun, untuk kemasahalatan bersama, saya sarannkan anda memilih Lloyds (seperti saya) atas dua sebab: profil ekonominya yang stabil dan kemudahan untuk simpanan dengan kadar rata sifar (zero-interest savings). Bank lain pun ada menyediakan akaun yang sesuai untuk golongan pelajar, seperti Student Additional Account (Barclays) dan Money Saver (Halifax)


Kebanyakkan kedai di sini menyediakan khidmat bayaran secara debit untuk traksaksi jual beli. Ini termasuk pasaraya, restoran, kedai barangan, perkhidmatan dan bayaran utiliti. Maka tidak hairanlah jika ditanya kepada pelajar Malaysia, mereka selalunya membawa tidak lebih daripada GBP 5-10 di dalam dompet mereka.

Contoh kad debit Barclays
Rata-rata bank memberi kemudahan kad debit dengan sistem sekuriti yang sangat cangggih. 2 kali PIN anda tersalah masuk, dan kad anda akan terbatal serta-merta. Setiap bank mempunyai kod susunan (sort code) di mana pembayaran online dan pemindahan wang dapat dilakukan dengan lebih mudah. (Mana ada benda camni kat Malaysia)

Untuk memudahkan urusan anda, sediakan dua akaun bank. Akaun pertama berbentuk akaun semasa, dan mempunyai akses kepada kad debit/ ATM. Akaun kedua berbentuk akaun simpanan, dan ini akan digunakan tatkala dalam kecemasan.
 
(B) Harga
Di Malaysia, cukai dikenakan ke atas barangan berasaskan keperluan harian dan perkhidmatan. Namanya; Cukai Barangan dan Perkhidmatan (yakni Good and Service Tax). Sehingga kini, GST dikenakan sebanyak 6% daripada harga barang. Pada April 2015, kadar baru diperkenalkan untuk sistem GST.

GST: Good & Service Tax
 Berbeza pula di sini (UK), semua barangan dikenakan cukai. Namanya; Cukai Nilai Tambahan (yakni Value Added Tax). VAT dikenakan sebanyak 20% daripada harga barang. Contohnya, jika sebuah beg berharga GBP 10, anda perlu membayar sebanyak GBP 12. Barangan digital dan elektonik paling terkesan akibat cukai ini. Maka, jangan terkejut jika sebuah mesin pencetak mempunyai nilai harga yang sama dengan sebuah katrij dakwat untuk pencetak tersebut.

VAT: Value Added Tax
Secara amnya, kadar tukaran (exchange rate) adalah sekitar RM 5.20- 5.60 bagi setiap GBP 1.00. Jangan gunakan kaedah ini jika ingin membeli sesuatu di sini, kerana confirm anda takkan membeli apa-apa (Manakan tidak, air tin berharga GBP 0.80 (=RM 3.70). Mahal bukan?)


Di sebalik kemahalan harga tersebut, jika anda bijak berbelanja, anda dapat berjimat sebanyak mungkin (Kelebihan kepada mereka yang belajar ilmu Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Kewangan). Jualan murah kerap diadakan di gedung membeli belah, dan jangan lupa, Hari Kotak (Boxing Day)!

Bacaan lanjut: http://en.wikipedia.org/wiki/Boxing_Day
 
Boxing Day! Haha.
 
(C) EKONOMI
Ekonomi mata wang Pounds Sterling sangat kukuh. Buktinya, ia kini matawang yang termahal selepas Euro (RM 4.41) dan Dollar US (RM 3.80).
Semak kadar tukaran di sini: http://www.xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=1&From=GBP&To=MYR


Duit syiling di UK.
Baris atas, dari sebelah kiri: 1p, 2p, 5p, 10p
Baris bawah, dari sebelah kiri: 20p, 50p, £1, £2

Seperti golongan pekerja (moden dan buruh) Indonesia yang menjadi jutawan di tempat mereka setelah bekerja di Malaysia, saya syorkan anda supaya simpan duit elok-elok, kerana anda akan untung untuk jangka masa lama

Jadi, kepada sesiapa yang ingin berkahwin, sila mula menabung mulai daripada sekarang.

Penulis seorang pelajar kejuruteraan, jadi bab ini saya akan huraikan kemudian, setelah menerima komen dan pendapat kalian.

Banyak lagi perkara yang saya ingin kongsikan, namun itu saya ceritakan di kemudian hari.

Haniff Nasir
18 August 2014
1027
Cholton-on-Medlock, Manchester